Ping my blog

Monday, June 29, 2009

Isnin 29 Jun 2009

Hari ni abah cuti.
Abah bawa adik ke Bodi Harmoni di Taman Subang Perdana untuk treatment menggunakan bodihealth device macam yang adik buat di klinik Dr Ishak di Melaka.

Dr Sulaiman baik. Dia tengok tangan dan kaki adik. Urut2 kaki dan tangan adik. Dr cakap, ikut laporan hospital Serdang, strok adik probably disebabkan oleh keracunan darah yang mengakibatkan tersekatnya bekalan oksigen ke otak. Tp itu assumption doc2 lar, x sure itu kah puncanya. Blood sample yg dihantar ke Pusat Darah Negara pon x kuar2.

Doktor cakap adik perlu dapatkan fisioterapi segera. Dr rekomen suruh jumpa Rehabilitation Specialist Dr Tengku Nor Taayah di SJMC atau Gleaneagles. Dia cakap rehab specialist boleh rekomen penggunaan kasut AFO shoes (ankle-foot orthoses) - A brace (usually plastic) worn on the lower leg and foot to support the ankle, hold the doot and ankle in the correct position and correct food-drop or other biomechanical problems with foot. Kata dr, AFO boleh dipakai waktu adik tidur supaya kaki adik berada dalam kedudukan yang betul.

Doktor suruh pastikan tangan dan kaki adik banyak bergerak supaya isyarat dapat dihantar ke otak.

Selain AFO, dr cakap adik boleh ambik sejenis medication untuk lembutkan saraf adik. Seems abah kena bawa adik pi jumpa rehab specialist kat mana2 untuk dapatkan consultation. Rehab specialist akan bagi advise dan monitor perkembangan dari aspek fisio, speech therapy dan occupational therapy.

Masa kat kereta, adik tidur dengan tangar kiri terbuka. Malah adik boleh letak jari telunjuk bawah hidung. Tak genggam macam biasa.

Petangnya, ummi dan abah bawa adik ke Gombak untuk urut. Tapi elok2 janji pukul 8 malam, tukang urut cakap tak boleh urut adik sebba budak kecik. Dua tiga hari lepas pun, tukang urut lain pun tak sanggup nak urut adik. Katanya urat2 budak ni lembut tak macam orang dewasa. Abah dan ummi juga nakkena uruskan pengambilan helper untuk jaga adik nanti.

Abah dan ummi bawa adik ke Syifa al-Hidayah. Ramainya orang. Adik dapat nombor 27. Tapi bila pesakit yang nombor 7 masuk, adik balik. Dah malam sangat dah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails