sumber : Darussyifa' Online
Ummi cakap malam tadi adik tido ok. Nafas adik pun Ok. Pagi ni mata adik kecik juga tapi kurang kecik dari semalam, mulut pun sama. Ummi cakap mata adik pandang ummi bila ummi panggil, nampak ada cahaya sikit berbanding semalam.
About 730 am- misi ambik darah untuk check kandungan gula. 4.7- rendah sikit, misi cakap. Suhu adik 36.9C. Alhamdulillah tak demam.
Misi cakap bilik yang adik duduk sekarang adalah bilik untuk pesakit paling kritikal.
Bro King datang untuk rawat adik.
Kaki dan tangan kiri adik langsung tak aktif sebab ada bengkak kat otak kanan.
Adik ada simptom stroke.
Ummi rasa nak usung adik balik rumah je. Kesian bila adik asyik cakap sakit bila pegang kepala dia. Esok doktor nak ambik darah dan investigate punca bengkak dan blockage pada otak adik selepas 48 jam doktor beri antibiotik ke kepala adik.
Bila ummi pujuk dan cakap kalau adik nak balik, adik kena minum susu dan air zam zam, barulah adik buka mulut. Adik cakap, 'jom..jom..jom..'. Bila angkat nak dukung, adik cakap sakit, sakit..
Mama cakap antibiotik dah terlalu banyak. Mama dah buat yang terbaik, gangguan dah tak ada. Cuma tinggal bekas. Mama suruh tawakkal pada Allah dan suruh ummi sambung zikir yang mama ajar.
No comments:
Post a Comment