Ping my blog

Monday, June 22, 2009

Day 21 (2nd Admission)


17 Jun 2009

Doktor2 datang bandingkan xray adik. Depa semua sepakat adik ada improvement. Adik dah boleh discharged. Tapi hampir pukul 3, masih belum keluar order hitam putih dari doktor. Katanya nak tunggu dr Nora tengok dulu petang nanti.

Abah keluar dengan abang dan kakak belikan kad dan 2 kek secret recipe untuk doktor-doktor, nurses dan semua staf yang dok jaga adik sebagai tanda terima kasih.

Tapi Dr Nora tak masuk pong. Ummi balik dulu dengan kakak. Abah tunggu adik dengan ammah Ja, ammah Na dan abang. Malam baru selesai urusan adik untuk keluar wad.

Adik kena ambik multivitamin sekali sehari, Klacid 1 kali sehari dan Zinnath 2 x sehari. Inhaler oren adik kena pakai 2 kali sehari. Inhaler biru bila perlu aje. Bila adik batuk atau nampak sesak nafas. Dr cakap kalau adik demam terus bawa adik ke hospital. Ubat2 tu semuanya untuk bekal 2 minggu. 3hb Julai nanti adik ada appoinment.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails