Ping my blog

Wednesday, October 28, 2009

Breakfast Di NUIN




Lepas hantar kakak ke sekolah, Ammah Ja, ammah Na dan adik pi ke IJN untuk hantar nasi kerabu untuk ma Ammah Sya. Kakak dah muncung dah sebab adik boleh jalan2. Kakak cakap dia nak cuti hari ni.. Hehe.. Jangan jeles kakak! Adik belum sekolah, boleh jalan2 tak kira masa. Janji ada orang nak bawa je..

Balik dari IJN, adik rasa lapar. Adik mintak roti.. Lapar sangat2.. "Roti..roti.." Semalam adik makan roti juga. Dah habis stok kat rumah, adik order ngan ammah Ja roti yang sama. Ammah Ja beli 3 bungkus, adik makan 1 1/2 bungkus. Paling adik suka roti gardenia yang berperisa jagung. Hari ni pun adik nak makan roti. Tak sabar2.. Tapi ammah Ja cakap tak de kedai kat hiway KL-Seremban. Ammah Na tanya adik nak makan nasi tak.. Adik tak nak. Adik nak roti juga..

Depa berdua plan nak breakfast kat Nuin Little Perak in Bangi. Moh try makanan Perak yeop! Hehe, Ammah Ja dan Ammah Na takut adik throw tantrum kat cafe kalau tak dapat roti favorite adik. So lepas singgah bank, Ammah Ja stop kat kedai komuniti untuk belikan roti adik.



Tapi bila tengok menu best2 kat NUIN, adik dah tak pandang roti gardenia lagi dah.. Kakak waitress kasi child seat, tapi adik tak nak. I'm a big boy. Nak dok kerusi sama macam Ammah Ja dan Ammah Na.. Nak tau ammah Ja order apa? Best tau abah, ummi, kakak, abang! Nanti datang le makan sini..

Ammah Ja order set roti bakar Tanjung Malim (roti dan special kaya + 2 biji telur masak separuh), teh tarik Ipoh, popia Taiping. Ammah Na order Scramble Egg with sausage and baked beans dan Nuin special smoothies.. Adik rasa semua, kecuali popia sebab sosnya hot. Paling adik suka -sosej dan telur masak separuh. Sayangnye adik tak bawa kamera.. Kalau tak sure abang dan kakak meleleh air liur..

Sementara tunggu makanan, adik main lion2 tak tak, enjit2 semut dan cak kelepek kelepuk kelepa ngan ammah Ja dan ammah Na.. Adik bukan tak tau.. depa ni saje je nak suh adik gerakkan tangan kiri ni.. Tu yang kat cafe pun boleh main2 lagi.. Tapi adik seronok.

Tengah2 makan, adik nampak kereta Ummi lalu depan kopitiam. Adik cakap, "Mi, jom nacik.." Alamak bukan ummi lah.. Adik ingat nak ajak ummi makan sama2.. Lupa ummi kat sekolah.. Naik kereta je, adik terus sendawa kekenyangan.. Mata pun dah mula lali.. Semua gelakkan adik bila tengah2 menguap, adik sebut 'cedaaappnyaa..'

Adik behaved properly kan tadi, ammah Ja? Next time boleh ajak adik makan kat Nuin lagi kan..kan..?

Tuesday, October 27, 2009

Rawatan Kali Kedua (24/10/09) Dengan Acik Raw di Gedangsa


Pagi ni kami bangun awal sikit dalam kul 3.30 am. Ummi sediakan nasi goreng sardin & telor mata utk buat bekal. Abah lak masukkan brg2 dan angkat kakak dan adik yang sedang nyenyak dalam keta. Abang kena ler bangun sendiri sebab x der sapa larat nk angkat. Juara angkat berat light weight dunia boley lar nak angkat abang kot ...

Kul 4.10 am kami bertolak melalui laluan biasa dan tiba di plaza tol Jln Duta kul 4.43am. Keadaan cuaca yang amat baik memudahkan perjalanan dan kami smp tol Behrang kul 5.20am. Dari tol Behrang ke rumah acik Raw mengambil masa lebih kurang 15 minit, kul 5.35am kami dah sampai...

Laa... nape tiba awal pon dpt no 15 ni ?? Ish! ish!... Dah tu plak, ramai org yg sedang bgotong royong masak2 dpn rumah Kak Raw awal2 pg ni?

Oo.. lupa larrr... hari ni ada jamuan raya khusus utk kanak2 OKU.

Lepas ambik no, kami trus patah semula ke msjid utk solat Subuh. dh siap semua, kul 6.30am kami g smula rmh acik Raw. Ummi tolong ckt2 org buat kerja utk jamuan, tolong potong lemang & ketupat segera jer... jadilar...

Kali ni ummi berkesempatan utk buat rwtn minda kul 7.35am. Ummi kena balut kepala selama 4jm jgk mcm adik,sebab ummi buat tu kerana ummi selalu je skt kepala. Ini sebagai salah 1 usaha ummi...Masa tunggu 4jm tu,tuhan je yg tahu...berdenyut2 kepala ummi, rasa mual nk muntah pon ada, lg 1 asyik sendawa jer. Padan pon,acik Raw ckp dlm perut ummi ada angin. Maklumlh dh tua & mkn pon x berpantang lgsung, sejuk pns seme sapu...


Dua mumia

Adik plk kul 12.45 baru dpt rawatn iaitu selepas selesai bacaan doa selamat utk mjlis hari tu.. amin... semoga semua yang berhjt & buat kenduri tu dimkbulkan doa. Terima kasih pada semua, kami dtg mkn je... sebab tu selepas selesai rawatan kami trus balik, x pyhlh tunggu cabutan bertuah, sebab kami x bwk apa2 pon... ummi ckp, kalau kami dpt cabutan tu pun, ummi nk bg kt acik Raw jer. he..he..hee..


Selamat hari raya ....


Cabut awal tak tunggu majlis selesai ...

Setelah selesai, kami x blk trus rmh kerana pegi IJN nk menziarahi amah sha (wife amuje- adik abah). Sebagai buah tangan, kami beli buah manggis yang dijual kat Gedangsa. Harga murah sungguh nak compare kalau dibeli di pasar malam kat area Bangi ni. Dan berkebetulan pula amah sha mgidam nak mkn mangga lemak, abah pon pi la singgah kat pasar Chow Kit untuk tolong belikan...


Pic adik bersama amuje & amah sha


Kul 7 pm lebih kami balik. Fuh! penat sgh hr tu..malam seme tdo awal. Esoknya ummi rasa sakit habis seluruh badan ummi terutamanya peha & kaki macam orang pegi mendaki bukit sambil berkawat kaki. Agaknya ni kesan rawatan semalm kot.

Kalau ummi balut kat kepala pon dh rasa cmni, adik yg balut seme bdn?!! Camner ?? Sian adik...tp sebab kami kesian kt adiklh, maka adik kena buat rawatan utk sembuhkan strok adik ni, jgn adik besar besok.. sedih tak sudah2 ...

Igt pesan Pn Hamidah, fisioterapis kat Hospital Serdang, "mak ayah nk dengar adik menangis sekarang ke ? atau mak ayah nk nangis nanti bila c adik besar dlm keadaan x sempurna ?"

Friday, October 23, 2009

Lagi appointment Rehab kat Hospital Serdang



Bulan Okt ni byk tul appointment yang perlu adik hadir kat Hospital Serdang. Ikut schedule, adik sepatutnya jumpa rehab specialist pada 13hb. Syukur ia telah direschedule kepada 20 okt. Bgitu jgk dgn appoint. kakak dkt paed yg asalnya pd 6 Okt, telah ditukar pd tarikh 20hb yg sama. Kali ni adik x dpt jmpa Dr Baha, tp jumpa M.O perempuan yg namanya ummi tak tanya pon. Dr. berbelah bahagi nak bg finger splint utk adik atau tidak. Tp alih2 Dr kata x payah pakai splint dulu, tunggu pkembgn seterusnya shingga next appoint pd 19 Jan next yr. Doc ni juga prepared a referrence letter utk adik but speech therapy plk. Gulp!! tambah 1 lg terapi nmpknya, instead of fisio & O.t yg currently adik x pernah miss to attend.

Manakala pd 22 Okt adik hadir sesi fisio & O.t untuk x ke brp, x ingat dah .. kedua-duanyer tetap ulang aktiviti yg sama spt sblm2 ni. Apapun, adik nak sihat... nak pulih dr strok spenuhnya, adik must follow all the procedures & techniques that has been taught by the physiotherapist dan occupational therapist.


aktiviti dlm sencory room


penat slps menjalani sesi occ


Following are the next adik's appointment to be undergone :-


  • to collect inhaler at pharmacy on 27 Oct in the morning
  • paed on 17 Nov, 8.00 am
  • Occ & fisio on 17 Nov, 2.00 pm
  • Speech therapy on 7 Disember, 8.30 am
  • rehab on 19 Jan 2010, 9.30 am




Sunday, October 18, 2009

Rawatan Pertama Kali (17/10/09) Dengan Acik Raw di Gedangsa



Alhamdulillah selepas beberapa kali delay, hari Sabtu minggu ni adik sampai jugak kat rumah Kak Raw di Gedangsa. Actually ikut plan asal, abah decided to go since last two Saturdays i.e on the 3rd & 10th Oct just after coming back fr raya holiday. Unfortunately we woke up a bit late on the particular date and on top of that, Ummi pon ader mengajar kelas ganti.

We were grateful to God since pagi ni kami semua bangkit seawal 4 o'clock in the morning. Abah angkat adik & kakak masuk dlm myvi ummi. Kul 5am bertolak,isi myk keta dulu,abah jumpa kwn nak balik kampong kt Johor.Perjalanan Alhamdulillah spt dijangka mmg agak lancar. Sementelah pula, hari ni mrupakan public holiday -Deepavali- . Kami tiba di rumah Kak Raw just after bilal of Makmur Mosque in Gedangsa pronounced the subuh adhan. But abah kept driving till reaching Kak Raw's house to get a turn number. Wow ! just imagine guys.. we got a turn no. 18 even though we arrived very-very early in the morning(6.45am). Ummi asked Kak Ham (Kak Raw's assistant) when will no. 18 regularly take part, and she was nicely told us that perhaps adik's turn will be arround 11-12 o'clock.

Hence we spent our time at the mosque to perform a subh prayer and took a short nap, rest and bath. Then we had our breakfast in Tanjung Malim and amazingly along the way there we could see many-many durian orchads bear a lot of king of fruits. It is surely being sold by the villagers and the price is also quite reliable. He .. he.. since we will be coming here frequently almost every week - Insya Allah- we just control our lust and decided not to even taste it.


hurry! hurry! u r invited to taste a fresh raja buah here


Let's go back to adik's story while being treated by Acik Raw. waa ... waa ... waa ... Kul 12pm adik mulakan rawatan.K Raw ckp kulit adik lembut,tp otot dh keras.(/ terbalik-dh x igt)entahlah...apa maaksudnya...mungkin org kena strok mcm ni kot keadaannya. Kul 12.20 siap dibalut.Kemudian adik kena berdiri tegak kt tempat khas yg disediakan cam gambar kt bawah selama 10 mnt,adik nangis lg x habis2 dr start acik Raw bandage badan & kepala adik bagi betulkan perjalanan darah & menambahkan oksigen kt kepala.Dh siap semua kami bertolak balik pukul 12.50pm.Terima kasih acik Raw yang sudi menerima adik Hasan sebagai salah seorang yang memerlukan usaha rawatan darinya.


waaa... waaaa.. adik's feeling of bandage trauma


Lepas baru siap dibandage cam mumialh plk anak abah...


Kat sinilh adik kena berdiri selama 10 minit


tired aaarrrr...

Syukur Alhamdulillah for the treatment as our effort to see adik's health back to the normal, insya Allah .... By the way, we r also in a dilemma since Kak Raw seems disagree with our plan i.e instead of having treament with Kak Raw, adik also will continue with an electric therapy at Body Harmony. Adik still has 15 more times to go for a treatment at Body Harmoni and the fee also has been paid.




Tuesday, October 13, 2009

Happy Birthday Kakak



Happy 5th Birthday, Salsabila Hanan


Allah selamatkan kakak

Allah selamatkan kakak
Allah selamatkan Salsabila Hanan
Allah selamatkan kakak ...

12 Oktober merupakan hari lahir kakak. Tahun 2009 ini, genaplah umur kakak 5 tahun. Birthday adik lak, nak tahu tak bila? Haaaa… 30 Mac. Sama bulan ng b’day abah i.e 27 Mac. Abang lak 17 April. Ummi plak ader 2 tarikh lahir??? Dlm I/C 14 Jan & yg actual 30 Okt.

Kami celebrate birthday kakak di Restoran Saba’ Cyberjaya.

Amaja, amana.. Amumi & amah iza pon sudi datang, terima kasih semua ...

Kek Barbie .. hadiah dari ummi

Adik geram kat kakak barbie ke tu..

Sesi santapan chicken kabsah, lamb kabsah,
chicken hanith, grilled chicken, chicken kebab,
shish tawouk, hummus


Barbie dah tinggal 1/2

Kek utk birthday celebration kakak bsama kwn2 kat tadika

Mat-'am Saba

Alhamdulillah syukur nikmat,
kepada Tuhan yg mberi rahmat




Monday, October 12, 2009

Jom main ....


Da-da sisida, sidada
Sisi fakusamul lazi
Lion-lion… tak tak tak
Lion-lion… tak tak tak
One, two, three, four, 5,6,7,8,9…ten….




Orang Key El yang baru dapat peluang mlawat muzium

Hari minggu ni, 11hb kami plan nak gi Zoo. Kebetulan esok birthday kakak Hanan. Bestnyer……. Tapi nak taw tak? Bukan rezeki kami... Tiba di sungai besi, hujan lar pulaknyer.

Akhirnya kami decided to go to museum sbb kbetulan skrg ni ader exhibition permainan2 tradisional kanak-kanak. Bagus arrr… kami org bandar ni, hanya terdedah ng computer games, psp, play station… dah x kenal dah mainan lama2 dulu….

macam-macam adar … Polis Sentri, helang dgn ibu aym, tarik upih, datuk harimau, tom2 bak, main kejar2, congkak, batu seremban, dam aji, getah, guli, main sorok2, galah panjang, laga ikan sekilau, ceper, sepak bulu ayam, baling selipar, paling syok main enjit2 semut dll.

Permainan sepak bulu ayam


abang cuba game baling selipar


kakak main mainan apa ni ...
kat negara mek saleh tentu x der ni



oghe kelate panggil main 'dek-cot'


International gasing pangkah competetion
Abqari vs Rooney .. and the winner 1 Malaysia is Abqari


vroom vroom .. tak kan adik kena tarik sendiri upih ni ..

Laju amah ja laju... nantikan amana & adik potong


Friday, October 2, 2009

Appointment Di Hospital Serdang



Adik hadir temujanji dengan paed, fisio dan occupational therapy di Hosp Serdang pada 28 Sept 2009. Hari ni hr Isnin di mana ummi mula bertugas selepas cuti panjang sempena hari raya. Abah pulak take xtra 1 day cuti btujuan bw adik utk appoint doctor. Kul 5 pg smlm kami baru smp dari kampung slps btolak jam 10 mlm. Abang jer yang belum dtg sbb nak teman amaja & amana yang dijadualkan dtg pd pg 28hb.

Abah bertolak ke hospital lewat sedikit iaitu pada jam 7.50 pagi selepas selesai menguruskan kakak ke tadika. Jadi, sampai di hospital pon dah agak lewat iaitu kul 8.30. Org agak ramai di bah pendaftaran dan adik dapat no. 1050. Giliran pada masa tu baru no. 1009.


Saper suh adik datang lmbt, tunggu arr..

Sebaik selesai mendaftar, abah terus bawa adik ke klinik paediatrik dan kat sini adik dpt giliran ke-14. Adik pi timbang dan ukur ketinggian. Berat adik masih maintain x naik2 bbanding temujanji sebelum ini iaitu 10.6 kg, sebelum ni 10.5 kg. X tahu dah nak wat camner, x naik2 berat adik. Padahal adik dah start minum pediasure. Mkn pon byk. Tinggi adik lak 88cm.

Sementara mnunggu giliran bertemu doc yang semestinya lambat lagi, abah pon bawa adik untuk occ.terapi terlebih dahulu. Appoint sbetulnya pada pukul 2.30 ptg, tp Alhamdulillah tiada patient utk jam 8.30 pagi. Kbetulan lak tu Kak Wan di klinik Occ tengah call patient utk cancel kan temujanji pada hari ni memandangkan Puan Zu emergency leave 2day. Adik lak smp sblm terima call Kak Wan. So x kan dia x nak buat kan? mmdgkan adik dah dtg.. So dpt lar adik buat terapi lebih awal bermula jam 9.00 pagi. Kak Wan mntk tlg Puan Ayu untuk buat OT adik bersama2 dengan dua org lagi pelajar praktikal.


Waa.. waa.. bukek, bukek bandage ni

Puan Ayu ni cantik & lembut orangnya. Tp... tegas nyer bukan main, mintak akak2 praktikal utk bandage tgn kanan adik dari awal2 lg. Adik... aper lagi... nangis spanjang2 sesi terapi berjalan. Puan Ayu pesan kat abah, mesti bandage tangan kanan adik kat rumah, kalau boleh spanjang masa pon x per. Menurut Pn Ayu, x der cara lain nak encourage adik use his left hand selain dari cara ni. Kalau org besar, x per, boley faham. Tp kanak2 mcm adik, susah ckit..Next appoint ialah pd 22 okt, 2.30 ptg.

Sebaik selesai, kami terus bgegas ke paed blk, dan ms tu baru gliran ke 11. Tggu dlm ms lbh krg sjam baru dpanggil see doc. Doc kali ni x pernah jmpa. Ni baru 1st time jmpa dia. Dia bgtau nama, tp abah x dpt catch. x kan nak tenung pass nama doc kot, x sopan lak. Doc ni very concern dgn blood test yg dhantar ke pusat darah negara yg masih belum return. Dia cal follow up & akhirnya dimklumkan bhw result dah ader & akan fax by this afternoon. So, doc ckp kalau perlu, dia akan col abah, tp kalu x der apa2, tggu next appoint lar, ty balik ng doc masa tu.

Abah amik ksempatan tnjuk kat doc. ruam yg agal tebal, merah kat bontot adik. Doc ckp kena pakai crim pelindung kulit yang mengandungi zink oksida spt calamine. Selain kena guna pencuci spt sebamed masa mandi. Econozine mcm krim mutiara yg adik guna tu utk jgkitan kulat, x sesuai utk napkin rash . Doc ty, abah nak ke calamine, dia nak order. Tp abah ckp ready stock dah byk. So doc just suh smbung inhaler oren (fluticasone propionate) jer. Next appoint ialah pd 10 Nov, 8 pg. tp adik kena amik inhaler kat farmasi pd 27 okt. Aper lar dorg x bg 2 terus???

Habis2 tu adik dibawa plk utk sesi fisio jam 11.30 pg. Tserempak kat pintu dpn dgn Pn Hamidah. Dia ucap slmt hr ry kat adik & mklumkan dia kena bg talk kat hosp sg buluh ptg nnti. So dia mntak pelajar praktikal utk jalankan fisio utk adik. Kat fisio ni, mcm biasa lar.. adik main mainan. Next appoint ialah pd 22 okt, 3.30 ptg.

Baru best main...


Adik kena panjat gril kat rmh nanti...


Mlihat kpd appoint2 adik ni, agak pining ckit ni :


29 Sept - lps isyak, appoint adik kat Syifa' al-Hidayah (abah dah col Hj Lokman, bila2 hari free nanti baru pegi)

6 Okt - 8.00 pg, appoint kakak kat paed
13 okt - 11.30pg, appoint adik kat rehab specialist, Dr Baha
22 okt - 2.30ptg adik ot, 3.30 ptg adik fisio
27 okt - inhaler oren adik kat farmasi
10 Nov - 8.00 pg, paed adik

6 Oct - 13 Nov - abah kursus QA kat Intan Bukit Kiara




Related Posts with Thumbnails