Ping my blog

Tuesday, June 30, 2009

Selasa
30 Jun 2009

Hari ni adik pi lagi buat rawatan kat BodiHarmoni. Pergi dengan ummi dan ammah Ja.

Kali ni cuma 46 minit. Sebab Kak Felicia cakap adik ada itchy (healing crisis). Dia bagi serbuk ga
ram untuk dicampur dengan air suam dan sapu pada kaki adik.

Malam, Najla datang lagi. Adik seronok main2 dengan Najla.

Monday, June 29, 2009

Isnin 29 Jun 2009

Hari ni abah cuti.
Abah bawa adik ke Bodi Harmoni di Taman Subang Perdana untuk treatment menggunakan bodihealth device macam yang adik buat di klinik Dr Ishak di Melaka.

Dr Sulaiman baik. Dia tengok tangan dan kaki adik. Urut2 kaki dan tangan adik. Dr cakap, ikut laporan hospital Serdang, strok adik probably disebabkan oleh keracunan darah yang mengakibatkan tersekatnya bekalan oksigen ke otak. Tp itu assumption doc2 lar, x sure itu kah puncanya. Blood sample yg dihantar ke Pusat Darah Negara pon x kuar2.

Doktor cakap adik perlu dapatkan fisioterapi segera. Dr rekomen suruh jumpa Rehabilitation Specialist Dr Tengku Nor Taayah di SJMC atau Gleaneagles. Dia cakap rehab specialist boleh rekomen penggunaan kasut AFO shoes (ankle-foot orthoses) - A brace (usually plastic) worn on the lower leg and foot to support the ankle, hold the doot and ankle in the correct position and correct food-drop or other biomechanical problems with foot. Kata dr, AFO boleh dipakai waktu adik tidur supaya kaki adik berada dalam kedudukan yang betul.

Doktor suruh pastikan tangan dan kaki adik banyak bergerak supaya isyarat dapat dihantar ke otak.

Selain AFO, dr cakap adik boleh ambik sejenis medication untuk lembutkan saraf adik. Seems abah kena bawa adik pi jumpa rehab specialist kat mana2 untuk dapatkan consultation. Rehab specialist akan bagi advise dan monitor perkembangan dari aspek fisio, speech therapy dan occupational therapy.

Masa kat kereta, adik tidur dengan tangar kiri terbuka. Malah adik boleh letak jari telunjuk bawah hidung. Tak genggam macam biasa.

Petangnya, ummi dan abah bawa adik ke Gombak untuk urut. Tapi elok2 janji pukul 8 malam, tukang urut cakap tak boleh urut adik sebba budak kecik. Dua tiga hari lepas pun, tukang urut lain pun tak sanggup nak urut adik. Katanya urat2 budak ni lembut tak macam orang dewasa. Abah dan ummi juga nakkena uruskan pengambilan helper untuk jaga adik nanti.

Abah dan ummi bawa adik ke Syifa al-Hidayah. Ramainya orang. Adik dapat nombor 27. Tapi bila pesakit yang nombor 7 masuk, adik balik. Dah malam sangat dah..

Tuesday, June 23, 2009

Day 6 (After Discharged)

Selasa
23 Jun 2009

Pagi ni adik tak boleh keluar lama sebab hari nak hujan.
Tapi hari ni ammah Ja bawa adik naik kereta hantar kakak pergi sekolah.

Hehe hari ni adik uk uk banyak. Tak sempat buka pampers dah melekat kat jari ammah Ja. Uwekk!!!
Apataknya, selain makan ubat adik makan roti gardenia krim coklat, kue tiaw mak limah, nasi lemak, keropok, nasi telur kicap, roti dengan mushroom soup.

Petang, adik uk uk lagi. Bocor juga.

Hari ni hidung adik berair sikit. Alhamdulillah sekejap aje.

Adik tidur awal hari ni. Pukul 5 lebih dah tido.

Progress hari ni:

Adik berjaya mengensot sendiri sampai ke dapur.

Monday, June 22, 2009

Day 5 (After Discharged)

Isnin
22 Jun 2009


Hari ni semua lewat pergi kerja.
Adik salam ummi tapi tak sempat salam kakak.
Adik salam abang, salam abah.

Pagi2 adik turun dengan ammah Ja dan Ammah Na tengok birds.
Hari ni hari kedua adik makan neurofood.
Abah suruh campur dengan susu. tapi ammah na pakai syringe je.
Adik minum ok je. Ammah Na bagi sambil gurau2 dengan adik, sambil tengok birds.
Adik dok atas riba ammah Ja.
Kadang2 adik buat2 tak nak, tapi sebenarnya adik makan neurofood ok je..
Belum sempat abis neurofood, ammah Ja dah bawa masuk rumah. Sebab it was the time untuk adik pakai chamber oren. Adik pun dah ok pakai chamber. Tak nangis lagi.

Hari ni adik busyuk. Adik kena mandi awal. Sejuk..Tapi lepas bungkus ngan towel, adik ok je.
Hari ni adik main telur dan tomato. Main baling2.

Pukul 8 pagi adik kena makan multivitamin dan antibiotik Klacid. Ok je adik makan.
Pastu adik makan muruku poko sambil tengok cartoon kat astro ceria.
Ammah Ja dan Ammah Na masak sup chicken ball untuk adik.
Adik minum susu lagi, ammah Na kena buat susu baru.

Letih le nak tunggu time makan ubat pukul 10. Baru 940. Adik main mainan tren.
Oh, oh.. Adik nak ter'uk uk'.. Adik teran uk uk sambil bersandar kat kerusi, siap angkat peha. Uh uh...

Lamanya nak tunggu makan ubat. Adik dah mengantuk.
5 minit lagi nak pukul 10. Adik terlelap.
tepat pukul 10, ammah na kejut adik bagi makan ubat.
Ish... geramnya..adik nak tido.

Sudah makan ubat, Ammah Ja tepuk2 adik supaya sambung tido. Tiba2 ammah Ja teringat adik uk uk tadi... Masa buka seluar, Ammah Ja suruh angkat kaki. Adik angkat kaki kanan. Ammah Ja suruh angkat kaki lagi satu. Alhamdulillah adik boleh angkat kaki kiri tanpa dibantu. That was my progress hari ni. Adik juga boleh balikkan tubuh dan meniarap sendiri hari ni. Alhamdulillah. Moga2 adik cepat pulih. Ameeen...

Pukul 1140, adik yang dok baring rasa nak bangun. Tau tak adik boleh bangun duduk sendiri? Susah, tapi adik dah boleh buat.

Day 4 (After Discharged)

Ahad
21 Jun 2009

pagi ni abah bagi makan neurofood yang doktor Ishak bagi. Adik tak suka. Abah kata kalau abah kena makan, abah pun tak suka. Tawar je.

Pagi ni ummi dan abang pergi pasar. Adik dok ngan abah.
Adik makan banyak sampai muntah atas tilam.



Kakak dan abang keluar dengan Ammu Mi, Ammah Ja dan ammah Na pergi shopping kat the Mines/ Lepas makan tengahari dan solat Zohor mereka semua pergi tinggalkan adik dengan ummi dan abah. Adik tak boleh ikut. Adik kena kuarantin dulu kat rumah. Adik kena jaga paru2 adik yang baru je nak baik.

Sepatutnya pukul 3petang adik pergi Gombak untuk urut saraf. Tapi abah dan ummi kensel. Abah dan ummi nak bawa adik pergi syifa' hidayah dulu.

Petang ramai datang berkumpul kat rumah. Ammu Din, Ammah Zie, Najla dan Achik (makcik Najla) datang. Ammah Ja beli doughnut big apple. Kita semua makan2. Ada sandwich tuna, tembikai, mushroom soup, keropok lekor, fries, milo dan yogurt drink.. Adi, najla, abang dan kakak main mainan yang ammah Ja beli.

Tau tak apa progress yang adik boleh buat ari ni? Adik dah boleh mengengsot sendiri. Walaupun susah, adik dah boleh buat. Alhamdulillah.

Day 3 (After Discharged)

Pagi2 lepas Subuh, abah hantar abang dan kakak ke rumah ammah Ja.
Adik, ummi, abah dan ammah Ja pergi Melaka.
Adik nak dapatkan rawatan daripada Dr Ishak CfHL kat Jalan Tengkera.
Alhamdulillah adik, pesakit pertama dapat jumpa Dr Ishak yang datang agak lambat hari ni. Doktor kata dia ada 3 orang pesakit dekat farm. tu yang lambat.

Boring adik menunggu. Adik suruh ummi dokong, suruh abah dokong, suruh ammah Ja dokong.
Hehe, pagi2 tu juga adik korek pampers.. Sekali ada benda melekat kat jari.. Alamak.. Kelam kabut ummi dan abah basuhkan uk uk adik..

Doktor Ishak cakap adik kena pnemucoccal meningitis sebaik diberitahu adik masuk hospital sebab acute bronco pneumonia. Peluh kat dahi kiri adik disebabkan brain adik dah over react. Doktor suh adik dapatkan rawatan bodihealth untuk stimulate nerves. Doktor suruh cuba, berapa lama adik boleh tahan. Rawatan sepatutnya 2 jam setengah.

Bila adik nak dibaringkan di katil adik tak nak. Adik menangis. Adik semacam fobia dengan katil hospital. Nasib baik kakak kat situ cakap, boleh buat nanti2 bila adik dah rileks. Jadi abah bawa kita semua makan sandwich sambil minum kopi dan sup kat restoran di klinik tu juga. Semua bahan organik. Adik cuma minum sup.

Adik masih refused untuk buat treatment. Tapi akhirnya ummi suruh buat juga sambil dokong adik. Nurse kat situ balutkan kaki adik dan pasangkan wayar yang disambung ke bodihealth device. Adik menangis-nangis juga awalnya. Kemudian adik terlelap. Ummi baringkan kat katil. Lama adik tidur. Masa treatment, kaki adik bergerak2. Yang kanan bergerak, yang kiri pun bergerak walaupun agak lambat berbanding yang kanan.

Adik terjaga bila misi nak buka balutan kat kaki adik.
Lepas ke Melaka, abah bawa adik ke Gombak. Masa kat klinik di Melaka, ada sorang pakcik beritahu abah pasal Syifa al-Hidayah. Tapi tutup lah pulak. On the way balik, abah call pakcik yang boleh buat rawatan saraf. Dia suruh datang esoknya untuk dia tengok dulu.

Day 21 (2nd Admission)


17 Jun 2009

Doktor2 datang bandingkan xray adik. Depa semua sepakat adik ada improvement. Adik dah boleh discharged. Tapi hampir pukul 3, masih belum keluar order hitam putih dari doktor. Katanya nak tunggu dr Nora tengok dulu petang nanti.

Abah keluar dengan abang dan kakak belikan kad dan 2 kek secret recipe untuk doktor-doktor, nurses dan semua staf yang dok jaga adik sebagai tanda terima kasih.

Tapi Dr Nora tak masuk pong. Ummi balik dulu dengan kakak. Abah tunggu adik dengan ammah Ja, ammah Na dan abang. Malam baru selesai urusan adik untuk keluar wad.

Adik kena ambik multivitamin sekali sehari, Klacid 1 kali sehari dan Zinnath 2 x sehari. Inhaler oren adik kena pakai 2 kali sehari. Inhaler biru bila perlu aje. Bila adik batuk atau nampak sesak nafas. Dr cakap kalau adik demam terus bawa adik ke hospital. Ubat2 tu semuanya untuk bekal 2 minggu. 3hb Julai nanti adik ada appoinment.

Day 20 (2nd Admission)

16 Jun 2009

Good news, doktor cakap adik boleh discharge esok. Adik dah trauma dah dengan jarum, orang berbaju putih i.e doctors & nurses. Walau apa pun, doktor, misi & staff kat wad Pediatrik 5A & 5B Hospital Serdang ni baik2, dorang layan adik sebaik2nya. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik semua. Terima kasih yer semua.

Doc rekomen pergi buat treatment untuk strok kat hyperbaric di Titiwangsa atau Lumut. Ini sebagai tambahan kepada fisioterapi yang mesti adik jalani secara kerap dari semasa ke semasa.

Mama Suha cakap kena buat pulut kuning untuk kesyukuran adik dah boleh keluar.

Abt 1130pm - adik nak kena tukar jarum lagi sebab lengan dah merah.

Day 10(2nd Admission)

4 Jun 2009

Alhamdulillah after tengok xray, doktor cakap adik tak perlu drain. Actually, what happened time xray was - adik tiba2 angkat tangan dia dan tutup dada sebelah kiri betui2 time juru xyar nak tekan suis. At first doctor thought, yang putih banyak tu kuman yang semakin banyak. Nasib baik ada yang realized it is adik's hand instead. Anyway, doktor cakap adik ada improvement. Tinggal nak rawat kepala dan fisioterapi kaki, tangan dan muka kiri adik.
Tangan adik boleh gerak tapi lemah sangat. Kaki langsung tak gerak. Fisioterapis cakap in sha'Allah ok, tapi nak kena latih sokmo. Adik baru umur 2 tahun, ada chance untuk baik sebab otak adik masih tengah develop. Sel2 cepat replace yang bermasalah.

Bahagian kepala masih dalam siasatan. Semalam tak boleh ambik darah adik untuk kepala. Cuma boleh ambik darah untuk paru-paru je. Semalam doktor tukar antibiotik lagi. Hari ni adik tak demam. Tapi adik asyik mengadu sakit kepala.

Day 9(2nd Admission)

3 Jun 2009

Pukul 12 am, suhu adik 38.2C

5am, suhu adik 36.77C.

Pukul 7.12 ummi tukar pampers adik. Adik asyik mengerang. Ummi tak tahu adik sejuk ke sakit.

Abt 730am, doktor cakap paru2 adik ada improvement, makin baik. Tapi masih ada sikit lagi bunyi. Doktor cakap paru2 considered settled. Hari ni doktor nak start investigate kepala. Nanti nak ambik darah dan lihat kesan antibiotik ke kepala yang dah masuk hari ke dua.

Petang doktor tukar antibiotik, masuk ikut mesin. Doktor cakap ada sikit lagi kuman paru2. Bernafas ok. Demam tak ada. Malam adik nak kena xray untuk tengok sama ada paru-paru adik clear. Kalau tak clear, doktor akan drain pakai tiub.
Doktor cakap, drain ni last resortbila kahak sangat likat dan tak boleh dicairkan pakai ubat. Implikasi selepas drain - antibiotik mesti diambil ikut tiub tu selama minimum 3 minggu plus another 3 weeks ikut syringe macam biasa.

Kalau diikutkan hari ISnin lagi doktor nak drain, tapi tak jadi sebab Dr Nora Ketua Jabatan cakap adik boleh recover sendiri. Janji adik kena makan. Now, timbul lagi citer pasal nak kena drain. Harap adik tak perlu drain.

Day8(2nd Admission)

2 Jun 2009



sumber : Darussyifa' Online


Ummi cakap malam tadi adik tido ok. Nafas adik pun Ok. Pagi ni mata adik kecik juga tapi kurang kecik dari semalam, mulut pun sama. Ummi cakap mata adik pandang ummi bila ummi panggil, nampak ada cahaya sikit berbanding semalam.

About 730 am- misi ambik darah untuk check kandungan gula. 4.7- rendah sikit, misi cakap. Suhu adik 36.9C. Alhamdulillah tak demam.

Misi cakap bilik yang adik duduk sekarang adalah bilik untuk pesakit paling kritikal.

Bro King datang untuk rawat adik.

Kaki dan tangan kiri adik langsung tak aktif sebab ada bengkak kat otak kanan.
Adik ada simptom stroke.

Ummi rasa nak usung adik balik rumah je. Kesian bila adik asyik cakap sakit bila pegang kepala dia. Esok doktor nak ambik darah dan investigate punca bengkak dan blockage pada otak adik selepas 48 jam doktor beri antibiotik ke kepala adik.

Bila ummi pujuk dan cakap kalau adik nak balik, adik kena minum susu dan air zam zam, barulah adik buka mulut. Adik cakap, 'jom..jom..jom..'. Bila angkat nak dukung, adik cakap sakit, sakit..

Mama cakap antibiotik dah terlalu banyak. Mama dah buat yang terbaik, gangguan dah tak ada. Cuma tinggal bekas. Mama suruh tawakkal pada Allah dan suruh ummi sambung zikir yang mama ajar.

Day 7(2nd Admission)

1 Jun 2009

Pukul 4 pagi, adik demam balik. Suhu 37.5C.

Pukul 9 pagi suhu adik turun 37.1C.

Pukul 11 pagi, adik dah start puasa kerana petang adik kena buat CT Scan, urgent. Takut ada jangkitan kuman kat otak. Sebab kaki dan tangan menggigil walaupun tak demam. Jika tak dapat dikesan melalui CT scan, nak kena ambik lumbar puncture. Ummi cakap adik dah tak aktif dari petang semalam, asyik tidur je. Pagi tadi mata sebelah kanan kecil sebelah dan bibir kiri pun herot sikit macam orang kena strok. Pagi tadi ummi perasan pelik ngan mata dan bibir adik. Adik tak demam, tapi kenapa tangan dan kaki menggigil.Dr Putri (doktor pakar) cakap antibiotik dah beri yang 3rd line dah, dah paling kuat. Kalau paru2 ok, maknanya kuman dah jangkit ke otak walaupun adik tak demam dan tak ada sawan.. Sebab ada simptom gigil kaki tangan, tak aktif dan bila ketuk bahagian sendi, adik tersentak.



Pukul 3pm, adik masuk bilik brain scan.Adik diberi ubat tidur. Tapi tersedar2 juga.

Adik pindah ke wad 5A.

Malam about 10pm - alhamdulillah mata adik dah tak macam tadi. Doktor kata terpaksa masuk tiub kat dada untuk drain kahak, nanah dan kuman. Esok prosedur tu akan dibuat. Result kepala kena tunggu opinion dari neuro specialist HKL. Kat Hospital Serdang, tak ada pakar.Kalau tebuk dada, adik kena tahan di wad 3-4 minggu lagi.

Malamnya, mama Suhabuat rawatan untuk adik. Mama ajar Ummi untuk tarik yang ada pada adik dan rawat belakang ummi. Mama call ammah Ja suruh solat hajat dan sedekahkan adik Fatihah , ayat Kursi dan Law anzalna untuk kuatkan ruh adik.. Bila ummi akap adik dah ada improvement, mama suh ammah Ja continue sedekahkan Yasin. Abang pun buat juga untuk adik. Mama minta tolong orang2 di pesantren Indonesia untuk bantu mama rawat adik.

Day 6(2nd Admission)

31 Mei 2009

Pukul 4.45 pagi suhu adik 37C. Nebulizer 2 jam sekali start pukul 12 tengahmalam tadi.
Jarum IV dicucuk ke tangan kiri pulak. Adik tidor banyak tapi asyik tersentak-sentak. Susu minum 2 kali sikit2. Ummi bagi madu bubuh dalam air roselle dan susu.

Pukul 830 pagi, alhamdulillah adik nampak OK. Demam 37C. Doktor cakap antibiotik sesuai lah tu..Adik pun banyak minum susu yang dicampur dengan milo dan madu. Dr Eliza cakap, paru-paru belah kanan dah clear sikit, so nakkena pantau yang belah kiri je. Dr cakap masalah bronco pneumonia disebabkan bakteria bukan virus.

Pukul 9 pagi, suhu adik naik balik 37.9C.

Tengahari- Daoktor pakar cakap kedua2 belah paru2 dijangkiti kuman. Sebelah kiri lagi teruk, jadi nak kena tengok progres demam dan selera ok. Doktor cakap sakit ni memang akan buat adik hilang selera makan.

Petang- Mak, tok ayah, Mak Su dan Mak Lang datang ziarah adik. Mak menangis tengok keadaan adik.
Adik tak nak makan. Adik diam je. Aik asyik merengek. Bila cakap nak bacakan Fatihah, baru adik diam dan tidur.
Ammah Ja perasan mata kiri adik asyik memandang ke sisi.
Abang dan kakak balik kampung naik tren dengan ammah Ja.

Pukul 8pm suhu adik 36.4C, pukul 11pm 36.6C. Nurse bagi ubat bontot pukul 4.48pm.
Malamnye, suhu adik naik semula 37.9C.

Day 5 (2nd Admission)

30 Mei 2009

Adik panas balik. Pagi tadi 39.5C. Malam tadi Mok Ja cakap 41C. Pukul 4 pagi turun 38C.

Kencing adik warna merah. Macam campur dengan darah. Kalau sekali lagi pampers adik macam tu, baru doktor check. Doktor kata mungkin sebab ubat.

Dr Eliza examined adik. Dia cakap khak adik masih pekat dan likat. Dia suruh bagi nebulizer setiap 2 jam. Mata adik cengkung sebab kurang zat. So dia suruh naikkan air dari 27 ke 40.

Ummi cakap mungkin adik demam sebab jarum berlipat. Drip tak leh masuk. Kaki adik bengkak cobong. Doktor buang jarum dan cucuk tempat lain pulak.

Day 4 (2nd Admission)

29 Mei 2009

Hari ni adik pe'el nak dukung je.

Ummi sakit tekak, sakit kepala sangat2. Ummi pulak kena pergi klinik. Malam abah dan abang jaga adik.

Day3 (2nd Admission)

28 Mei 2009
Doktor dah tukar antibiotik ke 3 hari ni.

Adik baru boleh pakai oksigen hari ni. Mama Suha buatkan adik air tawar untuk reducekan demam adik. Dia cakap adik demam terkejut. Tapi mama tak cakap banyak pasal apa. Dia cuma cakap gitu je. Ummi cakap memang ada satu hari tu adik menangis kuat sangat waktu ummi naik solat. Kakak yang menangis dulu.

Ummi jaram adik dengan ais.

Day 1 (2nd Admission)

26 Mei 2009

Doktor kat Zalfah mintak abah dan ummi bawa balik adik ke hospital Serdang sebab adik demam lagi tak baik2. Barangkali adik dapat bronco pneumonia lagi.


Sampai di kecemasan, adik terus dibawa untuk checkup & rawatan tanpa perlu mendaftar terlebih dahulu. Doktor yang check suh adik dimasukkan ke wad 5B sebab demam adik mencecah 40C.

Day 2 (1st Admission)

21 Mei 2009

Adik diminta mengambil neb 4 jam sekali + antibiotik + klacid.Dok ckp kalau demam adik xde selepas 48jam diberi antibiotik bermakna ubat tu berkesan & adik boleh balik.Abah & ummi lega sgt2 bila dengar berita tu. Alhamdulillah.

22 Mei 2009

Adik dah sihat, wayar tiub kat tangan adik dah pon dicabut.
Alhamdulillah, petang adik dah dibenarkan discharged dari Hospital Serdang.Walaupun adik dibenarkan balik, abah& ummi masih bimbang bila tengok kesihatan adik belum betul2 baik.Badan adik masih lemah,tp dh namanya budak...bila rasa sihat sikit mulalah aktif.Time balik sibuk bye,bye nurse & dok.Habis orang dilambainya,mungkin adik gembira sgt sebab dapat balik rumah dengan 'dada yng lapang'.

Day 1 (1st Admission)

20 Mei 2009

Hari ni masuk hari kelima adik demam.Mula2 kak Hanan yang demam (1 hari je.Alhamdulillah kakak cepat sihat.Abah&ummi risau jugak sebab kakak kalau demam mcm nk jd lelah.Pernah ambil nebolizer 2 kali).Hari pertama & ke2 demam adik asyik berak2 jer,cair pulak tu, sampai meleleh2 tembus atas tilam. Kesian kt abah&ummi menguruskan adik. Batuk ada sikit2. Agaknya adik muntah sebab ada banyak kahak tak boleh kuar,maka dia muntahlah pulak 2,3 selepas itu,berak2 dah xde. Pada masa adik demam, adik xnak makan lgsung. Mcm selera adik dh tertutup,susu xnk,air xnk, apatah lg nasi, jauh sekali.Pening abah&ummi dibuatnya. Dh lah nafas adik makin laju, dada pun nampak tinggi sikit. Adik makin kurus...Sedih abah&ummi tengok. Antibiotik yang diberi doktor x jln...

Petang tu lepas abah balik kerja, abah dan ummi bawa adik ke klinik Karisma kt Hentian Bas Kajang. Doktor & kakitagn kt sana baik2 semuanya.Doktor suruh adik dibawa ke hospital segera sebab adik nampak dehydrated. Doktor kasi surat refer ke hospital.Balik rumah dulu kemaskan barang apa yang patut untuk dibawa sebagai bekal, manalah tahu kena tahan wad ke...

Lepas solat Maghrib baru abah dan ummi bawa adik ke hospital Serdang. Ishk... ramai pulak orang kt emergency ni. Lepas daftar tunggu giliran untuk screening test. mula2 chek tekanan darah adik, ok. check dada adik pulak,ok abg H.A tu cakap. Lepas tu cek suhu adik,guna termometer letak bawah lidah. Manalah adik reti nk tutup kemas2 mulut dia, 1st time dia pakai bwh lidah, apa lagi kuar mlelehlh air liur adik. Ummi terpaksalh pegang mulut adik,tp akhirnya t'kuar jgk tmter tu. Biasa adik guna yang buh dlm telinga. Kemudian abg H.A. ambik tmeter kepit celah ketiak pulak yang manual, aduh! letihlah ummi halang adik dari bergerak & cabut. Agaknya geli & rimas, lama pulak tu...sabar jelh...Dh sudah H.A. tu ambik darah adik kt tgn, mula2 jenuh cari urat darah adik. Ketuk2 akhirnya dapatlh,tiba2 adik mjerit kesakitan & jarum tercabut dari tgn, tersembur kuarlh darah adik. H.A. tu menggeleng kepala & mengeluh, katanya dhlah susah nk cari urat adik, x duduk diam pulak. Ummi diam je...Lepas tu H.a. tu kuar dr bilik ,lamalh jgk menuggu kt dlm,akhirnya dia kembali dengan seorang nurse utk ambik darah adik sekali lg. Kesian kt adik. Kali ni adik kena baring atas katil & dibalut dgn kain selimut dari kaki sampai ke bahu. Jenuh jgk nurse tu cr urat darah, akhirnya dapat jgk. adik menangis lg.Time akak nurse nk buh drh adik dlm botol kecik tertumph atas lantai ckt & terpercik kt plastik alas bju dia. Dh sudah urusan kt situ H.a. suh masuk dalam ke ruang mnunggu untuk berjumpa doktor. abah pegi dftar sekali lagi kt dalam. Ummi tanya H.a. tu lama ke nk tahu result drah adik? Dia jwab dlm 1jm 2jm paling cepat.

Bila masuk ke dlm punya lh ramai lg orang mnunggu.Masa tu lebih kurang pkul 9pm lebih. Lps tu ammumi sapa dr pjbtnya. Adik senyap je, ummi jelun dahi,kepala & bdn adik. Adik merengek2 je.Bila ummi penat bagi abah plk riba. Lupa plak time kelam kabut nk bwk stroller. Bila adik asyik meregek abah bg kt ummi balik.Laparlh plk rasanya,rupanya x sempat mkn lg.Ptg td amahja msk ns kerabu,ummi mula2 nk mkn,tp x bselera bila tengok adik sakit. abah g cari mknn kt luar ng ammumi. adik minum air je sikit2,tupun ummi pksa minum,susu xnk lgsung. Ishk lamalh plknya abah ni.Rupanya pg tdo kt keta...

21 Mei 2009

Time adik tdor dlm kul 12 am lbh adik terjaga & mngis, panasnya badan adik. sambil dukung adik iummi bwk msuk toilet basuh kpl & bdn adik,basahkn towel kck untuk jelun dahi & kpl adik. Adik msih mngis lg.Lmbtnya dok ni. ada sorang je dok bertugas ketika tu. Ummi riba adik smbil jelun kpl & bdn adik. sekejap je kering towel tu. ummi minta tolong abah bshkan towel.

mujurlh lepas setgh jm mngis adik tetidor sampailah no giliran adik dipanggil pkul 2pg! Ummi rasa cm xleh bjln,kaki ummi kebas,tolong...abah dukung adik 7 ummi bwk beg & brg2 lain masuk bilik dok sambil jln pegang abah. Ummi duduk ats kerusi smbil pegang adik mngadap dok perempuan,x agtlh plk namanya. adikats dukung ummi so belakg dia yang mngadap dok.,dok selak bju & perhatikan pnfsn adik.dok ckp adik ada mslah pernfsan. Kemudian dok guna stetoskop,sah! paru2 adik ada mslah jgkitan kuman.Dok ckp paru2 adk ada bunyi x normal. dok ckp adik terpksa ditahan dlm wad & sebelum naik ke wad adik kena buat x-tray dada lu. Masa tu abah&ummi rasa sedih & gembira. sedih kerana adik ada pykit & gembira sebab adik akan diberi rawatan. Lepas tu abah g dftar wad untuk adik. GL plk ummi x amil lg dr sek..En tu ckp xpe nati bwk time discharge. ummi dukung adik ikut kakitgn hsptl ke bilik x-tray. adik x-tray dada,ummi pgg kaki adik takut adik bgerak,tp adik diam je sebab dh lemah sgt masa tu.seblm tu pkr xtray ty akak mgdung x? soalan biasa kalau orang perempuan masuk bilik x-tray cm sebelum ni kt az-zahrah ummi pgg adik time x-tray kpl sebab adik jatuh tlentang masa bmain kt ats simen halamn dpn rmh ng abg & kakak.lps tu adik munth beberapa kali. sebab tu bwk adik g x-tray kpl.Alhamdulillah xde apa2.Adik dh byak kali jatuh,asyik dpt sakit je.Lps x-tray kami naik lift ke tingkat 5.

Adik Hasan was admitted di hospital Serdang 21 Mei 2009, lebih kurang pukul 3 pagi di wad 5B . Adik demam tak baik-baik, makan tak lalu, minum pun kurang. Ada jangkitan kuman kat paru-paru . Adik dok kat bilik isolasi 4 sorang2. Ummi temankan adik. abah balik rmh, kesian kt abah time tunggu dok td tdo smpai bdengkur.letih sgtlh kot,dr balik kerja x dpt rehat lgsung. Ummi plk tdo2 aym je smbil jelun bdn adik yg masih pns. Mjur adik tdo je. sebelum subuh ada sorang dok p dtg ckp mtk maaf sebab bru dpt tahu ada pskit bru.Entah le nape bru tahu. jenuh ummi 2gu bilalh dok ke,misi ke dtg mjenguk bilik tu.Dh lh sorang2. dok mtk umi dukung adik ke bilik rawatan utk pasang IV drip kt tgn adik. seblm tu dok ty cmne adk leh dmm dll lg.Ummi cite la bla..bla.. benda yang sama kali ke 3 dr mula2 sampai spital. Ok.ibu boleh kuar & 2gu dpn bilik ye...arah dok kpd ummi. ummi sempat tengok misi balut bdn adik nd selimut.adik ngis pggil ami...ami... x lama kemudian dgr adik adik mjerit & mnagis kuat,agknya dok tgh msukkn jarum 7 cari urat mn yg bleh kuarkn drh. Rasa nk mngis umi dgr adik mjerit skit. ni kali pertama adik dimasukkan tiub utk masukkan air & ubt kt tgn. Lps sme siap umi dkung adik msuk bilik & 2gu abah,jnji nk dtg jg adik(abah ambik cuti hr tu) Ummi kena pergi kerja. Nati kesia kwn2 ummi yg buat relief pning. Abah jaga adik sapa ptg. tghr amahja dtg.

Sekumpulan doktor datang dan mereka suspek adik ada tanda2 nak kena athma / bronco pneumonia. Dr suruh perhatikan things yang boleh trigger batuk adik.


Kemudiannya adik kena tukar katil. Sempat transit sekejap kat luar, depan kaunter nurse. Adik dibawa ke katil 18. Nurse asyik tersilap aje sebab depa ingat adik pesakit yang sebelum ni dok bed tu. Mlm ni ummi jaga adik. esok ummi ambik cuti rehat yg xde istilah rehat bg ummi. 24jm ummi kena memantau adik. adik diberi nebolizer 2jm sekali. Ubt dmm 6jm sekali.

Berat adik 9.45kg.

Intro



The baby is me, Ahmad In'amul Hasan. The pic was taken when I first saw the world. I was named after after Mawlana In'amul Hasan, the 3rd Amir of Jama'at Tabligh, who was born in a noble and pious family. Thanks to Auntie Suha for suggesting the name. May Hasan become an alim and pious Muslim who will serve for the future of the Ummah.

A Brief Biography of Mawlana

Mawlana In'amul Hasan was born in Kandhla, U.P. ,India on the 18th Jumada al-Awwal 1336 (20th February 1918).Each of Mawlana's family member, male and female alike is known to be very devoted to Allah. They spent their days and nights performing ibadah, zikr and tilawah.

Among his teachers were:
1. Hafez Mangtu - Hifz al-Qur'an
2. Abdul Hamid, his maternal grandfather - Persian (Bustan Sheikh Sa'di)
3. Hadrat Mawlana Muhammad Ilyas -Arabic based education ( Mizan Munshaeb - Shahr Jami'), Kitab Mishkat
4. Mawlana Zakariya -Kitab Hidaya, Kitab Sunan Abi Dawud
5. Mawlana Jameel Ahmed Thanvi -Kitab Mebzi
6. Ihtisaamul Hasan Kandahlawi - Kitab Jalalyn
7. Mawlana Abdul Latif - Kitab Sahih Bukhari
8. Mawlana Manzoor Ahmed - Kitab Sahih Muslim
9. Mawlana A. Rahman Kamilpuri - Kitab Sunan Al-Tirmidhi
10. Mawlana Ilyas - Kitab Sunan Ibn Majah, al-Nasa'i, Tahawi and Mustadrak Hakim

Mawlana In'amul Hasan and His Companion Mawlana Muhammad Yusuf
Both of them were very close and studied hadith together. According to Mawlana Yusuf, both of them would make an arrangement to study at night by turn. One would study till midnight, prepare tea for the other and wake him up bedore going to bed. Then the other would continue to study till Fajr and wake the other who was sleeping.

His Nature:
Since small, Mawlana In'amul Hasan had a reserved nature. He was quiet and would avoid unecessary talk. He opted to remain busy with his work. He would not see anyone unless it was necessary. He disliked meeting people and wasting time with talking like his other companions. He was very strict in observing his daily routine. He would talk briefly and direct to the point. If necessary he would reply to the questions effetively.

Despite of being reserved, the man with fair-complexion was active physically and mentally. He managed to understand intricacies very well. He used to dress in fine and clean clothes. He did not eat much. Due to his life style, i.e. restricting meeting with people and strictly observed punctuality, he could spare enough time for reading, which is his fondness. He spent most of his leisure time in studying books. He had a personal library that store a unique collection of books . on various branches of knowledge.
Related Posts with Thumbnails