Ping my blog

Monday, June 22, 2009

Day 5 (After Discharged)

Isnin
22 Jun 2009


Hari ni semua lewat pergi kerja.
Adik salam ummi tapi tak sempat salam kakak.
Adik salam abang, salam abah.

Pagi2 adik turun dengan ammah Ja dan Ammah Na tengok birds.
Hari ni hari kedua adik makan neurofood.
Abah suruh campur dengan susu. tapi ammah na pakai syringe je.
Adik minum ok je. Ammah Na bagi sambil gurau2 dengan adik, sambil tengok birds.
Adik dok atas riba ammah Ja.
Kadang2 adik buat2 tak nak, tapi sebenarnya adik makan neurofood ok je..
Belum sempat abis neurofood, ammah Ja dah bawa masuk rumah. Sebab it was the time untuk adik pakai chamber oren. Adik pun dah ok pakai chamber. Tak nangis lagi.

Hari ni adik busyuk. Adik kena mandi awal. Sejuk..Tapi lepas bungkus ngan towel, adik ok je.
Hari ni adik main telur dan tomato. Main baling2.

Pukul 8 pagi adik kena makan multivitamin dan antibiotik Klacid. Ok je adik makan.
Pastu adik makan muruku poko sambil tengok cartoon kat astro ceria.
Ammah Ja dan Ammah Na masak sup chicken ball untuk adik.
Adik minum susu lagi, ammah Na kena buat susu baru.

Letih le nak tunggu time makan ubat pukul 10. Baru 940. Adik main mainan tren.
Oh, oh.. Adik nak ter'uk uk'.. Adik teran uk uk sambil bersandar kat kerusi, siap angkat peha. Uh uh...

Lamanya nak tunggu makan ubat. Adik dah mengantuk.
5 minit lagi nak pukul 10. Adik terlelap.
tepat pukul 10, ammah na kejut adik bagi makan ubat.
Ish... geramnya..adik nak tido.

Sudah makan ubat, Ammah Ja tepuk2 adik supaya sambung tido. Tiba2 ammah Ja teringat adik uk uk tadi... Masa buka seluar, Ammah Ja suruh angkat kaki. Adik angkat kaki kanan. Ammah Ja suruh angkat kaki lagi satu. Alhamdulillah adik boleh angkat kaki kiri tanpa dibantu. That was my progress hari ni. Adik juga boleh balikkan tubuh dan meniarap sendiri hari ni. Alhamdulillah. Moga2 adik cepat pulih. Ameeen...

Pukul 1140, adik yang dok baring rasa nak bangun. Tau tak adik boleh bangun duduk sendiri? Susah, tapi adik dah boleh buat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails