1 Jun 2009
Pukul 4 pagi, adik demam balik. Suhu 37.5C.
Pukul 9 pagi suhu adik turun 37.1C.
Pukul 11 pagi, adik dah start puasa kerana petang adik kena buat CT Scan, urgent. Takut ada jangkitan kuman kat otak. Sebab kaki dan tangan menggigil walaupun tak demam. Jika tak dapat dikesan melalui CT scan, nak kena ambik lumbar puncture. Ummi cakap adik dah tak aktif dari petang semalam, asyik tidur je. Pagi tadi mata sebelah kanan kecil sebelah dan bibir kiri pun herot sikit macam orang kena strok. Pagi tadi ummi perasan pelik ngan mata dan bibir adik. Adik tak demam, tapi kenapa tangan dan kaki menggigil.Dr Putri (doktor pakar) cakap antibiotik dah beri yang 3rd line dah, dah paling kuat. Kalau paru2 ok, maknanya kuman dah jangkit ke otak walaupun adik tak demam dan tak ada sawan.. Sebab ada simptom gigil kaki tangan, tak aktif dan bila ketuk bahagian sendi, adik tersentak.
Pukul 3pm, adik masuk bilik brain scan.Adik diberi ubat tidur. Tapi tersedar2 juga.
Adik pindah ke wad 5A.
Malam about 10pm - alhamdulillah mata adik dah tak macam tadi. Doktor kata terpaksa masuk tiub kat dada untuk drain kahak, nanah dan kuman. Esok prosedur tu akan dibuat. Result kepala kena tunggu opinion dari neuro specialist HKL. Kat Hospital Serdang, tak ada pakar.Kalau tebuk dada, adik kena tahan di wad 3-4 minggu lagi.
Malamnya, mama Suhabuat rawatan untuk adik. Mama ajar Ummi untuk tarik yang ada pada adik dan rawat belakang ummi. Mama call ammah Ja suruh solat hajat dan sedekahkan adik Fatihah , ayat Kursi dan Law anzalna untuk kuatkan ruh adik.. Bila ummi akap adik dah ada improvement, mama suh ammah Ja continue sedekahkan Yasin. Abang pun buat juga untuk adik. Mama minta tolong orang2 di pesantren Indonesia untuk bantu mama rawat adik.
Monday, June 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment