Pagi2 lepas Subuh, abah hantar abang dan kakak ke rumah ammah Ja.
Adik, ummi, abah dan ammah Ja pergi Melaka.
Adik nak dapatkan rawatan daripada Dr Ishak CfHL kat Jalan Tengkera.
Alhamdulillah adik, pesakit pertama dapat jumpa Dr Ishak yang datang agak lambat hari ni. Doktor kata dia ada 3 orang pesakit dekat farm. tu yang lambat.
Boring adik menunggu. Adik suruh ummi dokong, suruh abah dokong, suruh ammah Ja dokong.
Hehe, pagi2 tu juga adik korek pampers.. Sekali ada benda melekat kat jari.. Alamak.. Kelam kabut ummi dan abah basuhkan uk uk adik..
Doktor Ishak cakap adik kena pnemucoccal meningitis sebaik diberitahu adik masuk hospital sebab acute bronco pneumonia. Peluh kat dahi kiri adik disebabkan brain adik dah over react. Doktor suh adik dapatkan rawatan bodihealth untuk stimulate nerves. Doktor suruh cuba, berapa lama adik boleh tahan. Rawatan sepatutnya 2 jam setengah.
Bila adik nak dibaringkan di katil adik tak nak. Adik menangis. Adik semacam fobia dengan katil hospital. Nasib baik kakak kat situ cakap, boleh buat nanti2 bila adik dah rileks. Jadi abah bawa kita semua makan sandwich sambil minum kopi dan sup kat restoran di klinik tu juga. Semua bahan organik. Adik cuma minum sup.
Adik masih refused untuk buat treatment. Tapi akhirnya ummi suruh buat juga sambil dokong adik. Nurse kat situ balutkan kaki adik dan pasangkan wayar yang disambung ke bodihealth device. Adik menangis-nangis juga awalnya. Kemudian adik terlelap. Ummi baringkan kat katil. Lama adik tidur. Masa treatment, kaki adik bergerak2. Yang kanan bergerak, yang kiri pun bergerak walaupun agak lambat berbanding yang kanan.
Adik terjaga bila misi nak buka balutan kat kaki adik.
Lepas ke Melaka, abah bawa adik ke Gombak. Masa kat klinik di Melaka, ada sorang pakcik beritahu abah pasal Syifa al-Hidayah. Tapi tutup lah pulak. On the way balik, abah call pakcik yang boleh buat rawatan saraf. Dia suruh datang esoknya untuk dia tengok dulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment