Ping my blog

Saturday, May 29, 2010

Long Weekend Yang Bosan


Hujung minggu ni dapat cuti extra satu hari apabila Wesak jatuh pada hari Jumaat. Kakak dan abang sibuk ajak gi jalan. Adik mcm biasa walaupun ntah faham ntah tidak, selalunya akan mengajuk jer cakap kakak dan abang. Tapi masalah problemnya nak gi jalan mcm mana sbb ummi ader kursus pd hari Sabtu, manakala hari Ahad dah ada fixed program nak bawa adik mdpatkan rawatan dr acik Raw di Gedangsa. Itu pun kira bnasib baik sebab exam kakak ditunda kpd 19 Jun nanti.


tarikh asal 29 Mei 2010

haaaaa.. amacam kalau kitaaaaa.. ??

.
..
...

bercuti kat rumah je.

kwang.. kwang.. kwang..

So boleh lah nak perbetul pc kat rumah yg rosak grafik. Color yg keluar kat monitor dah jd blur, so abah try godek-godek sendiri. tp langsung terus tak hidup. pc ni actually dah lama, pc clone dpt bertahan lebih dari tiga tahun, kira bertuah lar tu. Sebab kan nak dibandingkan dengan pc mimos kat pejabat, every 3 year dah kena tukar baru.

So kita org jalan2 kat the mines utk repair pc tu.. mula2nya ingatkan graphic card yg rosak, namun sebenarnya motherboard yg dah x ok. Nasib baik processor boleh terus pakai yang sama, so hanya mainboard je yg kena tukar. Alhamdulillah dptlar bjimat utk beli lcd monitor next time.

komputer desktop yang banyak berjasa dlm meng'update' blog adik dah padam

hantar desktop utk direpair

Merah kuning lambang kebanggaan

sementara menunggu pc siap

window shopping mencari2 hadiah baby Anas yg belum juga ketemui

Tuesday, May 25, 2010

Ujian Penglihatan


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana adik dah sembuh dari demam. Jadi adik dpt mghadiri temujanji di Klinik Mata, Hospital Serdang. Dr Selva dari Jabatan Rehab ckp walaupun secara fizikalnya penglihatan adik seems not affected, tp it would be better to check thoroughly esp dari segi power dan saraf mata.

Kakak tak g sekolah yer ?? aa.. aa.. ckp cikgu...

breakfast sementara menunggu giliran

check power di Bilik Optometri


Mula2 adik berjumpa dengan acik Halijahton utk check power. Bagi org dewasa, kita akan diminta baca huruf & nombor dari besar hingga kepada yang kecik yg terdapat pada carta snellen. Tp utk kanak2 mcm adik, ditunjukkan flash card bergambar dlm bentuk line drawing sahaja. So adik diminta sebutkan pic apakah yg tertera dalam flash card tersebut. Sayangnyer adik x begitu sporting masa buat test ni. Ia berpunca apabila Acik Halijah yg comel lote tu lekapkan plaster kat mata kiri adik. Apa lagi mgamuk tantrum lar adik... Sepatutnya dr awal2 just tekup dgn tangan plahan2 pon boleh act.

Lepas tu walau dipujuk2 pon dah tak jadi dah. "Sayang... sat je, please sporting kay dik.. " Adik berhenti la nangis sekejap. Namun bila try tekup mata dgn tgn pon, adik x bagi juga. Anyway boleh lar dpt result dgn 9.6/6 utk mata kanan dan 12/6 utk mata kiri. Markah penuh utk pglihatan yg bagus bagi org dewasa ialah 6/6 . Acik Halijah ckp power mata kanak2 akan btambah baik apabila meningkat usia dan kembali mnurun bila dah tua...

Untuk cek saraf pula adik bjumpa dengan Dr Mazaya. Ermmm adik menangis sungguh2 time ujian dilakukan. Mana tidaknya apabila ujian ini mengkehendaki dititikkan ubat mata bertujuan membesarkan retina mata. Kemudiannya doktor melakukan pemeriksaan dengan menggunakan set2 kanta yang begitu banyak.
Alhamdulillah saraf mata adik tidak terjejas ekoran dr infark kat otak kanan yg adik alami. Walaubagaimanapun doktor akan terus monitor perkembangan adik dan dikehendaki mbuat pemeriksaan lagi pd th hadapan.

Adik makan nasi ayam hainan Taman Melawati, Alhamdulillah berselera slps baik dr demam

Demam Bulan Mei


Isyfihi Ya Allah.. enta Syafi

"Panas duduk kat blkg ni, aircond bukak perlahan dek pon" , cakap Cik Da bila abah perasan badan adik yg terasa hangat semasa on the way utk mhantar Ayah Cik skeluarga ke LCCT pd tghri hari Khamis, 20hb Mei lepas. Namun begitu bila adik dah pindah duduk di depan dan bdn masih panas, baru lah terfikir kmungkinan adik demam ni. Lagi pon mak tok pengasuh adik maklumkan smlm bahawa ader bbrp org kwn adik yg demam, selsema dan batuk2 skrg ni.

Lantaran itu sampai2 je ke rumah adik terus je diberi makan ubat demam. "Adik cepat2 baik yer sayang, amin Ya Shafi.." . Alhamdulillah di kala ni adik masih aktif dan lasak bermain mcm biasa. Cuma bila tidur malam, sekali lg dpt dirasakan suhu badan adik yg agak panas. Kbetulan termometer kat rmh dah rosak dengan bacaan yang dah x tepat, so x dpt lar nak ukur suhu badan adik masa tu. Namun mujurlah malam tu adik dapat tidur dengan lena walaupun suhu badan panas. Cuma adik mnangis skjap2 tatkala dijelum air kat kepala dan sekali sekala ke seluruh badan.

Keesokannya adik x dibawa ke rumah mak tok mcm biasa. Sebabnya kesian mlihatkan kondisi adik yg mula merengek2, menangis dan duduk dalam keadaan yg serba tak kena. Syukurnyer adik tak dapat pakej tiga2 sekaligus, adik x selsema dan x batuk. Namun demikian adik akan muntah esp slps minum susu, mkn dan slps amik ubat pon. Mmandangkn bekalan ubat demam syrup paracetamol yg dibekalkan oleh Hospital Serdang masih ader byk botol, so adik x dibawa utk bjumpa doktor. Tengok lah.. lagipon baru smlm adik start demam. Tambahan pula keadaan adik nampak dah btambah baik bila mana adik bselera mkn nasi ayam Chicken Rice Shop yg dibelanja oleh amaja pd tghri Jumaat tsebut.

Walaubagaimanapun apabila didapati badan adik masih gak panas pd sblh mlmnyer, adik dibawa ke Poliklinik Penawar bdekatan dgn rumah sebaik sahaja selepas mhantar Amahja ke Hentian Kajang. Amaja balik kampung utk mhadiri kenduri akikah Baby Anas, sepupu baru adik.

"Ayah.. panas ni, tinggi sgt suhunya 39.80C. Ader nampak tarik2 tak? Apabila anak demam melebihi 390C, mereka boleh terkena sawan demam atau febrile fits" . "Takper ayah jgn bimbang, skrg sy bg satu suppository voren 25 mg (ubat bontot) untuk mengurangkan demam yer. Selain tu sy akan bg sirap neurofen, bg setiap 6 jam, kalau panas jgk bg setiap 4 jam sekali. Kena kerap buat sponging utk turunkan suhu badan. Ubat antibiotik pon kena amik, sy bg yg kuat ni, cuma perlu mkn sekali sehari".

"Doktor, anak sy makan ubat demam kul 6 ptg td, boleh ke bg lg ubat demam ni", just utk mntk confirmation dr doktor, yer takut2 overdose plk. Masa jumpa doktor tu dlm kul 8.50 mlm. Namun, doktor masukkan juga ubat tersebut. "Ayah, kalau anak masih demam gak hr Ahad ni, bawa balik yer, kita test darah. Anyway, ayah jgn risau lar, insya Allah ni demam biasa je.. memang skrg ni musim demam pon.." , pesan doktor semasa kami nak beredar dr biliknya.

Hari Sabtu keesokannya pon adik tetap gak demam lagi.. Cuma suhu akan turun selepas makan ubat, namun 5-6 jam kemudian akan panas balik. Tapi tak leh nak kata jugak, coz adik baru amik antibiotik sekali mlm td. Tunggu mlm ni pulak utk mkn antibiotik lagi.

Namun.. hati ni tetap risaunya ya Allah..

.. kerana keadaan ni mengenangkan semula kepada peristiwa menyayat hati yg blaku ke atas adik dlm bln Mei juga pada tahun lepas.

Dan kebetulan time tu ader kenduri kahwin amuje & amahsha dan amahsu & amusu. Manakala kali ni, kenduri akikah baby Anas, putera amuje & amahsha.

Ketika tu adik demam dengan suhu yang agak tinggi, mula2 adik dibawa ke Klinik Karisma, di Hentian Kajang. Selang dua hari kemudian, adik dibawa pula ke Klinik Penawar, Seksyen 16 kerana demam x kebah2 walaupun diberi antibiotik. Keesokannya adik dibawa ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah untuk dibuat ujian darah memandangkan demam dah masuk 4 hari. Di Az-Zahrah selain dr dilakukan ujian darah, x-tray juga dibuat utk melihat keadaan lung adik. Alhamdulillah berdasarkan diagnosis yang dilakukan, doktor cakap adik x kena denggi dan paru-paru juga clear. Cuma doktor ckp demam ni disebabkan oleh bakteria, so kena continue dengan antibiotik.

Namun bila masuk hari kelima adik masih demam panas yg tinggi menjangkau 38-390c, pd kul 2.00 pg 21 Mei 2009 adik dibawa ke Hospital Serdang dan dimasukkan ke wad 5A paediatrik selama dua hari dari 21 hingga 22 Mei 2009.

Selang 3 hari selepas discaj, demam kembali menyerang adik. Kali ini adik dibawa ke Klinik Az-Zalfah, Seksyen 4 Tambahan namun Dr Akmal yg mmeriksa adik mnasihatkan supaya dibawa semula ke Hospital Serdang. Pada jam 1.00 pagi 27hb adik dimasukkan kembali ke Hospital. Doktor menukarkan antibiotik setiap hari mmandangkan demam yg x turun2, sekalipun puncanya sudah dikenalpasti iaitu disebabkan jangkitan kat paru-paru (pneumonia).

Dugaan ke atas adik sampai ke kemuncaknya apabila pada 1 Jun 2009 keadaan adik mjadi lemah-selemahnya shingga x mampu utk bgerak pon. Doktor cepat2 melakukan brain CT scan yang akhirnya mgesahkan adik mendapat hemiparesis pd semua anggota badan sebelah kiri. Abah ingat lagi.. sbb mlm sblm tu abah yg mnemani adik di wad. Pd ptg 31 Mei 2009 adik boleh bangun dan ketawa2 kecil apabila abang dan kakak mengusik2 smbil buat kelakar. Kebetulan mak tok dan tok ayah pon ader dtg mlawat adik pd ptg tsebut. Sesungguhnya keadaan adik pd masa tu seolah2 mnunjukkan adik dah mula nak recover act. Badan dah x panas sgt2 mcm biasa, namun kaki dan tangan menggeletar kesejukan. Sentuh kaki dan tangan adik mmg sejuk mcm sentuh air di peti ais. Dan bila dirujuk dengan doktor, mereka ckp ok dan tak perlu risau.

Walaubagaimanapun bila pd belah mlmnya adik tidor semahu2nya, sehingga kan time nak bg ubat pon x nak bangkit, even x nak bukak mata, abah dah syak lain.naper ni dik?? Ya Allah.. biasanya mlm2 sblm, adik tido pon kat atas dokong abah. mrengek2... x selesa. abah refer dgn doktor, tp biasa lar doktor2 muda mana ader pglman sgt lagi, mereka just jwb tunggu esok bila doktor senior dtg, nanti bgtau kat they all sok.

Pagi esoknya ummi dtg utk tkr shift sbb abah nk gi kerja. Masa lawatan Dr Puteri , doktor pakar wad 5A pd jam 10 pg, ummi pon cerita ttg masalah adik spt yg dibrief oleh abah sblm tu. Dr check dan ckp ok jer dan x der per2. Namun bila doktor nak kuar dr bilik, ummi panggil doktor bila perasaan mata adik sblh knn lebih kecik dr kiri. Doktor check semula dan mula suspect something bad had happen. Dr Puteri amik hammer telescopic dan ketuk kat elbow and knee adik untuk check refleks. Bila mdapati kedua2nya di sebelah kiri x jerk as normal tu lar doktor arah supaya segera buat ct scan. Dan resultnya terdapat infarct yg besar pada otak sebelah kanan adik. Implikasinya adik mdapat strok pd anggota bdn sblh kiri.. Ya Allah besar sungguh dugaan dan ujian Mu utk kami Ya Allah...

Bila ditanya tentang puncanya, doktor x dpt nak sahkan, tp mrk agak disebabkan kuman paru-paru melompat ke otak. Sbab tu lar doktor tkr antibiotik yg cover paru2 dan otak. Alhamdulillah bila tkr antibiotik ni, demam adik dah makin recover. Bila adik dibawa bjumpa dgn Dr Ishak di Melaka pon, beliau ckp kmungkinan meningococcal infection. Cuma x der plak tanda2 adik kena sawan. Kalau ada simpton sawan, sure doktor dah awal2 lg bg antibiotik utk rawat meningitis. Lagipon doc2 check patients kat wad mmg kerap, x kurang dr 4 kali sehari. Mula2 MO check kul 8.30 pg, then doktor pakar plk dtg kul 10 pg, ptg dlm kul 3 MO plk check lg, kul 8.00 mlm sekali lg MO check.

Dek krn tu.. ia mnunjukkan bahawa kuasa Allah adalah jauh lebih besar bbanding dgn kemampuan yg ada pada manusia.

errrmmm... bila flashback terkenang peristiwa ni, mula lar mnistis air mata...

Oleh kerana tu, x nak peristiwa ngeri ni berulang, pd hari Ahad 23-5-2010, adik cepat2 dibawa ke Pusat Rawatan Islam An-Nur utk test darah. Alhamdulillah time ni, bdn adik dah x panas act, tp still on off demam. Masa doc check pon, suhu badan adik normal 35.60C. Result darah pon mnunjukkan tiada denggi cuma bacaan bakteria je yang tinggi 17.3, sedangkan ukuran normal ialah 12.0 . Doktor suh habiskan antibiotik yg diambil dr Poliklinik Penawar. Rawatan dgn Kak Raw di Gedangsa pon tpaksa postpone dulu mggu ni.. dan Alhamdulillah syukur ya Allah Ya Rabbal 'Alamin.. hari Selasa adik dah sihat sepenuhnya slps 5 hari demam.


amik darah kat An-Nur

Doktor dan nurse sedang mmujuk adik sambil amik drh

Wednesday, May 19, 2010

Buggy mini adik



Jelesnya tengok parent bawak anak dlm buggy yg kecil kiut miut. Agaknya buggy kecik mcm tu dibeli dr luar negara sbb org Arab dan Mat Saleh yg selalunya kelihatan membawanya di shopping mall. Kebetulan hr Sabtu minggu ni free dan Amah Su pon dtg sbb nak mghadiri kursus di UIA, ummi pon mcdgkan spy ke Mid Valley. Boleh usha2 buggy tu. Kita org pergi naik train sbb kalau pergi ng keter susah nak parking.


Trip dari UKM ke Mid Valley

Jalan punya jalan kat Mid Valley ni, dengan penuh konfidennya ummi boleh tanya satu parent Arab tu kat mana they al beli buggy kecik. Ummi kan ustazah.. boleh skiping arab.. hu.. hu.. Dr situ lah dpt idea utk ke Toys r Us. Tp malangnya kat Mid Valley ni hanya ada yang warna pink je. X sesuai utk adik lar..

beli hadiah hari guru untuk cikgu Kakak.. 10Q amaja


di Boulevard, Mid Valley sambil menanti amaja dtg amik

Keesokannya pd hari Ahad pencarian diteruskan ke Toys r Us di Alamanda. Kat sini lagi lar x dak langsung. Bolingnyerrrr...

di Alamanda

Ummi ni fesyen x senang hati, mandi x basah dan x lena tidor selagi x dpt sesuatu yang dihajati. Sanggup tu ummi amik mc pd hari Isnin semata2 nak cari gak buggy ni sampai dapat. Kali ini mcuba nasib di OU dan Alhamdulillah tercapai jgk impian hati...

ketemu juga akhirnya

masih ada ruang dlm bonet

Yang ni pemberian kawan ummi dibeli dari NZ, kecik tp panjang x muat bonet. 10Q acik ZT

Yang ni dah boleh let go, RM1k (nego)

Tuesday, May 18, 2010

Speech Theraphy



Kesal jugak bila Ist temujanji terapi pertuturan untuk adik telah beberapa kali direschedule. Setiap kali ada jer hal lain pada tarikh appointment yang ditetapkan. Once postpone, tarikh baru yang diperolehi ialah 2 bln akan datang. Sebab tu walaupun doc issue referrence letter pada bulan Oktober 2009 lg, tp hanya pada 10 Mei baru ni jer adik dapat menemui speech therapist di Hospital Serdang.

adik, bila adik nak make use ur left hand as usual

sementara mnunggu tiba giliran

Adik menemui Acik Fariha yang examine, observe dan buat assessment ke atas adik yg pertama kali menemuinya. Acik Fariha cakap oleh kerana adik dah dapat menyebut lebih dari 10 patah perkataan, so dikira sbg boleh bercakap. Namun begitu adik tetap menghadapi masalah pertuturan kerana kanak2 pd usia 3 thn sepatutnya sudah dpt bercakap dengan menghasilkan ayat yang terdiri daripada tiga hingga empat patah perkataan yang boleh difahami. Dan berkebetulan masa tu, adik cakap " umi, nak cucu mi... ". Boleh la sebut perkataan dan ayat yg common mcm ni kot. Tp yg banyaknya, adik bcakap dgn bahasa yang x dpt nak faham.

kerja rumah utk adik

Untuk tu, acik Fariha bg 1 sheet exercise sebagai homework adik di rumah. Erm.. nak cakap apa? bukan beban.. tp skrg ni pon tgh bimbing abg yg akan sit his mid term exam dr 18 - 27 Mei. Manakala kakak lak akan menduduki ujian kelayakan kemasukan ke Tahun 1 di sekolah abang pd 29 Mei. So tang exercise adik ni, tunggu lepas2 ni lar yer. Lagipon next speech theraphy appointment ialah pada 20 Julai nanti.

Sebaik selesai speech therapy, adik gi set appointment date for vision examination kat eye clinic plak.

Monday, May 10, 2010

Rawatan Kali ke-16 (9/5/10)-Kak Raw Gedangsa




Lebih dari sebulan adik x mdapatkan rawatan dari Acik Raw. Last visit ialah pada awal bln lepas iaitu 4/4/2010. Ia merupakan rawatan kali ke-15, sudah mencapai bilangan rawatan paling minimum seperti yang dibagitau oleh Acik Raw semasa 1st visit dulu. "paling kurang, kena buat 15 kali, Insya Allah barulah berkesan", ujar Acik Raw semasa ummi tanya brp kali nak kena buat rawatan ni. Betul pun.. rawatan rehabilitasi atau pemulihan bg pesakit strok mcm adik biasanya perlu memakan masa yang panjang dan kena acap kali. Dimana2 pon mcm tu.. rawatan fisio, occ & dll di hospital pon perlu dilakukan secara berterusan smp pulih sepenuhnya, x kira lah.. berbulan atau bertahun.. Masa buat rawatan kat Body Harmony hari tu pun, 15 kali adik berulang alik ke sana. Itu pun masih ada 15 kali lagi yang perlu dibuat, tambahan pula duit dah byr dan x boleh nak refund pon. Bila lg nak continue semula ni pon x tahu .. Kalaulah let say nak buat oksigen terapi di Hyperbaric pon, sebanyak 40 kali rwatan minimum diperlukan. Pendek kata mmg kena acap kali lah.

Ramai kawan2 adik yg dah bertahun2 mdapatkan rawatan dr acik Raw . Adik pon nak komited mcm tu jugak. Lagipon Alhamdulillah, nampak keberkesanan rawatan terapi yang Acik Raw buat ni.

Cuma lately abang dan kakak dah mula mnampakkan protes bila nak ke Gedangsa. Abang siap bgtau, x per tinggalkan dia sorg2 pon kat rmh. Manakala kakak lak akan buat pe'el mcm2 - mnangis, mrengek, mgamuk - dr mula nak bsiap, ms nak bgerak, kat dlm keter, kat sana hinggalah ketika pjalann plg. Bagi meredakan tantrum kakak ni, tpaksalah abah mgalah dgn mberi dan mnuruti jer apa yg dimahu, walaupun ia amat negatif yang akan mjadikan kakak beranggapan menangis dan mgamuk merupakan cara utk mendapatkan sesuatu.

Tambah2 lg lar pe'el kakak utk trip kali ni. Spjg2 jln, x brenti2 nangis. Start dr mlm td lg ms Amah Iza blanja mkn ikan bkr (t.kasih & barakalLah yer amah), kakak dah tunjuk perangai x mulia. Please behave kakak. Bukan ker kakak nak kumpul star & smiley byk2 kalau bperangai mulia ..

Alhamdulillah adik tetap sporting. Masa acik Raw bandage pon, adik ok jer, x der nak nangis2 dah mcm awal2 dulu. Cuma smlm entah apa yg x kena, x smp sejam pjlnn balik, adik dah terikut2 dgn pe'el kakak, mnagis mminta spy dibuka bandage. Dua kali lar adik muntah dlm keter, hinggakan bau hapaknya dah x tertahan dan tpaksa dibukak bandage lebih awal pd jam 7 ptg. Kalau nak ikutkan tempoh 6 jam, paling cepat kul 9.30 mlm baru boleh bukak.

Bertolak balik pukul 4.15 ptg

antara ikhtiar utk abang yg akan sit UPSR nex yr

adik mungkin x selesa sbb dah lama x buat

Sunday, May 9, 2010

وَقُل رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا



وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٲلِدَيۡنِ إِحۡسَـٰنًا‌ۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡڪِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ۬ وَلَا تَنۡہَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلاً۬ ڪَرِيمً۬ا (٢٣) وَٱخۡفِضۡ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحۡمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (23) Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. (24)


di Hassan Cafe

3H mencipta kad hari Ummi

kami love ummi, mmuaaahs ...

Tuesday, May 4, 2010

Haikal Kehilangan Abah



Semalam adik joging di Bangi Walk bersama-sama dengan kakak dan abang. Semasa berlari-lari kat atas trek, abang ternampak seorang kanak-kanak berumur dalam sekitar 4 tahun berjalan sambil menangis memanggil "abah, abah.. mana abah" .

Lantas abang pergi menghampiri kanak-kanak tersebut sambil bertanya sebab dia menangis. Abah, amaja, adik dan kakak pon sama-sama pergi dekat lalu bertanyakan namanya dan mcm2 soalan yg mungkin boleh mbantu mcari abahnya.

Q: Adik saper nama
A: Haikal
Q: Haikal datang tadi dengan saper?
A: Ngan abah.
Q: mak datang?
A: Tak, mak kerja.
Q: Tadi adik main kat mana?
A: Kat taman

Q: Main kat taman sana ke? [sambil tunjuk playground]
A: Tak, main kat sana.
Q: Abah tadi dok kat mana?
A: Abah dok berdiri kat sana [Hmm...semua sana je nih, walaupun tunjuk arah lain2]
Q: Abah pakai baju kaler apa?
A: Abah pakai baju oren. [kebetulan abah pon pakai baju color oren]
Q: Abah letak kete kat mana?
A: Kat sana depan. kete kaler oren.
Q: Kete abah kaler oren?
A: Tak, kete abah kaler putih.
Q: Adik tau rumah adik kat mana?
A: kat sana. sana.
[sambil tunjuk entah ke mana-mana]

Abah bawa Haikal untuk menunggu berdekatan dengan tandas awam. Tempat tu pon berhampiran dengan playground. Kalau ayah Haikal cari pon, senang nanti .. Manakala abang dan amaja penat berjalan mencari keliling taman Tasik Cempaka yg besar tu kot2 bjumpa dan bertanya dengan saper2 yg kehilangan anak.

Haikal

Menunggu ayah Haikal mendapatkannya

Mujurlah dalam 20 minit menunggu, abang Haikal berusia dlm 6 thn datang mendapatkannya. (Td Haikal ckp dtg dgn ayahnya shj). Abah pandang2 jugak kat ayah Haikal, tp dia tak dtg dekat. Apa pun, nasib baik lah cepat selesai coz jam masa tu pon dah 6.40 ptg. Kalau tak, abah dah pk2 nak serah Haikal kat balai polis. Bila ke balai, alamaknya lama lagi lar urusan, nak kena bg statement ...

Abah pon terfikir, mungkin pergi mana2 lepas ni, kena tampal tagging kat baju adik dan kakak, tulis at least no fon abah & ummi. In case kalau jd kes cengini ...

Monday, May 3, 2010

Biru, Biru Juara


Ceria rumah Biru hari ini, musim bersukan riang sekali
rumah Biru sudah pasti juara, Biru biru Juara!!

Go go go .. Fight, fight, fight ... win, win, win ...





Acara sukan tahunan tadika kakak
Tadika Khalifah Bestari
berlangsung pada 2 Mei 2010 di Stadium UKM,
Bandar Baru Bangi.

Kakak bersama Guru Kelasnya, Cikgu Ita

Biru, Blue, Azraq !

Adik, abang, ummi dan amahja support Kakak

Adik Best Khalifah, Insya Allah

Amboi adik ngusik kwn kakak

Perbarisan kontijen


Dalam kejohanan sukan ini kakak menyertai dua acara iaitu My Beautiful Princess dan My Fairy Fruity. Bagi acara MBP iaitu menghias dan mendandam Tuan Puteri, pasukan kakak mejadi Juara, manakala bagi acara MFF iaitu membawa buah dalam bakul, pasukan Biru kakak mendapat 3rd place.



Secara keseluruhannya, Rumah Biru menjadi Juara dalam kejohanan sukan pada tahun ini. Masa kat sekolah abang bulan lepas pon, Rumah Hijau abang dapat tempat kedua, Rumah Biru jugak yg jd Juara !! .


Related Posts with Thumbnails