Ping my blog

Monday, June 22, 2009

Day 9(2nd Admission)

3 Jun 2009

Pukul 12 am, suhu adik 38.2C

5am, suhu adik 36.77C.

Pukul 7.12 ummi tukar pampers adik. Adik asyik mengerang. Ummi tak tahu adik sejuk ke sakit.

Abt 730am, doktor cakap paru2 adik ada improvement, makin baik. Tapi masih ada sikit lagi bunyi. Doktor cakap paru2 considered settled. Hari ni doktor nak start investigate kepala. Nanti nak ambik darah dan lihat kesan antibiotik ke kepala yang dah masuk hari ke dua.

Petang doktor tukar antibiotik, masuk ikut mesin. Doktor cakap ada sikit lagi kuman paru2. Bernafas ok. Demam tak ada. Malam adik nak kena xray untuk tengok sama ada paru-paru adik clear. Kalau tak clear, doktor akan drain pakai tiub.
Doktor cakap, drain ni last resortbila kahak sangat likat dan tak boleh dicairkan pakai ubat. Implikasi selepas drain - antibiotik mesti diambil ikut tiub tu selama minimum 3 minggu plus another 3 weeks ikut syringe macam biasa.

Kalau diikutkan hari ISnin lagi doktor nak drain, tapi tak jadi sebab Dr Nora Ketua Jabatan cakap adik boleh recover sendiri. Janji adik kena makan. Now, timbul lagi citer pasal nak kena drain. Harap adik tak perlu drain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails