Ping my blog

Sunday, January 31, 2010

Pesta Buah


Kampung Tok Su Yusri

Tok Sah (kiri) dan Tok Za (kanan)

Tok Sah (makcik ummi) & Tok Su Yusri sudah bbrp kali tel. ummi utk mjemput ke rumah mereka di Kg Kata, Bt Kikir. Katanya skrg ni musim buah2an. Durian kali ni pon lebat bbuah. Tok Sah dan Tok Su cakap spjg thn 2009 durian di kebun dah 3 kali berbuah. Berkatnya, Alhamdulillah. Seronok tinggal kat kampung mcm diaorg.. ada kebun getah, kelapa sawit, kebun buah2an, ader kolam ikan.. khidupan dlm suasana kampung..

Ummi col Ayah Cik (adik ummi) dan Cik Da serta Tok Za (makcik ummi) dan Tok Har utk btanyakan jadual free they al. Nanti boleh la konvoi bramai2. Depa ajak pi hr Sabtu, tp v'all x leh plk sbb hr Sabtu dah dikhaskan utk bw adik utk brubat di Gedangsa. Akhirnya psetujuan dicapai utk pergi pd hari Ahad phujung bln ni. Wbgmanapun kami x dpt konvoi sbb diorang nak selesaikan urusan rumah tangga terlebih dahulu pd waktu pagi. Kemas rumah & basuh baju dulu lar ... Oleh yg demikian, kami set utk bjumpa jer kat rumah Tok Sah dan Tok Su nnti. Dlm masa yg sama, ummi ajak amaja pergi sama.

Kami ke Bt Kikir melalui lebuhraya LEKAS. Abah ckp hway ni boleh terus ke Ampangan, tp rupa2nya ia belum dibuka sepenuhnya dan hanya baru beroperasi setakat Mantin je. Namun demikian kami bernasib baik kerana bandar Seremban tidak sesak pd waktu tersebut.

Amboi petik rmbutan sendiri

Ops kait

aduish!! wa wa rambutan gugur atas kepala bdk manja

Tok Za & Tok Har mjuarai Ops kail

geramnyer.. adik nak berenang jgk ler

Ayah Cik dan Cik Da serta sepupu2 kami

Ini lar tauke nya.. Tok Su Yusri dan bondanya

Tok Su Yusri dan ayahandanya

Ops agihan

Terima kasih yer Tok Su Yusri, Tok Sah & esp. Nyang laki & pompuan atas layanan yg begitu baik diberikan .. jazakaLlah. terima kasih daun keladi..

Rawatan Kali ke-9 (30/1/10)-Kak Raw Gedangsa


Memandangkan ummi & amaja akan mghadiri Seminar SKPD Dr Azizan pd 30 Jan 2010 di Shah Alam, adik dibawa lebih awal sehari ke rumah acik Raw dgn penuh harapan utk mdptkn no. 1. Kami bertolak jam 11.30 pg dan sempat sampai sebelum khutbah Jumaat bermula di Masjid Gedangsa. Ummi terus drive ke rmh acik Raw. Alhamdulillah adik dpt no. 3.

Sebaik selesai solat Jumaat, Ammaja tel pemilik homestay berdekatan rumah acik Raw utk bertanyakan tempat penginapan. En. Hilmi (no hp : 012-9147418) yang mguruskan homestay tersebut memaklumkan bhw bilik masih ader dgn kdr byrn RM60 smlm utk master bedroom dan RM40 utk bilik biasa. Kami terlebih dahulu meninjau keadaan rumah & bilik berkenaan... abah ckp keadaan rumah tinggal mcm ni lah. Dah x der pilihan, tpksalah mginap disini jgk. sbb inilah satu2nya tpt pginapn paling dekat. Kalau tak, kenalah pi ke pekan Tanjung Malim... jauh tu!

Selepas mandi & lepak skjp, kami keluar utk jln2 cari mkn. Ummi lak yg dah lama 'mgidam' mee udang Kuala Sepetang mcadangkan utk pergi ke sana. Abah on GPS utk check jarak dr gedangsa ke sana. Mak oi! jauhnya - 165km. Amaja ckp pergi je lah, lg pon x der per2 nak buat jgk kat homestay ni nanti. Lagipon ummi nak belanja. mmuaahhs.. kami semua sayang ummi.. reganya pon RM12 semangkuk, hu.. hu..





kat Food Court Jalan Duta lg best rasanya. hu..hu..

Pagi besoknya adik mandi lg 5 botol (1.5l x 5 botol) air kolah masjid. Sejurus slps itu, abah memecut ke Kompleks Belia & Kebudayaan, Shah Alam utk mhntar ummi dan amaja ke seminar yg bermula jam 9.00 pg hingga 5 ptg.

kesian adik.. muntah byk jgk lar

tidur lar dik.. kena tunggu 6 jam sblm boleh bkk bandage

Alamak... adik muntah smsa dlm pjln ke sana.. dan paling x syoknya adik vomit tepat2 kat muka kakak yg sedang landing atas riba ummi. Byk plk tu. Jadi plan nak hadir seminar tpaksa diubah kepada pertukaran tarikh seminar. Nasib baik pganjur bg tukar tarikh kepada 20 Mac 2010 di Wisma MCA, Jln Ampang, KL.

Dah penat2 sampai Shah Alam ni, amaja dgn bermurah hatinya belanja kami mkn nasi beriani tersohor kat sini. BarakaLlahu fiki...


Sunday, January 24, 2010

Rawatan Kali ke-8 (23/1/10)-Kak Raw Gedangsa


Hari ni ummi mengajar sekolah ganti bersempena dengan cuti CNY nanti. Jadi abah serba salah sama ada nak bawak adik ke Gedangsa atau postpone next week. Dah lar bermula dr raya haji hari tu, lima minggu berturut2 adik tak dptkan rwtan dr acik Raw. Macam mana ni... Kalau ikutkan plan, adik suppose start mandi air kolah masjid 2day. Air2 pon dah cukup diambil dari 7 buah masjid. Once start mandi, mesti berterusan setiap minggu selama 5 minggu. Mggu pertama kena dapatkan air kolah dr 7 buah masjid yang berlainan, kemudian 5, 3, 2 dan 1. Kalau anak perempuan memadai dgn 4 minggu sahaja iaitu 5 masjid, 3, 2 dan 1.

Tapi masalahnya kalau nak pergi jgk, sapa yg boleh tolong look after abg, kakak & adik, esp kakak yg 'comel' sgt fe'elnya. Kakak asyik gaduh jek ng abang. So terpaksalah Abah sms amaja bertanya sama ada boleh tak kalau nak ajak pi Gedangsa. Amaja ni mmg senang bkira, sporting, assisting.. jenis x reti nak mnolak. yer ajer belake.. beruntung adik ader ammah2 & ammu2 yg baik2 belaka.

Abah berpakat ng amaja utk bertolak kul 4.30am. Nak kena pi cepat coz acik raw dah pesan, mandi sebaik2nya kena seblm matahari terbit.

Alhamdulillah perjalanan pon lancar & kami sampai di Gedangsa jam 6.00am. Adik dpt no 9 bg kategori mandi. Tapi barang diingat, sistem giliran yang dipraktikkan dlm rawatan kak raw skrg ni berslang seli mgikut giliran kanak2 yang mandi dan tidak mandi. Kalau dulu tak.. patient yg mandi diutamakan utk mdapat rwtan tlebih dahulu bbanding yg x mandi. Ikut kata Kak Raw, sebaik air mandian kering (kena biarkan kering sendiri & x boleh lap), kena terus buat rawatan bandage. Namun bila ramai parent yg x mandi bersungut coz terpaksa mnuggu tlalu lama, Acik Raw pon selang selikan antara kedua-duanya. So no. 9 bererti no 17 atau 18. ermm... tghri nak zohor gak lar baru selesai.

Masa menunggu turn ni lah, amaja berkenalan dgn patient baru, Ammar. Melalui perbualan dengan ibunya, Ammar semasa kecil didiagnose sbg CP. Tp semasa berusia 3 thn Ammar dah dpt bjln elok. So doctor kata Ammar hanya mgalami lewat perkembangan (global development delay). Amaja tanya ibu Ammar ttg rwtan yg dibuat. Ibu Ammar pon bcerita ttg tkg urut Cina Muallaf yg dikenali sbg Cina Lu Gua yg tinggal di Kg Jeram, Kuala Kelawang. Tiap2 minggu parent Ammar membawanya ke sana utk urutan. Skrg parent Ammar mbawanya ke Gedangsa utk merawat Ammar yg masih belum mampu bcakap.

bukaan balutan kat kepala yang berbeza dr minggu sudah

Semasa adik mdptkan rwtn, acik Raw pesan kat amaja supaya bgtau ummi utk mmndikan adik dgn air rebusan daun pandan setiap pagi selama 3 minggu bturut2. Caranya ialah dgn mgambil 20 helai daun pndan setiap hr dan rebuskan. Kemudian siramkan air rebusan ini ke seluruh bdn adik pd bilasan yg terakhir. Tujuannya ialah utk mlembutkan urat saraf adik.

Selesai jer mdpt rawatan, adik, abah & amaja terus ke kereta. Hu.. hu.. abg & kakak sedang nyenyak tdo dlm keter yg bkunci. Puas abah & amaja kejutkan dr luar, tetap gak x sedar. Abah amik ranting pokok dan jolokkan melalui tingkap yg sedikit terbuka, namun x bjaya jgk. Org ramai yg tgh mkn kat warong Kak Ani seblh rmh Kak Raw dtg menolong. Mereka pakat goyangkan kereta mcm hayun buai sambil jerit kuat2 .. Baru lah abg jaga dan bukak kunci kereta. Start dr peristiwa ni, abah mesti asingkan remote dr kunci bila tinggalkan anak2 dlm keter. Kalau jadik apa2, boleh bukak guna remote.

Sunday, January 17, 2010

Rawatan Kali ke-7 (16/1/10)-Kak Raw Gedangsa


Dah 5 minggu berturut-turut adik tak mendapatkan rawatan dari acik Raw. Ikutkan perancangan asal, adik nak start mandi air kolah masjid sebaik slepas hari raya haji. Kak Raw ada bgtau dia buat rawatan jgk pada hari2 bkerja, kerana beliau mgmbil cuti awal smntara mnunggu tarikh berangkat ke tanah suci utk mengerjakan umrah. Namun dek kesibukkan hujung tahun, abah & ummi x dapet jugek nak mbwa adik ke Gedangsa.

Lantaran tu jelas nampak kelainan cara adik bjalan yang senget sebelah dan kaki kiri pon menyeret lantai. Selipar adik sebelah kiri pon menggelupas di bahagian depan. Ya! mungkin sbb lama x buat rawatan apa2 dan urut pon tidak juger. Lagi pun adik ni time tidur malam pon x mo selimut. Kalau selimutkan pon, sedar2 waktu pagi, selimut dah terbang ke tpt lain. Tu yg mungkin buat kaki adik kejang.

selipar sebelah kiri yg mggelupas

Dengan demikian ummi col Kak Ham bertanyakan bila Kak Raw mula start rawatan. Kak Ham bagitau minggu lepas pon ada rawatan. org pon katanya x berapa ramai mcm biasa. mungkin masing2 tak tahu kot. tak per lah kami akan pergi minggu ni.

Kami bertolak hari Jumaat lagi pada pkul 7.30pm dan sampai di sana jam 9.45 mlm. No giliran pon agak banyak jgklar i.e. 14. Tidur ..? hu hu bkorban ajer lar. nasib baik semua sporting demi adik. Adik saaayaaaang semua taw, mmuahhs.

Ummi diberitahu bahawa kakraw dah tak buat rawatan minda pd pg sabtu mcm selalu dah. So ummi & abg x dpt lar lg mjalani rawatan tsebut.

lamanya nak tunggu turn

adik, abang & kakak jalan2 dulu mhilangkan bosan

Adik mendapat giliran pd pukul 12.45 tghri. Acik Raw ckp kaki adik dah masuk ke dlm disbbkan jln myeret. Begitu jgk dgn tgn kiri yg nmpak dah keras blk. Selain tu acik raw mintak adik start mandi air kolah minggu dpn.

simpulan kat kepala kali ni

Sebaik selesai dibandage, adik dimintak oleh acik Raw utk berdiri selama 20 mnt. Biasanya 10 minit. Kul 1.30pm kami bertolak balik sambil ronda2 intai masjid yg ada kolah.

Friday, January 15, 2010

Epi Besday Ummi ..


Our beloved Ummi

Ummi yaa lahnan a'syaqohu
wanasyidan dauman ansyuduhu

Fikulli makanin adzkuruhu
wa-azhollu azhollu uroddiduhu

Ummi yaa ruuhi wa-hayati
yaa bahjata nafsi wamunaati
Unsi filhadhiri wal-ati... 2x

Allohu ta'aala aushoni
fissirri walau fil i'laani
Bilbirri laki wal-ihsaani... 2x

Ismuki manquusyun fi qolbi
Hubbuki yahdini fi darbi
wadu'a-i yahfazhuki robbiy... 2x

Adik (Hasan) , kakak (Hanan) & abang (Hisan) - 3H saaayaaang ummi. Happy birthday ummi yg ke 36th. Semoga ummi terus diberkati Allah, bertambah rezeki dan dipanjangkan usia untuk terus membela dan membesarkan kami dengan penuh kasih sayang. Amiiinnnn...



Ramai org ader kat rumah masa celebrate besday ummi... Ma ammah sya, ammah sya, amuje, amaja & amana. Kebetulan masa ni ammah sya baru selamat dan discaj dr IJN.

Tuesday, January 5, 2010

Kakak Olah



Lebaran 2010 ni kakak melangkah ke tadika baru di Khalifah Bestari, Desa Al-Amin, Bangi. Thn lepas kakak bersekolah di Duta Bestari dekat dgn rumah. Kedua2nya smart & bestari. Tak per lah kakak x berpeluang ke Smart Reader pon.


Apa yg lebih utama, proses bertukar2 tadika untuk kanak-kanak seusia kakak amatlah bagus terutama untuk menyubur potensi dari segi aqli, sahsiah, seni dan nilai-nilai estetika. Ia boleh dipupuk dgn bmbingn yg sesuai & berhikmah. Lebih penting lagi kena dedahkan kakak kpd proses pddikan bteraskan tauhid dan dpt membimbing bg mcapai potensi yg cemerlang dr segi rohani,jasmani, kognitif, sosio-emosi dan estetika berpandukan Al-Quran dan As-sunnah mlalui sistem pdidikan yg seimbang dan holistik.

Ce''' sedap abah bersyarah tu. Bsyarah, bsyarah jgk. Kena tengok jadual psekolahan kakak tu. Kesian amaja & amana hntar kakak on her 1st day pd 4hb Januari. Padahal dah tertera kat schedule, 1st day schooling Khalifah Bestari ialah pada 5hb. Kebetulan abah ader exam B.A kat UKM pd 4hb. Ummi pon sekolah. Adik lak pi rumah mak (Kak Ani pengasuh adik) .

Masih gelap lagi kat luar

berdegup-degup jantungku



Related Posts with Thumbnails