Sunday, January 31, 2010
Rawatan Kali ke-9 (30/1/10)-Kak Raw Gedangsa
Memandangkan ummi & amaja akan mghadiri Seminar SKPD Dr Azizan pd 30 Jan 2010 di Shah Alam, adik dibawa lebih awal sehari ke rumah acik Raw dgn penuh harapan utk mdptkn no. 1. Kami bertolak jam 11.30 pg dan sempat sampai sebelum khutbah Jumaat bermula di Masjid Gedangsa. Ummi terus drive ke rmh acik Raw. Alhamdulillah adik dpt no. 3.
Sebaik selesai solat Jumaat, Ammaja tel pemilik homestay berdekatan rumah acik Raw utk bertanyakan tempat penginapan. En. Hilmi (no hp : 012-9147418) yang mguruskan homestay tersebut memaklumkan bhw bilik masih ader dgn kdr byrn RM60 smlm utk master bedroom dan RM40 utk bilik biasa. Kami terlebih dahulu meninjau keadaan rumah & bilik berkenaan... abah ckp keadaan rumah tinggal mcm ni lah. Dah x der pilihan, tpksalah mginap disini jgk. sbb inilah satu2nya tpt pginapn paling dekat. Kalau tak, kenalah pi ke pekan Tanjung Malim... jauh tu!
Selepas mandi & lepak skjp, kami keluar utk jln2 cari mkn. Ummi lak yg dah lama 'mgidam' mee udang Kuala Sepetang mcadangkan utk pergi ke sana. Abah on GPS utk check jarak dr gedangsa ke sana. Mak oi! jauhnya - 165km. Amaja ckp pergi je lah, lg pon x der per2 nak buat jgk kat homestay ni nanti. Lagipon ummi nak belanja. mmuaahhs.. kami semua sayang ummi.. reganya pon RM12 semangkuk, hu.. hu..
Pagi besoknya adik mandi lg 5 botol (1.5l x 5 botol) air kolah masjid. Sejurus slps itu, abah memecut ke Kompleks Belia & Kebudayaan, Shah Alam utk mhntar ummi dan amaja ke seminar yg bermula jam 9.00 pg hingga 5 ptg.
Alamak... adik muntah smsa dlm pjln ke sana.. dan paling x syoknya adik vomit tepat2 kat muka kakak yg sedang landing atas riba ummi. Byk plk tu. Jadi plan nak hadir seminar tpaksa diubah kepada pertukaran tarikh seminar. Nasib baik pganjur bg tukar tarikh kepada 20 Mac 2010 di Wisma MCA, Jln Ampang, KL.
Dah penat2 sampai Shah Alam ni, amaja dgn bermurah hatinya belanja kami mkn nasi beriani tersohor kat sini. BarakaLlahu fiki...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment