Ping my blog

Tuesday, August 25, 2009

Temujanji di Syifa Al-Hidayah pada 2 Ramadhan 1430H


Rasa macam baru jer lagi appointment adik kat Syifa Al-Hidayah ni. Bila yer tarikh yg sebelum ni. seingat2nyer dalam bulan Ogos ni gak lar. Awal bulan kot... Dah lar komitmen utk baca ayat2 dlm surah tertentu spt yang diminta oleh Hj Lokman dah menurun... Masa pergi kali pertama dulu, dpt jer ayat2 utk dibaca, dengan istiqomahnyer abah dan ummi baca ayat2 tu tiap kali lepas solat maghrib dan isyak. tp inilar yg dinamakan ujian @ godaan nafsu dan syaitan?? nak baca al-quran pon jadik malas, padahal free2 dpt pahala. serampang dua mata... dpt pahala ibadah, dan dapat gak ruqaiyyah utk kesihatan adik...

bila pi utk kali ke-3 ni, Hj Lokman akan bg ayat2 lain plak utk dibaca. Ingat lagi pesanan Hj Lokman, amalan perubatan melalui ayat-ayat Al-Quran (Koranic Medicine) perlu dipraktikkan secara komited. Al-Quran adalah setinggi-tinggi martabat penawar dan kesembuhan. Setiap huruf yang terkandung di dalamnya adalah penawar untuk penyakit spiritual dan fizikal. Tiap-tiap surah dan ayat dalam Al-Quran adalah penawar kepada sesuatu penyakit, dengan syarat seseorang itu beriman dan yakin kepadanya. Kita sebagai manusia hanya mampu berikhtiar, Allah lar yang akan menyembuhkannya.

Cuma... he.. he.. bila berubat kat Syifa Al-Hidayah ni.... lama lar nak kena tunggu giliran. Sebab ramainya org yg dtg berubat Ya Rabbi... Sbb tu utk kali ni, abah pergi amik nombor sehari sebelum. Dalam lepas asar hr Sabtu, 1 Ramadhan.. abah pi ke Sg Pusu, Gombak utk amik nombor. Alhamdulillah... dpt no giliran ke-4. Tp he.. he... x sempat lar balik nak berbuka kat rumah. alamaknyer minum air jer lar dlm keter semntara nak sampai...

Advantage bila dah amik nombor awal ni, x perlu lar nak pi pagi2 sblm @ slps subuh mcm selalu. Lagipun perubatan bermula jam 9 pg. So leh lar pi lwt ckit dlm kul 8 baru btolak dr rmh. Sampai2 jer kereta dah penuh, org pon ramai dah menanti kat luar pagar. Tak lama pas tu, Hj Lokman keluar dan bertanyakan sorang2 kepd yg dtg tentang no giliran. ingatkan kenapa... rupa2nya dia bg no lain kpd yg ada masa tu. Dengar bisik2 org kat situ bagitau, biasalah org yg amik nombor awal, bkn terus dtg awal. Jd turn dia org akan terlepas. Jd utk elakkan nombor dipanggil, tp orgnyer x dek, Hj Lokman akan bagi balik nombor lain pd yg ader masa awal2 klinik dibuka kul 9 pg. Untuk ini... abah dapat giliran pertama...Adik is the lucky no.1 for this time... Alhamdulillah... berkat Ramadhan ni.

"Ting" 001.. Sebaik jer no 1 ditekan, abah pon bw adik masuk berjumpa dgn Hj Lokman. Hj Lokman bertanyakan progress adik. Abah pon bagitau lar. Kalau nak bagitau progress yg signifikan tu x nampak sgt lar. Sbb lepas2 adik dah dpt berjalan... pkembangn yg lain x brp ketara sgt. Tgn kiri adik pon just boleh gerak, angkat ke atas, turun ke bawah. tp x boleh mmegang pon lg. Hj Lokman suh adik salam ng tgn kiri, ermmm .. lom dpt lg. Nak bye2 ng tgn kirinya pon, x dpt gak.. Begitu gak kaki kiri adik, x kuat sgt pon lg. Tp insya Allah... beransur2 bertambah baik hendakNya... Untuk kali ni, Hj Lokman bg ayat 82-91 surah Al-Maidah dan ayat 17-25 surah Al-Jathiah utk dibaca. Insya Allah dpt dibaca secara komited, esp sempena bulan Ramadhan yang penuh kberkatan ni... Air penawar dibuat sebanyak 2 botol. Setiap kali nak bagi adik minum @ guna utk bancuh susu adik, perlu baca Al-Fatihah 3x, selawat 3x dan doa mohon pd Allah supaya adik sihat sepenuhnya sama spt sblm ni. Dan appointment adik seterusnya ialah pd 29 September lps Isyak...

Monday, August 17, 2009

Gambar2 memori adik dulu & kini




Sampai Juga Ke Rumah Kak Raw Di Gedangsa


Macam mana nak ke Gedangsa

En Harizan, Penghulu OKU bagi Jawatankuasa Rawatan Kak Raw (JARAK) siap bagitau dengan panjang lebar kat ummi tentang map how to go to rumah Kak Raw Gedangsa, time ummi col pagi Sabtu smlm utk dptkan maklumat tentang rawatan Kak Raw. “Ambil highway Plus ke utara, keluar ikut exit Behrang. Slps tol, ader simpang 3, turn ke kanan dan akan jumpa Balai Polis Behrang Stesen. Di simpang 3 lampu isyarat tu, ikut kiri. Terus je smp jumpa Jambatan Sg Bernam, then ada simpang 3 lps jambatan, ambil kiri ke Felda Gedangsa / Felda Soeharto. Jalan terus lagi dan nanti akan ader simpang ke kanan untuk ke Felda Gedangsa /Felda Soeharto tu. Dari situ untuk sampai ke Felda Gedangsa lebih krg 10 km dan amik masa dlm 10-15 minit . Tak boleh bawa laju sbb jalan sempit & bengkang bengkok. Bila sampai Felda Gedangsa, terus je sampai jumpa Balai Polis Gedangsa dan Masjid Makmur, Gedangsa. Depan ckit je lg akan jumpa signboard Kg Tengah di sblh kanan, belok ke kampung tu. Jalan terus, akan jumpa kedai2 makan, dekat2 ctu lah rumah kak raw. Depan rumah kak raw ader tembok dan banner pon” . En Harizan begitu peramah dan helpful, bsungguh2 beliau terangkan kat ummi.

“ Puan kalau nak jumpa Kak Raw, datang lar hari Ahad tengah hari. Selepas pukul 12. Tak ramai orang time ni. Kalau ikutkan, rawatan untuk anak OKU, Kak Raw akan buat hari Sabtu, bermula seawal 6.30 pagi hinggalah selesai semua pesakit diberi rawatan. Hari sabtu malam slps Isyak pulak, diadakan rawatan minda untuk anak normal. Begitu juga dengan hari Ahad, disambung rawatan minda berkenaan. Hari Ahad juga ditetapkan bagi kes-kes untuk temujanji " , penerangan selanjutnya yang diberikan oleh En Harizan kepada ummi.

“ Nanti jgn lupa bw 2 gulung bandage cotton saiz sjengkal (biasa warna coklat kemerahan- bukan yg elastic) - utk balut badan, 8 gulung bandage saiz kurang ckit dr sejengkal td tu utk balut lengan & kaki , dan 2 gulung lagi utk balut kepala. Bawak jugak krim nivea, vicks dan beberapa helai daun sirih yg besar”, bagitau lagi En Harizan kat ummi. Sebelum selesai perbualan telefon, ummi bbanyak2 terima kasih atas jasa baik En Harizan ni. Hanya Allah yg mampu mbalasnya, jazakalLah…..

Tak lupa juga terima kasih tak terhingga-hingga buat Fizah dan Hafiz, kawan sepejabat aboh yang memperkenalkan kami tentang Kak Raw Gedangsa.




Ambil kanan di simpang 3 slps plaza tol

Ikut Behrang Stesen

Jambatan Sungai Bernam

Melalui kampung orang cerdik-pandai

Tiada tunjuk arah ke Gedangsa, jgn bimbang..
ambil kanan di simpang 3 ini

keep a head... u r on a right track

haaa... dah sampai lar ni

Makmur masjid ni, seindah namanya

Kampung Tengah

Kediaman & tpt rawatan Kak Raw
yg masih dlm pembinaan

Makan di sini

Pagi Ahad, 16 Ogos 2009 adik, kakak, abang, abah & ummi bangun pagi2 bsiap2 nak bw adik ke rumah kak raw di Gedangsa. Alhamdulillah kakak pon dah baik dr demam. Cuma mungkin masih rasa x selesa, tu yg kdg2 merengek2. Abah peratikan kakak dlm 2-3 mlm ni, x begitu lena tidurnya. Mrengek2 time tido, kdg2 mnangis & mngigau. Tgok lah dlm sehari dua hari lg mcm mana. Kalau bterusan nak kena amik air penawar kat Darul Syifa' ke. Mama Suha plk x sehat skrg ni. Kalau x, boleh mntak tlg scan kakak. Abah risau... adik dulu sblm2 dpt dmm panas bpnjgan, sering tjaga malam & mnangis. Puas pujuk pon, x mahu diam. Dah lama mnangis, penat... baru lar dpt tido balik.

Sebagai alas perut utk bf, ummi goreng keropok lekor Ganung yang dibawa oleh Abang Ngah @ Abg Rahim (sepupu Ummi) dari Terengganu. Mereka datang cni kerana kak Anis, anak abg Rahim akan convo di UKM pagi ni.

Sebelum drive ke Gedangsa, singgah dulu Guardian seksyen 3 untuk cari bandage dan bahan2 yg perlu dibawa. Nak cari yg bkn elastic punya lah susah. Semua bandage elastic. Yg saiz besar ader lar yg cotton. Pastu try ke farmasi s.4, dah lah jln jam, time ukm konvo skrg ni. Farmasi S.4 tutup lar plak hari Ahad. Pergi plk farmasi kat sec 16, pon x der yg cotton, carik plk kat guardian warta, pon x ader. Terpaksa beli jgk lar yg elastik pon. Kalau pi cari kat farmasi lain pon, rasa2nyer result sama jgk. Dlm sibuk2 cr bandage, terus tlupa nak cari daun sirih. Tak perlah, 1st time pegi ni, x per kot x bawak.

Perjalanan dari Bandar Baru Bangi ke Gedangsa melalui Hway PLUS ke Sg Besi, masuk ke L/raya hubungan Timur Barat (Seputeh), Federal Hway ke Kerinci Link (Sprint), Tol Jalan Duta ke Behrang. Banyak betol tol yg dilalui, Bangi-Sg Besi RM2.70, Kerinchi Link RM1.50, PLUS Jln Duta - Behrang RM 11.00 . Jarak perjalanan hampir mencapai 130 km jauhnya. Cuaca pulak hujan di sepanjang perjalanan terutama di Hway PLUS. Sampai ke Behrang pon hujan gak, sehinggalah sampai ke rumah Kak Raw. Nasib baik bila dah masuk rumah Kak Raw, baru lah hujan turun degn lebat.

Semasa kami sampai dlm kul +- 3pm, Kak Raw sedang mrawat seorang amoi yg mgidap cerebral palsy rasanya. Umurnya dlm belasan atau awal 20an. Kesian dia x boleh berdiri pon. Lepas tu seorang lg kakak perempuan Melayu dlm lgkungan 10-12 th pon rasa2nyer CP jugak. Kesian… sedih sgt tgok dia org ni. Bila lihat dia org, rasa keinsafan timbul, Alhamdulillah nasib adik tidak mencapai tahap dan condition spt tu. Adik masih lg dpt bjalan wlaupun x stabil. Teringat dulu nasihat Dr Baha kat ummi dan abah yg mminta spy bsyukur kerana ramai lagi anak org lain yg lgsung x boleh berdiri, bahkan tlantar jek kat atas tilam.

Tiba giliran adik, kak raw tanya lar lebih kurang tentang keadaan dan masalah adik. Ummi pon bcerita lar pd Kak Raw. Kak Raw pon baringkan dan slps itu tiarapkan adik. Dia sentuh bhgian kaki, tgn dan perut. Tak sampai 2 min, Kak Raw ckp, adik ni normal. Tak der masalah. Adik aktif bgerak. Kak Raw mintak bw adik utk rwtn terapi slps raya nanti. Kak Raw mntak maaf byk2, bkn x nak rawat adik katanya. Tp dlm bln poser ni, kak raw x dpt nak buat rawatan terapi ramai2 mcm bln2 yg lain. Hanya yg dah biasa dan mendesak je yg diutamakan dulu.

Selalu ini lar nasib adik. Pergi rawatan fisio @ OT pon, dorang ‘diskriminasikan’ jgk adik. Iyer lar, betul pon … keadaan adik better compare to anak2 OKU yg lain.

Tak per lah, abah & ummi akan bw semula adik utk rawatan dgn K Raw lps raya nanti. Insya Allah adik akan sembuh dan pulih sepenuhnya sama spt sblm ini. Ini lah doa yg x pernah lekang dr bibir dan hati abah, ummi, amahna, amaja, tok mok, tok, tok ki, amumi, abg, kakak dan semua org. Allah Tuhan Yang Maha Mendengar dan Memakbulkan doa hamba2nya. Insya Allah akan diperkenankan jua hendakNya… amin.

Friday, August 14, 2009

Ammah Pakat Balik Kelate Tinggal Adik

Petang ni amahzie datang ke rumah adik, berdua dgn Lala. Dorang gumbira & sonok sgt coz dpt blk kampung 2nite. Amahzie ckp dia akan btukar dr IKBN kerana dia pegawai guna sama JPA. IKBN utk K'trian Belia & Sukan. Kmungkinan dia akan btukar ke penjara. Kalau pnjara, boleh lar mohon kat Marang @ P.Chepa. Nanti dpt lar blk kg duduk sama ng amudin. Macam skrg ni, kesian kat Lala, jauh dr abi.

Amumi, Amaja & amahna pun blk jgk. Dorang semua blk dgn keta amumi. Amumi nak kena pohon kebenaran pejabat agama untuk kahwin lepas raya poser nanti. So balik proses kat kampung lagi straight forwad bbanding urus kat selangor @ KL. Tp sblm balik tu, amumi terpaksa buat check up kat Hospital Pantai Cheras kerana dah 2 pagi amumi muntah darah. Dlm tghari, amaja accompanying amumi ke Hospital. Kita org pakat doa, jgn lah amumi kena H1N1. Amumi hari2 travel up & down ke ofis dgn komuter. So dalm crowd yg ramai2 tu, not impossible if amumi got flu tu. Mujurlah... Alhamdulillah, slps di diagnose and dibuat mcm2 test di Pantai, amumi confirm x der sakit apa2. TB pon tak. syukur Alhamdulillah....

Sebelum dorang bertolak, sempat lar adik naik kuda & main bola jaring ng lala & kakak. Adik juga main lari2 dgn kakak & lala. V all lompat2 sonok sakan. Terpaksa lar ummi & amahna mrh kakak psl lari2 dgn adik, bukan per....takut adk jatuh. maklumlh adik jln pon x brp balance lg. Tgn kiri pon xleh pgg mn lagi. kalau adk jatuh, jtuhlh cm ngka buruk jatuh...

Dorang balik kampung dalam kul 7 ptg. Adik nangis nak ikut. Tp abah ckp, kalau adik ikut, kakak pon kan nangis sama nak join jgk. Kalau semua nak ikut, mana nak muat keter. Kubang Kerian tu jauh. Paling2 cepat pon mahu 6-7 jam perjalanan.

So utk hentikan kesedihan adik & kakak, abah cepat2 ajak kami utk main air dalam bathroom. Sonok horeeeeeyyyyy dapat main air. Tp yang x syoknyer bila abah brush teeth kita orang. Adik tiap kali sampai termuntah bila abah jolokkan tooth brush dalam mulut adik. Abah juga manfaatkan kesempatan dlm bilik air, untuk exercise adik mencangkung. Buat2 lar nak basuh uk-uk adik ke. Adik pon mencangkung... he he... lama2, adik tertuduk sendiri atas lantai dlm bathroom. Pastu abah akan dirikan adik, then ulang mintak adik mcangkung. Tp abah ingat... abah boley tipu adik??? sori lar... adik x ikutnya ... sekali, dua boley lar... byk2 kali jgn harap arrrr...

Telah menjadi rutin harian sementara tunggu mghrib, adik & kakak akan minum susu sambil nonton astro oasis. Abang pon ader sama. Time ni lar.... pak cik asri Rabbani dan pakcik munif Hijaz akan mgalungkan zikir2 munajat yang amat mnusuk hati... Subhanallah walhamdulillah wa lailahaillallah wa Llahu akbar....ilahi lastu lil firdausi ahlan.., selawat syifa', hasbi rabbi jalla Llah... zikir istighfar, doa taubat, and etc... Dek kerana ini lar kami bahkan seluruh muslimin & muslimat sangat terkesan dengan pemergian arwah Asri ke rahmatullah dengan tiba2. Masya Allah.... bertuah pakcik Asri ni.... begitu banyak sumbangan pakcik dalam bentuk hiburan dakwah. Walau dah tiada... namun alunan zikir2 dan nasyid yang menyeru manusia untuk beribadah kepada Allah akan menjadi amal soleh yang akan terus2an memberi pahala kepada pakcik Asri. Abah selalu bisik kat adik, kakak & abang supaya menjadi insan yang berguna kepada agama Allah. Kena banyak ilmu pengetahuan untuk dibuat bekalan amalan. Sebb hidup kita orang Islam, bukan setakat terhenti kat dunia semata-mata. Akan ade kehidupan akhirat yang kekal abadi kelak. Ader pembalasan dosa-pahala & syurga-neraka.

Kakak demam.. insya Allah cepat sihat, Isyfi.. Antas Syafi. Amin

Adik and kakak tdo awl mlm ni. abg lg awal tdo. Lps balik library dgn Daniel, pas Maghrib tus tdo lh plk. Sementara itu, dalam dok bimbang dan take a good care terhadap adik, jam 10.30 mlm kakak tiba2 demam. Itu pun ummi perasan bila kakak meracau dalam tido mcm tgh mngigau. Kakak nangis dalam keadaan mata tutup. Ummi assume ini sebab ptg td kakak kuat sgt main & berlari. gelak2 dgn adik & najla. Tu yg mlm ni, lain plk jdnya. Sentuh badan pon panas. Ummi pon tanya balik abah, sbb apa yg abah marah kakak masa dalm bilik air ptg td. sampai mnangis mlalak kakak. Yer lar... abah marah kakak sbb kakak wee wee kat floor drain, x pakai lak selipar masa tu, mlompat2, sembur shower kat tempat wee wee tu sampai percik merata. Abah marah lar kakak. Tp yer lar, marah kat anak perempuan esp kakak, mmg cepat sgt perubahan pd emosi dia. Kalau abah marah abang or even adik pon, x nampak sgt different compare if abah marah kakak. Kakak nmpak sgt2, terus sedey, muka innocent & yg x tahan nyer, kakak akan nangis teresak-esak, lamaaaaaaa baru berenti. Pastu beberapa hari pon, kakak akan mgungkit2 lg peristiwa dia kena marah tu. Kakak x boleh kena marah even tegur pon. Kakak ikut pe'el ummi kalau dlm bab ni.

Bagi meredakan fever kakak, ummi pon ambil 5ml syirup pcm & kejutkan kakak utk take the medicine. Ummi amik towel & jelum kepala kakak. Yer la.... bila terkenangkan adik demam tempoh hari, itu yg myebabkan kena take a very serious attention terhadap anak-anak esp bila dorang demam. Dalam pada tu, doa x lekang dari bibir untuk diulang2 selalu, moga2 Allah menjauhkan bala & pyakit dari menghidapi anak2 & family semua. Cukup lar dengan ujian yang adik terpaksa tempuhi sekarang ni. Kami insan yang tidak berdaya Ya Allah,Ya Rahman dan Ya Rahim... janganlah uji kami dengan bebanan yang tak terpikul oleh kami. Amin Ya Allah...bi rahmatika ya Rahman nastaghith.....wa bi bala-ika nastajir....

Thursday, August 13, 2009

Adik Pon Ngikut Majlis Merisik Amumi

Hampir smiggu blog adik tak diupdate. "abah .. abah tulis lar per2 pon kat blog adik", abang cakap kat abah. "abah x sempat lar.... abah attended workshop awal minggu ni. dan dlm pd tu, abah pon sedang ngejar masa utk update proposal abah. tarikh tutup 28 Ogos ni dah. Proposal lak masih hampeh.."

Orait apa progress adik sehingga setakat ni?? Physically, mcm x nampak any significant progress pd adik within this week. Come on adik.... go.. go.. go.. prove to us that adik can recover!! insya Allah. Make use ur left hand dik & betulkan cara adik bjalan. Abah & ummi siang mlm pakat2 doa utk adik, amaja pon doa sungguh2, amana pon setiap masa, abang & kakak pon, tok mok lagi lar x putus2 zikir, doa utk ksihatan adik. Kami semua solat hajat, puasa & doa mohon pd Allah utk rawat & pulihkan adik back like adik used to be.

Nak tulis per yer??? haaaa citer amumi......

8 Ogos ... 08.08.08 ish!! 08.08.09 lar. ini lar tarikh amumi merisik amah iza. Adik pon ikut taww. Abang & kakak pon pakat pi sama. Majlis ni buat kat rumah Pak Tam, pak menakang amah iza di Seksyen 7, Shah Alam. Parent, pak2 & mak2 menakang serta adik beradik amah iza semuanya pakat mai cni. Depa asal Sik. Tp demi nak mudahkan majlis, depa turun ke Shah Alam. Terharu rasa amumi & family belah amumi. Terima kasih noi semua2. Abah ada tanya kawan abah yg asal Kedah, kalu lagu ni, orang utara panggil majlis merisik jugak kar? Patut2 nyer kena pakat pi Sik la kan.

Majlis deserved to be begin at 10 in the morning. But because of abah yg lewat siap, perjalanan pon mula lewat. Dari Bangi bertolak kul 9.30 am. Mana nak sampai sharp at 10. Masam amumi marah kat abah. Bila sampai sana, berlakun lar rombongan belah laki mintak maaf byk2 noi sbb lewat. Kik kik kik....

Adik aktif sungguh, bjalan kuar masuk kat rumah pak Tam. Depa pakat tanya, ni kar anak yg sakit masuk hospital tempoh hari. Amah Iza yg bagitau kot noi. Kalau tak, mana depa nak taw. Amah iza visited adik twice masa kat Hospital Serdang. Yang syoknya, masa tgh2 bincng, nak tetapkan tarikh pertunangan & majlis walimah, adik pi rebut pen ayah amah iza. Nasib 'atok' sporting, hulur pen kat tgn then bagi adik pegang. Errmmm ... bukan takat pegang, tp adik siap conteng kalendar Zakat Kedah.com tu... Ayah amah iza & depa semua pakat puji adik. Depa pakat cakap, IQ adik tak lar terjejas, tak spt mana hemiparesis yg adik alami skrg. Sbb adik boleh tahu tentang pen dan kegunaan pen. Alhamdulillah lar kalau lagu tu gak. Anyway Prof Dr Amirudin dari Cyberjaya University College of Medical Sciences did told abah that adik's IQ can be tested by using psikomotor test when adik reach 5 yr old. Tunggu lah, hopefully adik seorg anak yg pintar cerdas & genius, insya Allah.

Tengah2 bincang topik adik, mak Tam .. ooo lupa nak habaq, pak tam ni lecturer kat unisel, mak cik tam pulak lecturer kat uitm. ayah amah iza bekas pengetua, mak pon pengetua gak. background depa ni hebat2... pak2/mak2 menakang amah iza ader yg manager bank, engineer, yg jd lecturer pon ramai, kat uitm, um,unisel... iiiieeeee nasib amumi graduate from aussie. Kalau tak, tobat abah cakap, abah x sanggup nak pi. Apapun, semua manusia di sisi Allah adalah sama, yg paling tinggi darjatnya ialah org yg paling bertakwa dari kalangan mereka.




Haa.... mak tam bila sembang pasal adik, tunjuk kat kami sebuah buku berjodol "Kembara Atiq Wazif, Satu Anugerah". Novel kisah benar yang merakamkan kasih seorang ibu dan pengorbanan seorang bapa dalam memulihkan anak istimewa. Penulisnya, Hasan Suyut, seorang jurutera dan ahli korporat, merakam ketabahan anak kecilnya menanggung kesakitan dan kesengsaraan, ketekunan dan keberanian mengharungi rawatan yang menyakitkan sejak usia si anak masih bayi hingga sekarang, 8 tahun. Walaupun pakar perubatan telah mengatakan, “Jangan mengharap sangat dari anak ini, dia tidak akan membesar secara normal,” si ayah tidak pernah patah semangat. Berkejar dengan masa dalam ikhtiar memulihkan anaknya, si ayah dan ibu membawa Atiq Wazif berubat secara klinikal mahu pun alternatif. Dengan Kak Raw di Gedangsa pon dicuba, kaedah PAPO di NURY kat Bukit Antarabangsa pon diikuti, speech therapy Mr Mano di Sg Petani, Homeopati Dr Hashimi di Ampang dan bermacam2 lg. Hasan & isterinya Dora juga membawa Atiq utk beribadah umrah. Then mereka membawa keluarga merentas benua, ke Beijing, ke Timur Tengah, dan seterusnya ke Amerika Syarikat. Hasan bersama isteri dan lima anak mereka kini bermastautin di Florida meninggalkan sanak-saudara dan kerjaya.Isterinya yang merupakan seorang pendidik , sanggup mengambil cuti demi anak yang dikasihi.

Sedey taw baca buku ni... waa... waa... waa ummi nangis :'-( ummi baca dr kul 9mlm sapa kul 12 lbh...biasanya ummi malas baca buku kecuali buku yang sgt2 mnarik baru ummi baca!

Bagi mghilangkan rasa kesedihan ... ceee'.. lps selesai majlis, kami ke Tesco utk usha2 dugro adik & kakak. alahai harga tetap 20.90 - refill 1 kg. Dek krn giant pon dekat, pi lar sana pulak. murah lar 1 sen. hik hik hik.... tilik punya tilik... patutlar harga x turun, rupa2nya dumex launched Dugro's new look and packaging. Dalam tempoh promotion ni, dapatlar Kakak & abah play game Dumex Dugro Adventure dan dpt hadiah...

Pastu sbgmn rutin hr minggu, adik pi mgurut ng Pakcik Shamsul Medic Massage di Bandar Putera, Kelang. Adik lgsung x sporting.... nangis jek shinggalah ttido. Time tido, dpt lar En Shamsul urut adik, tp x dapet lai nak buat exercise.

Otw back home, bila lalu ikut Putrajaya, kami singgah lar FLORIA 2009. sayang amumi x bwk kamera SLR dia. amik gmbr bunga yg segar bugar cantik bseri pakai hp, aper class. mai kita pakat nonton pic yg x cantik tu kat bawah......






Friday, August 7, 2009

7 Ogos 2009

Hari ni adik mandi pagi. Lebih awal dari kakak. Boring betul dengan kakak, dah le adik kejut banyak2 kali tak nak bangun. Siap boleh marah adik, bila adik kejut. Dah masuk bilik air pun, tak nak mandi. Biar adik je lah mandi. Lewat lagi lah kakak hari ni..

Lepas adik mandi, baru kakak mandi. Kami sama2 bersiap. Hari ni kakak cantik, pakai gaun pink dan tudung pink. Adik pakai baju biasa2 je. Tapi adik bawa beg juga, tarik sendiri, jalan sendiri masuk kereta ammah Ja. Adik dok depan. Kakak kat belakang. Seperti biasa, bila sampai sekolah, kakak akan salam, cium dan peluk adik. Adik bye2 kakak. Adik pun kalau boleh nak pergi sekolah macam kakak juga. Boleh tak ummi? Boleh tak abah? Kakak cakap kat kereta, adik kena tunggu umur 5 tahun baru pergi sekolah, macam kakak. Lama lagi 5 tahun.. Sekarang adik baru 2 tahun. Macam mana nak jadi ulama ni, kalau lambat pergi sekolah..

Balik dari sekolah, ammah Ja panggil ammah Na keluar.. Mula2 ammah Na sapu lantai porch. Adik gembira betul bila tengok kemudiannya ammah Na keluarkan water color dan berus lukisan. Rupa-rupanya ammah ada fun project untuk adik. Ammah Na bentangkan paper lama atas lantai, picit kaler hijau, biru, merah, kuning dalam bekas. Then, semua orang started melukis atas tangan kiri adik. Adik menjerit2 suka hati.. Adik tukar2 berus lukisan dan kaler tangan sendiri. Bestnye main kaler.. Ammah Ja beli yang non toxic dan sesuai untuk kids macam adik. Ammah cakap next time main sama-sama dengan kakak dan abang.

color tgn kiri saya

Thursday, August 6, 2009

6 Ogos 2009

tangan siapa bagus?
tangan adik bagus
tangan siapa pegang?
tangan adik pegang
tangan siapa kuat?
tangan adik kuat
tangan siapa main?
tangan adik main
tangan siapa cubit?
tangan ammah Ja cubit...

Hehehe.. Ni lagu yang ammah Ja nyanyi tadi masa adik dok atas swing horse adik.. Macam biasa, ammah Ja akan suruh adik pegang dengan both hands. Kalau naik buaian ke motor ke, mesti ammah Ja nak suruh tangan kiri adik pegang juga.. Adik selalu letak sekejap je. Lepas tu adik larikan tangan kiri adik.




Tapi today adik rasa seronok bila main sambil ammah Ja nyanyi. Pastu ammah Ja usik dengan cubit2 tangan kiri adik. Every time tangan kiri terlepas pegangan pun, adik minta ammah Ja letak balik.. Nanti ammah ja nyanyi lagi sampai kami sama-sama penat.

Hari ni tangan adik ada improvement. Adik rasa seronok dapat banyak kali pegang a big blue ball with both hands. Ammah Na dan ammah Ja akan t epuk tangan dan give 5 ngan tangan kiri adik. Jadi adik ulang2 buat beberapa kali.

Ada 1 lagi perkara yang adik boleh buat ngan tangan kiri pagi tadi. Apa ye.. Dah lupa lah..Nanti recall. Oh ye, ammah Ja ajak keluar jalan2. Nak pi Bodiha rmoni sambil servis kereta. Adik dah siap. Dah hensem dah, tunggu kat pintu. Alih-alih, ammah Ja cakap, suruh sentuh kunci kereta dia dengan tangan kiri. Ammah cakap, kalau adik tak pegang, dia tak nak bawa adik jalan-jalan.. Apalah ammah Ja ni..Dah ajak, buat macam ni pulak. Ikutkan adik nak merajuk, tapi adik suka nak jalan-jalan naik kereta. Adik cuba angkat tangan kiri adik..Hehe tak sangka, on one attempt aje adik boleh sentuh kunci yang ada pada tangan ammah Ja. Adik cuba lagi. Hehe dapat juga.. ALhamdulillah, ammah Na, ammah Ja dan adik tepuk tangan suka hati.

Petang pukul 3 lebih bila ummi balik dr sekolah, baru adik pergi Bodiharmoni. Adik tak jadi pergi tadi , sebab bila sampai Puchong, tempat servis under renovation. Rupanya dah pindah ke PJ. Ammah Ja nak kena servis dulu kereta dia. Mula-mula adik ikut pi ke Kajang Utama, tapi kemudiannya ammah cakap kita balik dulu. Sebab lama sangat. Ammah hantar adik dan ammah Na balik dulu. Sebelum tu, kami singgah rumah ammah Ja, makan tengahari dengan sup tulang.

Institut Pembangunan Keluarga & Kanak-Kanak Nury

Bila Dr Haz did mentioned about private rehabilitation centre in Bukit Antarabangsa, abah & ummi pon start lar ask mr google. Cari2 jumpa http://www.nury.com.my but unfortunately this website cannot be open. Perhaps it's temporary been closed for a maintainance purpose. No tel ader, 41075487 so not to worry.

Abah pon nelefon lar ckp ng Pn Zurina? some sort like that lar.. not so sure.. Puan tu pon bercerita pasal nury ni. Start bila ditubuhkan, it's founder Dato' Dr Nor Laily. Sejak tahun 1985 NURY telah melatih ratusan ribu ibubapa dalam membentuk anak-anak istimewa. Fokus rawatan ialah pd brain. sbb apa2 pon, bermula pd otak kan.

1st thing 1st, parent should attend a 2 days course at Nury Institute. The course will be from 8.30 am to 5.00 pm every day. The coming course will be on 15 & 16 August before starting fasting month. Fee RM 750.00 .

After complete, parents, anak istimewa, his/her siblings, helper should attent a 5 consecutive days practical training in NURY. Initial fee : Gym RM 300 , pendaftaran 300, & lain-lain pemakanan supplement yang akan diberitahu kelak oleh Dato' Dr Nor Laily. Exercise yg diajar nanti ni, mesti dipraktis kat rumah. Progress anak akan dinilai setiap slps 45-60 hari.

Puan tu ckp ader kes yg mana sorg lecturer di UKM yg punya anak x boleh berjalan sejak lahir hingga berusia 9 tahun. Lecturer ni attended talk Dato' di HUKM dan start dr situ bawa anknyer ke Nury. Lecturer ni has taken 3 months unpaid leave to give a full attention to her daughter. Bila dah start progrm x brp lama, anaknyer tu boleh berjalan. Kuasa Allah kan, kun... fayakun...

Quite interesting jgk ni... nak kena istikharah apakah rawatan terbaik utk adik.. whether cont. dgn bodi harmoni (buat masa ni dah habis 15 sesi), atau pi rawat dengan kak raw di Gedangsa, atau hyperbaric atau Nury atau lain2.... Insya Allah kita pakat2 doa semoga Adik akan back to normal soonest possible. amin.....

Sesi terapi di Bodi Harmoni

Tuesday, August 4, 2009

Projek Untuk Adik: SIAP DIK!!!! (1)

Kot-kot mana, after about 2 months, since adik masih tak optimize his left hand, every one needs to do something..

First thing first. Cara baik je. Won't use force. No worries adik!

Ammah Na dan Ammah Ja dah plan something fun for you. Kelengkapan belum beli lagi.

Objektif: very simple. Eye +hand+brain stimulation. Supaya adik notice that he got two nice hands, not one.. Tangan comel yang Allah bagi tu dik. You have to make full use of them, wisely...

Method: Paint fingers and palm with wild colors to stimulate interest in adik's left hand.

Bahan: water color, brush (abang ada tak water color? kalau tak ada, nak kena beli la)

Ammah Na nak lukis apa kat tangan adik? Hehe... Rahsia... It could be a car, it could be a cake or even worse it could be just conteng2 tangan adik with colors... Have fun, Be Happy!

Constraint Inducement Therapy

Bandage tangan kanan adik supaya adik make an effort to regain movement of his left hand? Actually there is a special technical term for this. They called it Constraint Inducement Therapy.

However, parents nak kena consider juga kesan psikologi apabila menggunakan kaedah ini. So kena pandai2 limit masa or try to make it a fun activity as if anak sedang bermain 1 permainan yang menarik. Perhaps can involve other siblings to join the activity. Kalau nak bandage tangan adik, bandage juga tangan abang dan kakak.

Masa juga perlu dilimit supaya tak timbul masalah membantutkan daya exploration dan pergerakan adik yang dah sedia lagging. So set like 1/2 hour to play small balls etc using one hand.

Frustration is another thing that must be considered by parents. Adik mesti frust bila dia tak boleh buat something. Not to mention parents.. Thus, patience and appraisal are of the utmost important. Show support, tunjukkan muka ceria yang sentiasa memberi galakan kepada adik untuk do something eventhough it's just a slight movement. Ni boleh build up self confidence adik to continue giving effort to move and use his left hand. Go adik go!

Adik, Learn to Trust Your Left Hand!


Hemiplegia or hemiparesis? Adik's problem is the latter, which means weakness on one side of the body. Hemiplegia is total paralysis of arm, leg and trunk on the same side of the body.

As the children with either hemiplegia or hemiparesis grow, they tend to favor the unaffected limb more over the time, effectively worsening their physical disability. It's very true for adik's case. Adik semacam neglect his left hand. Kaki tak bermasalah sangat since adik memang terpaksa menggunakannya untuk berjalan dan bergerak ke mana-mana. Berbeza dengan tangan, adik can still use the other hand or other parts of the body to assist his right hand. Mulut ke kaki ke dada ke, boleh aje.. Yang penting he gets what he wants..

Yet, hal ini tak boleh dibiarkan. Nanti adik terpaksa struggle lebih to learn age-appropriate play and can have difficulty acquiring life skills. Bandingkan aje waktu main gelongsor dengan Najla, who is of the same age. Even though adik manage to climb, boleh juga gelongsor, yet adik got to put more effort since he used only his right hand. This is only one example. There will be more things in life that require adik to use both hands.

Nak tak nak, ummi dan abah terpaksa cari jalan juga untuk menggalakkan adik menggunakan his left hand.

1. Adik nak kena sedar yang dia ada 2 tangan. Yang ni rasanya adik dah tahu. Cuma adik juga tahu yang tangan kiri adik lemah. Yet, ummi, abah, abang dan kakak kena selalu ingatkan adik pasal tangan kiri. Perhaps talking to his subconscious will help. It can be done waktu adik hampir-hampir nak tidur atau waktu adik sedang tidur.

2. Teach adik to trust his left hand. Appraisal seems to be very important for adik. That motivated adik sewaktu dia berusaha untuk berdiri dan berjalan sendiri. Remember how proud and happy adik was when all, even tok mok clapped their hands and cheered at the time adik showed even slight improvements day by day. Bila macam tu adik jadi tambah bersemangat dan buat berkali-kali tanpa disuruh. Ni yang ummi dan abah kena beri perhatian. The hows, yang tu kena be creative.. But the environment kena ada. Environment yang sentiasa memberi galakan dan semangat to support him to show the improvements. Kakak and abang may help.

Monday, August 3, 2009

3 Ogos 2009

Yepp! Adik bangun awal hari ni. Adik ok je, happy je... Tak de nak throw tantrum ke apa ke..

Malam tadi ummi dan abah tak bagi tido awal. Walaupun seharian smlm bjalan sakan, dr kelang ke gombak, mlm kul 10 baru smp rmh. Adik tidor pon kol 11.30. Pagi pulak nak kena bangun awal lak tu. Ni mesti ada apa-apa ni...Kan betul.. Ummi dan abah nak suruh adik tidur nyenyak2 waktu kat hospital..

Ingat tak, last week adik terpaksa reschedule appoinment untuk audio sebab ubat tidur tak beri kesan? Hari ni, ummi dan abah kumpulkan sekaligus appoinment klinik paed, fisioterapi, occupational therapy dan ENT. Kakak pun ada appoinment hari ni juga untuk check up athma.

Sampai2, ummi pegi daftar kat kaunter depan. Pastu daftar kat paed pulak. Abah pulak bw adik & kakak timbang & ukur ketinggian. Berat adik 10.5 kg jer? alamak turun lar. las month 10.8. Tinggi adik maintain, 84 cm. Kakak lak berat sgt 17.6 kg, dan tinggi kakak 106 cm. Sementara tunggu giliran yg ke 8 & 9, ummi, abah, amana & kakak bw adik ke ENT dulu. Adik dibawa masuk ke bilik rawatan & diberi ubat tidor.

Sementara tunggu adik tidur, lagi sekali kami turun ke paeds. haaaa.... mmg bkebetulan smp giliran no 8 & 9. Jumpa dgn Dr Haz. Dr Haz baik, dia antara doktor2 yg best yg rawat adik masa kat hospital. Alhamdulillah paru-paru adik dah ok. Dah tak der bunyi2 dah. Cuma Doc refer adik kat dietician utk consult bkenaan berat bdn. Dr Haz jgk emphasize on fisioterapi dan OT utk buat selalu. Doc bgtau ttg ader salah sorg patientnyer bw anak yg CP ke private rehabilitation centre kat Bkt Antarabangsa. Dari x boley jalan, skrg dah boley. Abah tanya kat NURY ker? Tp doc has no idea, cuma yg dia tahu kat Bkt A'bgsa je.

Kakak juga di dignose oleh Dr Haz. Kakak pon dah kena pakai inhaler aerochamber mcm adik jgk. Yg oren ( fluticasone propionate 125 mcg) utk pcegahan kena pakai 2 kali sehari, manakala yg biru ( salbutamol 100 mcg) bila2 perlu je.


Adik dah mula lali. Berkesan juga cara ummi dan abah. Pukul 9. 40 pagi adik dah off to slumberland. Yes!Yes! Yes! Ujian audio berjaya dilakukan. Ujiannya mudah dan sekejap sangat tapi sebab adik tak tidur, it couldn't be done last week. Alhamdulillah, audiologis ckp, pendengaran adik normal. Syukur Alhamdulillah.

Masa begitu cepat berlalu, jam dah pukul 10.15, adik ader appoint fisio kul 10.30. Tp Dr Haz suh jumpa dietician. Mcm mana ni... Ummi decide utk jmpa dietician dulu. Tpaksa lar ummi bkejar sat gi ke Rehab Department utk maklumkan ttg perkara ni. So fisio dipinda ke pukul 12 manakala OT kul 2.30 ptg.

Masa jumpa dietician, adik masih tidur. Kejut2 kan pon tetap x wake up. Amahna basahkan muka dan kepala adik pon, masih x jalan. Biar lah adik nak tidor. Dlm bilik dietician, ummi ditanya kenapa berat adik kurang. Berat ideal utk adik ialah 12-13 kg. Dietician ty, adik minum susu apa. Adik suka dugro. hehe. Dietician ckp kalori per scoop dugro x byk, 20 je. Kalau sekali minum susu, 7 scoop baru dpt 140. kalau minum susu 5 kali sehari, baru dpt 700. Sedangkan kid yg terlalu aktif mcm adik, perlu 1300-1500 kalori sehari. kena cari another 700 tru kabohidrat, protein & fat. Adik kena makan nasi, mi, roti, ayam, telur, coklat, askim dll yg boleh bg kalori. Dietician ckp kalau adik adik krg mkn, kena ganti ng susu pediasure atau sustagen sbb susu2 ni tinggi kalori. Abah tanya boleh dpt free kat hospital tak? apa lar abah ni, x malu..... mana ader. kena beli sendiri lar...

Lama tunggu giliran utk jumpa dietician & bila jumpa pon lama jugak... jam dah kul 12.15, habis2 terus bkejar ke bilik fisio plk. Buat fisioterapi sat je lah sbb dah dekat tghri. Pn Hamidah (fisioterapis) pon nmpk penat dah... cuma dia perasan tgn kiri adik nmpk stiff dan siap pesan byk kali kat ummi, abah & amana suh selalu, kerap dan byk kali gerakkan tgn kiri adik, tanpa mengira masa. Ni buat risau ni, takut tgn adik keras... yer lar adik x guna pon tgn kiri adik, bbeza dgn kaki. sbb adik boleh jln walaupun bjengket2.

Sebelah ptg pulak, adik pergi buat ot. Puan Zu check fizikal adik utk buat assessment. She looked worried tgok tgn kiri adik yg keras mcm ni. Ser lg Puan Zu tanya adik ni aktif mcm ni jgk ker masa sihat dulu. Sbb adik looks hyper active. Apalagi, abah & ummi lg lar worrying. Ya Allah... nak buat mcm mana ni. Dalam pd tu, abah ader ckp, smlm pon dia ty Pakcik Shamsul, pengasas medic massage elektromagnetic, pasal stiffness adik ni. Pakcik Shamsul ckp, ni bukan keras, tp otak adik yg bg isyarat suh keraskan tgn. Adik kan strok, jd out of control lar anggota bdn adik belah kiri tu. Menurut pakcik shamsul, kalau betul tgn adik keras, dia akan keras spjg masa. Ini tidak, ader time2 ok, time2 tak.

Berbalik semula ke exercise OT adik, bes taw tak. masuk bilik cahaya (sensory room). best sgt2 mcm kat istana kayangan. Bilik gelap yg diserikan dgn cahaya warna warni bgerlipan. bintang, bubble (maya lar) memenuhi setiap ruang. adik tgkap buih. tangkap bintang...tp x der pon buih2 tu actually. ia cuma cahaya lampu. Pastu adik pi plk ke bilik bola. Adik 'dicampak' dlm bilik yg penuh dgn bola2 kecik. adik tenggelam dlm bola.......

hiiiiiiiiiii.....apalar dorang ni buat adik mcm ni. anyway, semua aktiviti amat myeronokkan utk stimulate & refresh brain adik ... best. 1st class lar kemudahan kat hospital serdang ni. Ingat tak dulu, abah pernah tanya En Safuan & En Anis physiotherapists di Hospital Az-Zahrah dan An-Nur, depa pon suh consistent buat fisio & OT kat Hospital Serdang.



Selesai semua urusan kat hospital serdang dlm kul 3.45 ptg. Fuishhh satu hari kat hospital. penat oooo... Belah mlm kami semua pakat tido awaiii....gd nite.

p/s : cuma kakak lar batuknyer menjadi2 dr ptg bw ke mlm... kesian kakak


Sunday, August 2, 2009

2 Ogos 2009

Pagi ni adik ader appointment kat Syifa al-Hidayah. Hj Lokman dah pesan kat abah semasa datang kali pertama pada 4 Julai dulu, supaya datang pagi-pagi. Biasanya tak ader rawatan kat Syifa al-Hidayah (SH) pada hari Ahad. Abah siap pesan kat ummi suh follow up ng SH, mana tahu takut2 tersilap tarikh appointment ke. Bila ummi col baru tahu yg SH closed on Friday & Saturday this week. That’s y bkk hr Ahd... Tp ummi terlupa nak ty no glran bila start boley amik.

Abg & kakak, abah suh tdo rmh amahja. Kbetulan kakak batuk2 plak sari dua ni. Abah beli syrup ubat batuk rhinatiol utk kakak. Adik x boleh dekat2 ng kakak takut dpt kat adik plak. Adik ader appoint ujian pendengaran kat Hospital Serdang hari Isnin 3 Ogos nanti. Utk ujian ni, adik x boleh dmm @ slsema @ batuk. Dah lar ujian pd 28 Julai dulu dah fail. Ikutkan tarikh prtama sepatutnya 23 Julai, abah & ummi terlupa tarikh dah.Tu yg dpt 28hb tu.

Mlm td masa abg & kakak pi tidur rmh amaja, ummi kurung adik dlm bilik. Best aarrr abg & kakak & abah... dpt pi dinner kat Village View. Amumi belanja dorang, amahja & amahna. Village View ni femes tul, tiap2 mlm penuh beratus keter depan restoran. Adik lak terlepas peluang. Abg ckp kat sana ader waterfall besar, ada jambatan gantung, boleh goyang2, air sungai bwh jambatan penuh dgn ikan. Skrin lcd pon besar gergasi. Syoknyer.... Takper lah, adik lom sihat lg. Nanti bila adik sihat, adik pon boley pi sana gak, adik nak ajak amumi belanja adik sorg2, x yah bawa abg & kakak...ceeeee’.

Abah blk mlm td, adik lom tdor pon. Adik tgok tv. Ummi tinggal adik kat bwh tdo ng abah ...sedey tp adik tak tunggu lama utk tido. Abah bg adik minum alpha lipid lu sblm tdo. Tp yg x syoknyer ng abah ni, adik baru nak tlelap,abah mula lar buat exercise kat kaki & tgn kiri adik. Adik x kira... adik nangis lar, x bg abah kacau.

Abah bangkit pg ni kul 5.30 pg, abah terus mandi dan siap2 nak bw adik p SH. Abah siapkan bekalan susu & baju serta pampers adik. Slps abah solat subuh sblm kul 6 lg, abah dah bawa adik pi SH diGombak. Sampai sana dlm kul 6.45 pg, tp....... mak oiiiii dpt no 43. Bila masa dorang amik no ni. Ptg smlm lg kar???? Abah pon decided utk blk dulu, dtg balik belah ptg nnti. Sbb expr yg 1st dulu, no 16 dpt jmpa Hj Lokman kul 1.00 ptg. Ni 43... sure kul 4 @ 5. Otw balik, abah sms ummi suh siap2, boley pi urut & buat fisioterapi kat rumah Pakcik Shamsul Medic Massage di Bukit Putera, Klang.

Ummi ajak pi riki dugro adik & kakak tlebih dahulu, mula2 pi MY Mydin di sek. 7, harga rm19.50, pastu gi bintang harga 21.50, econsave 22.90, giant rm23, tesco rm21. Abah ckp kat UO Chow Kit hrg RM18.90. Tp x sure smlm je ke @ 2 hr tmasuk hr ni.Abh ckp, blk SH nnti boley lar pi c.kit. Habis riki susu dugro, abah ckp lapar lar... mmg pon dah kul 1. Mana x lapar. Abah driv ke bukit puchong mnuju restoran Tuan Faridah. Wow... ramainya orang kat rstorn ni. Masakan kampong, sbb tu ramai org kot, ader ayam kg goreng, gulai kawah, percik, ulam, budu tmpoyak.... mcm2 lg mskn kg. made in gomo kelate gomo.

Pas lunch kami terus ke Kelang, smp sana sblm kul 2 lg, sedang elok lar leh solat zohor dulu. Adik x sporting ar 2day. Pakcik shamsul x leh urut mana pon adik, adik aktif nak bgerak ke sana sini. Macam tu, buat fisio pon x boley ah. Anyway, Pakcik Shamsul bg semangat kat kita org, kita mesti sabar dan berusaha utk pulihkan adik dr strok yg adik alami. Kita ikhtiar, doa, Allah yg sembuhkan,insya Allah.

Lps tu abh pecut ke Gombak ikut KESAS hway. Alamak.... bila masuk je MRR2, jln dah mula perlahan... smp pandan, terus jam tanpa roti. Terkodet-kodet ummi ckp... jam dah kat kul 5 ptg. Sempat tak no giliran adik yg ke 43 ni.... kalau tlepas mcm mana? Nk kena amik no. baru ker? Haaaaaa!!!!!!! Mahu mlm baru blk mcm ni... sampai sana dlm kul 5.15ptg, sah......mmg sah... giliran masa tu 53. Mmg terlepas. Ummi naik atas dan bgtau kat sorg pak haji tu, kalau tlepas no. mcm mana. Dia ckp amik no blk lar. Ooooo .... patut dia ckp gitu, sbb pak hj tu no 54. He he... dia takut kita potong kar.... hi hi. Tak lah. Kita org pon lom solat lar. Pak hj masuk lar dulu, nntikan tlepas giliran kan. Ummi tpaksa lar amik no baru.....no 65. Lg 10. Iiiieeeee tunggu smp mlm sungguh ker ni.

Syukur Alhamdulillah, bila ader sorg mkcik tu bgtau, lps no 55, terus jump ke no 60. Sbb dorg x der pon, agak2nyer amik no, pi jln2 dulu. Mcm kita org td lar. So jadiknyer, x yah tggu lama lar utk jumpa Tuan Haji Ustak Lokman, perawat di Syifa al-Hidayah. Alhamdulillah... “Ding” no 65 pon dibunyikan... abah, ummi & adik pon masuk ke bilik rawatan dgn bbekalkan 2 botol ECPI. Abah & adik salam ng us Lokman. Us Lokman tanya, mcm mana progress adik. Abah & ummi pon terangkan lah. Us Lokman letak bantal kat depannya dan minta abah baringkan adik. Us Lokman ckp “adik, diam!!” terus adik diam. Abah pgg k2 tgn adik. Us lokman pon scan kepala adik. Bila dah sudah tu, abah tanya mcm mana ustaz? Ok ker? Jawapan Us. Lokman mcm jwpn dulu lar, brain adik kena infection, tu yg buat adik strok. So kena istiqamah rawat bg elok, insya Allah pulih dgn sebaik2nya. Us Lokman bg lah ayat dr surah al-anfal & al-maidah utk abah & ummi bc, niat & doa semoga Allah sembuhkan adik. Amiinnnn... Adik kena datang lg, pagi 23 Ogos nanti, insya Allah.

Balik dr SH, abah singgah kedai tayar kat simpang Padang Balang. Abah nak cr tayar kereta baru & 2nd hand utk replace tayar yg sudah x bbunga lg. Abah ni ader ke pitih ni, mggu lps repair fuel pump rosak, ni tkr tyr lak. Tak per lah, tayar ni penting, ia nyawa kereta esp life of the driver & passengers. Abah beli 2 biji tyr baru letak kat dpn, 2 tyr 2nd letak kat blkg.

Habis2 tu, tgok jam dah dekat kul 8mlm. X solat lg ni, singgah kat stsyn myk, x der satu pon yg ader surau. Aboh pon pecut ke surau HKL. Kat surau, adik ikut ummi. Abah solat sorg dia. Dah selesai solat, ader sorg jemaah perempuan tu slm & cium tgn ummi & adik. Mkcik tu ckp kat adik “dgr ckp ummi yer, jd ulamak esok2 ni”... tp aisey... ummi tinggal h.bag dlm krta..

Selesai solat, kami terus ke UO, prkg tepi jln, terus masuk dlm. Larrrrr mahal jgk. RM22. Maknanya smlm jer lar murah rm18.90. x per lah, dugro adik ader lg kat rmh, brp pack lg x bilang, kakak ader 1 pack lg. Tgoklah, dah emergency nnti, tpaksa beli lar jgk lar nnti. Masa kat hway, abah col amahja... abah ni dah lupa anak abah 2 org lg. Col cdgnyer nak ajak mkn kat Warung Dusun Gearbox. Tp, belum abah sebut apa2, amahja bgtau kakak dah tidor & dah krg batuk, Alhamdulillah. Abg lak buat2 tdo... he he abg sklh sok. Ingat tu bang... Tpkan, abah lom basuh sluar sek, eleh.... act just masukkan seluar sekolah abg dlm washing machine. Abah outstation ke PD, th-fri-sat smlm. So, baju abah, abg & kakak melangit lar byk yg kotor....

And abah ingatkan adik jgk, adik x leh tdo mlm ni, adik kena tido pg sok nyenyak2... esok ader hearing test kat hospital serdang.

Tp adik muntah byk lar dlm kete, lps mkn ns lauk aym goreng kunyit, sup, telur dadar...adik x mkn otak2, kerabu sotong &kailan ikan masin. nasib masa tu ummi pegang towel. So adik vomit dlm towel & x limpah keluar... Sampai rmh, abah mndikan adik yg muntah... wek... busyuuuukkkkk.... habis lap & pakai baju... adik terus tdo. Adik, minum jus harmoni dulu adik. Adik bkk mulut, mata pejam. Jam baru kul 11.30 mlm.... x jd jgk projek abah, x mo adik tidor.....

31 Julai 2009

Hari ni adik dok ngan ummi dan ammah Na. Ammah Ja tak datang sebab ada talk kat universiti. Tengahari ummi pergi ambik kakak dan abang kat sekolah.

Nak tau apa pencapaian adik hari ni? Adik sempat curi2 naik tangga ikut abang. Dah sampai separuh tangga nak sampai ke tingkat atas, baru Ammah Na sedar adik kat tangga bila abang Hisan jerit, "Ammah Na, adik naik tangga!".. Alhamdulillah adik selamat.. Pencapaian yang membanggakan sebab adik berjaya buktikan adik boleh. Tapi tak boleh dibiarkan tanpa supervision. Very very dangerous dik!

Kalau adik macam ni, memang adik tak boleh dibiarkan lepas daripada pandangan mata. Nak kena check adik kat mana dan apa yang adik tengah buat.. Bukan nak sekat kebebasan adik, tapi nak jaga keselamatan adik.. Adik bebas nak bermain macam dulu, tapi nak kena pastikan ada orang yang jaga adik.. Dalam dalam dok jaga tu pun dah berapa kali adik jatuh.. Tapi kalau diperhatikan, adik memang bijak..Rasa nak jatuh je, adik akan cepat2 duduk. Cuma kadang-kadang ada masa-masanya yang adik dan orang-orang di sekeliling tak sempat bertindak.. Apa lagi, jatuhlah.. Hehe, jatuh untuk belajar bangun semula. Tapi adik nak kena berhati-hati.. Orang-orang di sekeliling adik pun kena tolong perhatikan adik.. Kalau adik nak naik tangga boleh aje, nanti ada yang jaga adik in case adik tak sempat berpegang atau berpijak elok. Aktiviti naik tangga baik untuk kaki adik..

Masa kaki adik belum kuat, memang ammah selalu latih adik naik tangga turun tangga. Sekarang bila kaki adik dah banyak improvement, ammah macam dah terlupa nak kasi exercise tu..
Related Posts with Thumbnails