tangan siapa bagus?
tangan adik bagus
tangan siapa pegang?
tangan adik pegang
tangan siapa kuat?
tangan adik kuat
tangan siapa main?
tangan adik main
tangan siapa cubit?
tangan ammah Ja cubit...
Hehehe.. Ni lagu yang ammah Ja nyanyi tadi masa adik dok atas swing horse adik.. Macam biasa, ammah Ja akan suruh adik pegang dengan both hands. Kalau naik buaian ke motor ke, mesti ammah Ja nak suruh tangan kiri adik pegang juga.. Adik selalu letak sekejap je. Lepas tu adik larikan tangan kiri adik.
Tapi today adik rasa seronok bila main sambil ammah Ja nyanyi. Pastu ammah Ja usik dengan cubit2 tangan kiri adik. Every time tangan kiri terlepas pegangan pun, adik minta ammah Ja letak balik.. Nanti ammah ja nyanyi lagi sampai kami sama-sama penat.
Hari ni tangan adik ada improvement. Adik rasa seronok dapat banyak kali pegang a big blue ball with both hands. Ammah Na dan ammah Ja akan t epuk tangan dan give 5 ngan tangan kiri adik. Jadi adik ulang2 buat beberapa kali.
Ada 1 lagi perkara yang adik boleh buat ngan tangan kiri pagi tadi. Apa ye.. Dah lupa lah..Nanti recall. Oh ye, ammah Ja ajak keluar jalan2. Nak pi Bodiha rmoni sambil servis kereta. Adik dah siap. Dah hensem dah, tunggu kat pintu. Alih-alih, ammah Ja cakap, suruh sentuh kunci kereta dia dengan tangan kiri. Ammah cakap, kalau adik tak pegang, dia tak nak bawa adik jalan-jalan.. Apalah ammah Ja ni..Dah ajak, buat macam ni pulak. Ikutkan adik nak merajuk, tapi adik suka nak jalan-jalan naik kereta. Adik cuba angkat tangan kiri adik..Hehe tak sangka, on one attempt aje adik boleh sentuh kunci yang ada pada tangan ammah Ja. Adik cuba lagi. Hehe dapat juga.. ALhamdulillah, ammah Na, ammah Ja dan adik tepuk tangan suka hati.
Petang pukul 3 lebih bila ummi balik dr sekolah, baru adik pergi Bodiharmoni. Adik tak jadi pergi tadi , sebab bila sampai Puchong, tempat servis under renovation. Rupanya dah pindah ke PJ. Ammah Ja nak kena servis dulu kereta dia. Mula-mula adik ikut pi ke Kajang Utama, tapi kemudiannya ammah cakap kita balik dulu. Sebab lama sangat. Ammah hantar adik dan ammah Na balik dulu. Sebelum tu, kami singgah rumah ammah Ja, makan tengahari dengan sup tulang.
No comments:
Post a Comment