Ping my blog

Monday, August 17, 2009

Sampai Juga Ke Rumah Kak Raw Di Gedangsa


Macam mana nak ke Gedangsa

En Harizan, Penghulu OKU bagi Jawatankuasa Rawatan Kak Raw (JARAK) siap bagitau dengan panjang lebar kat ummi tentang map how to go to rumah Kak Raw Gedangsa, time ummi col pagi Sabtu smlm utk dptkan maklumat tentang rawatan Kak Raw. “Ambil highway Plus ke utara, keluar ikut exit Behrang. Slps tol, ader simpang 3, turn ke kanan dan akan jumpa Balai Polis Behrang Stesen. Di simpang 3 lampu isyarat tu, ikut kiri. Terus je smp jumpa Jambatan Sg Bernam, then ada simpang 3 lps jambatan, ambil kiri ke Felda Gedangsa / Felda Soeharto. Jalan terus lagi dan nanti akan ader simpang ke kanan untuk ke Felda Gedangsa /Felda Soeharto tu. Dari situ untuk sampai ke Felda Gedangsa lebih krg 10 km dan amik masa dlm 10-15 minit . Tak boleh bawa laju sbb jalan sempit & bengkang bengkok. Bila sampai Felda Gedangsa, terus je sampai jumpa Balai Polis Gedangsa dan Masjid Makmur, Gedangsa. Depan ckit je lg akan jumpa signboard Kg Tengah di sblh kanan, belok ke kampung tu. Jalan terus, akan jumpa kedai2 makan, dekat2 ctu lah rumah kak raw. Depan rumah kak raw ader tembok dan banner pon” . En Harizan begitu peramah dan helpful, bsungguh2 beliau terangkan kat ummi.

“ Puan kalau nak jumpa Kak Raw, datang lar hari Ahad tengah hari. Selepas pukul 12. Tak ramai orang time ni. Kalau ikutkan, rawatan untuk anak OKU, Kak Raw akan buat hari Sabtu, bermula seawal 6.30 pagi hinggalah selesai semua pesakit diberi rawatan. Hari sabtu malam slps Isyak pulak, diadakan rawatan minda untuk anak normal. Begitu juga dengan hari Ahad, disambung rawatan minda berkenaan. Hari Ahad juga ditetapkan bagi kes-kes untuk temujanji " , penerangan selanjutnya yang diberikan oleh En Harizan kepada ummi.

“ Nanti jgn lupa bw 2 gulung bandage cotton saiz sjengkal (biasa warna coklat kemerahan- bukan yg elastic) - utk balut badan, 8 gulung bandage saiz kurang ckit dr sejengkal td tu utk balut lengan & kaki , dan 2 gulung lagi utk balut kepala. Bawak jugak krim nivea, vicks dan beberapa helai daun sirih yg besar”, bagitau lagi En Harizan kat ummi. Sebelum selesai perbualan telefon, ummi bbanyak2 terima kasih atas jasa baik En Harizan ni. Hanya Allah yg mampu mbalasnya, jazakalLah…..

Tak lupa juga terima kasih tak terhingga-hingga buat Fizah dan Hafiz, kawan sepejabat aboh yang memperkenalkan kami tentang Kak Raw Gedangsa.




Ambil kanan di simpang 3 slps plaza tol

Ikut Behrang Stesen

Jambatan Sungai Bernam

Melalui kampung orang cerdik-pandai

Tiada tunjuk arah ke Gedangsa, jgn bimbang..
ambil kanan di simpang 3 ini

keep a head... u r on a right track

haaa... dah sampai lar ni

Makmur masjid ni, seindah namanya

Kampung Tengah

Kediaman & tpt rawatan Kak Raw
yg masih dlm pembinaan

Makan di sini

Pagi Ahad, 16 Ogos 2009 adik, kakak, abang, abah & ummi bangun pagi2 bsiap2 nak bw adik ke rumah kak raw di Gedangsa. Alhamdulillah kakak pon dah baik dr demam. Cuma mungkin masih rasa x selesa, tu yg kdg2 merengek2. Abah peratikan kakak dlm 2-3 mlm ni, x begitu lena tidurnya. Mrengek2 time tido, kdg2 mnangis & mngigau. Tgok lah dlm sehari dua hari lg mcm mana. Kalau bterusan nak kena amik air penawar kat Darul Syifa' ke. Mama Suha plk x sehat skrg ni. Kalau x, boleh mntak tlg scan kakak. Abah risau... adik dulu sblm2 dpt dmm panas bpnjgan, sering tjaga malam & mnangis. Puas pujuk pon, x mahu diam. Dah lama mnangis, penat... baru lar dpt tido balik.

Sebagai alas perut utk bf, ummi goreng keropok lekor Ganung yang dibawa oleh Abang Ngah @ Abg Rahim (sepupu Ummi) dari Terengganu. Mereka datang cni kerana kak Anis, anak abg Rahim akan convo di UKM pagi ni.

Sebelum drive ke Gedangsa, singgah dulu Guardian seksyen 3 untuk cari bandage dan bahan2 yg perlu dibawa. Nak cari yg bkn elastic punya lah susah. Semua bandage elastic. Yg saiz besar ader lar yg cotton. Pastu try ke farmasi s.4, dah lah jln jam, time ukm konvo skrg ni. Farmasi S.4 tutup lar plak hari Ahad. Pergi plk farmasi kat sec 16, pon x der yg cotton, carik plk kat guardian warta, pon x ader. Terpaksa beli jgk lar yg elastik pon. Kalau pi cari kat farmasi lain pon, rasa2nyer result sama jgk. Dlm sibuk2 cr bandage, terus tlupa nak cari daun sirih. Tak perlah, 1st time pegi ni, x per kot x bawak.

Perjalanan dari Bandar Baru Bangi ke Gedangsa melalui Hway PLUS ke Sg Besi, masuk ke L/raya hubungan Timur Barat (Seputeh), Federal Hway ke Kerinci Link (Sprint), Tol Jalan Duta ke Behrang. Banyak betol tol yg dilalui, Bangi-Sg Besi RM2.70, Kerinchi Link RM1.50, PLUS Jln Duta - Behrang RM 11.00 . Jarak perjalanan hampir mencapai 130 km jauhnya. Cuaca pulak hujan di sepanjang perjalanan terutama di Hway PLUS. Sampai ke Behrang pon hujan gak, sehinggalah sampai ke rumah Kak Raw. Nasib baik bila dah masuk rumah Kak Raw, baru lah hujan turun degn lebat.

Semasa kami sampai dlm kul +- 3pm, Kak Raw sedang mrawat seorang amoi yg mgidap cerebral palsy rasanya. Umurnya dlm belasan atau awal 20an. Kesian dia x boleh berdiri pon. Lepas tu seorang lg kakak perempuan Melayu dlm lgkungan 10-12 th pon rasa2nyer CP jugak. Kesian… sedih sgt tgok dia org ni. Bila lihat dia org, rasa keinsafan timbul, Alhamdulillah nasib adik tidak mencapai tahap dan condition spt tu. Adik masih lg dpt bjalan wlaupun x stabil. Teringat dulu nasihat Dr Baha kat ummi dan abah yg mminta spy bsyukur kerana ramai lagi anak org lain yg lgsung x boleh berdiri, bahkan tlantar jek kat atas tilam.

Tiba giliran adik, kak raw tanya lar lebih kurang tentang keadaan dan masalah adik. Ummi pon bcerita lar pd Kak Raw. Kak Raw pon baringkan dan slps itu tiarapkan adik. Dia sentuh bhgian kaki, tgn dan perut. Tak sampai 2 min, Kak Raw ckp, adik ni normal. Tak der masalah. Adik aktif bgerak. Kak Raw mintak bw adik utk rwtn terapi slps raya nanti. Kak Raw mntak maaf byk2, bkn x nak rawat adik katanya. Tp dlm bln poser ni, kak raw x dpt nak buat rawatan terapi ramai2 mcm bln2 yg lain. Hanya yg dah biasa dan mendesak je yg diutamakan dulu.

Selalu ini lar nasib adik. Pergi rawatan fisio @ OT pon, dorang ‘diskriminasikan’ jgk adik. Iyer lar, betul pon … keadaan adik better compare to anak2 OKU yg lain.

Tak per lah, abah & ummi akan bw semula adik utk rawatan dgn K Raw lps raya nanti. Insya Allah adik akan sembuh dan pulih sepenuhnya sama spt sblm ini. Ini lah doa yg x pernah lekang dr bibir dan hati abah, ummi, amahna, amaja, tok mok, tok, tok ki, amumi, abg, kakak dan semua org. Allah Tuhan Yang Maha Mendengar dan Memakbulkan doa hamba2nya. Insya Allah akan diperkenankan jua hendakNya… amin.

1 comment:

  1. As'salamualaikum..
    emm..
    maaf saya tanya..
    boleh senaraikan bahan yang perlu di bawa ?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails