Nak tau apa pencapaian adik hari ni? Adik sempat curi2 naik tangga ikut abang. Dah sampai separuh tangga nak sampai ke tingkat atas, baru Ammah Na sedar adik kat tangga bila abang Hisan jerit, "Ammah Na, adik naik tangga!".. Alhamdulillah adik selamat.. Pencapaian yang membanggakan sebab adik berjaya buktikan adik boleh. Tapi tak boleh dibiarkan tanpa supervision. Very very dangerous dik!
Kalau adik macam ni, memang adik tak boleh dibiarkan lepas daripada pandangan mata. Nak kena check adik kat mana dan apa yang adik tengah buat.. Bukan nak sekat kebebasan adik, tapi nak jaga keselamatan adik.. Adik bebas nak bermain macam dulu, tapi nak kena pastikan ada orang yang jaga adik.. Dalam dalam dok jaga tu pun dah berapa kali adik jatuh.. Tapi kalau diperhatikan, adik memang bijak..Rasa nak jatuh je, adik akan cepat2 duduk. Cuma kadang-kadang ada masa-masanya yang adik dan orang-orang di sekeliling tak sempat bertindak.. Apa lagi, jatuhlah.. Hehe, jatuh untuk belajar bangun semula. Tapi adik nak kena berhati-hati.. Orang-orang di sekeliling adik pun kena tolong perhatikan adik.. Kalau adik nak naik tangga boleh aje, nanti ada yang jaga adik in case adik tak sempat berpegang atau berpijak elok. Aktiviti naik tangga baik untuk kaki adik..
Masa kaki adik belum kuat, memang ammah selalu latih adik naik tangga turun tangga. Sekarang bila kaki adik dah banyak improvement, ammah macam dah terlupa nak kasi exercise tu..
No comments:
Post a Comment