Adik tak hantar kakak ke tadika hari ni seperti biasa kerana abah yang bawa kakak dan abang ke sekolah ngan motor.Kereta abah breakdown semalam disebabkan fuel pump rosak. Dah dua kali rosak, 1st bln Januari tahun ni, bulan ni kali kedua. Baru 6 bulan rosak lagi. Mekanik kata nasib-nasib lar, kalau boleh katanya jgn amal tinggal myk kat 'e' selalu sbb boleh merosakkan fuel pump.
Hari ni adik ada appointment untuk ujian pendengaran dan jumpa rehab specialist, Dr Baha di Hospital Serdang.
Abah minta tolong ammah Ja dan ammah Na bawa adik. Abah akan bertolak dari ofis ke Hospital Serdang. Ummi pun sama. Lepas punch dan minta kawan-kawan ganti kelas, ummi akan bertolak ke hospital. Semua jumpa kat sana.
Ammah mandikan adik. Pakaikan baju dan seluar cantik2 biar nampak adik hensem. Tengah adik bersiap, tup2 dengar suara abah. Laaa.. Abah tak jadi masuk ofis. Abah cakap tak sempat. Dah lewat. Kita semua pergi ke hospital dengan accent ammah Ja. Pukul 8 pagi bertolak. Appoinment pukul 9. Abah ambik jalan highway ke Serdang. Alhamdulillah, jalan clear. Jadi sampai awal la pulak.
Parking lot penuh. Mencacah-cacah juga abah cari parking. Dapat kat tepi jalan nun jauh di belakan. Tapi yang bestnya adik boleh jalan-jalan atas pavement sambil duduk kat bench. Ammah Na buatkan susu. Dia ingat adik belum nak, jadi ammah Na masuk air panas lebih sikit. Sekali bila nampak susu, terus adik cakap "cucu! cucu!"..
Kemudian adik jalan sambil abah dan ammah Na pimpin. Ammah Ja snap gambar dan ambik video adik jalan.
Kebetulan ummi pun sampai time tu. Jadi kita semua naik escalator ke tingkat 2. Klinik ENT kat situ. Masa abah dan ummi urus pendaftaran, adik main kat sudut mainan. Ammah Ja temankan. Adik masuk dalam kandang bola. Banyaknyeee bola.. Macam2 kaler. Adik got excited. Hampir2 terjatuh..Adik campak2 bola keluar.. Adik seronok. Tapi Ammah Ja asyik marah je tak bagi campak ke luar. Kat sini adik jumpa kawan umur 1 tahun lebih. Mama dia cakap dia kemungkinan ada speech problem. Sebab dah umur 1 tahun lebih, dia hanya boleh sebut papa dan mama je. Tak pernah cakap 'nak', 'susu' ke.. Sebab tu doktor nak check hearing dia kot2 ada problem..
Tapi tak sempat lama berkawan, nurse dah panggil dia. Adik kemudiannya naik kuda biru, naik rusa merah dan main gelongsor. Tengah seronok main, nurse dah panggil..
Kat kaunter, nurse tanya berat adik. sambil2 tu nurse trgkan bhw kurang upaya pendengaran boleh diukur dengan mengunakan Ujian Kebolehan Mendengar oleh audiologis menggunakan alat yang dinamakan audiometer. Untuk ujian nI, patient mesti tidur. Adik pon diberi ubat tidur 10ml. Berat badan mennetukan kadar dos yang diberi. Tapi adik tak boleh lelap. Jenuh ummi suruh tidur. Ammah Na dokong. Abah pun cuba tidurkan tak dapat. Adik ngantuk.. Tapi adik tak nak tidur. Dalam kul 11 baru adik ttidur dan audiologis pun suh masuk ke bilik ujian. Baru je audiologi masukkan wire dan test bunyi, adik tersedar dan tak mo tidor dah. So, prosedur tersebut tak dapat diteruskan.
Abah tanya nurse, kot2 boley bg sekali lg ubt tido, tp nurse ckp itu dos mksimum utk knk2 sberat adik. Nurse suh bg mkn & main ng adik bg penat dengan tujuan supaya adik tido lena. Ummi lak de kelas kul 11.50 pg, so kena pergi sekolah balik. Abah pulak bw adik naik keter, bukak aicon kuat suh adik tido. Berjaya jugak akhirnya tidorkan kan adik. Dlm kul 2, bw adik ke ENT sekali lg utk ujian pendengaran. Sekali lagi, bila letakkan wire dlm telinga dan bunyi alat tu mgejutkan adik. Kali kedua prosedur terhenti. So boleh dikatakan ujian pada hari ni gagal.
Nak tak nak, tpaksalah amik appointment lain untuk adik pada 3 Ogos iaitu mggu depan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment