Ping my blog

Monday, July 27, 2009

19 Julai 2009

Hari minggu ni semua bangkit lewat. Abah, ummi & abang tidur balik lepas solat subuh. Semalam abah cakap hr ni nak riki tempat kak raw di Gedangsa, tp dah tidur ni.... selamat larrr. Bangkit-bangkit pon dah kul 10 lebih, abah ajak kita org pi pasar cari lauk, tp last2 x jadi jgk... lepak lar kat rumah je kami pagi ni...

Dalam tengah hari, ummi sms ama ja, amahna dan amumi, ajak dorang pegi ke medic massage en Shamsul di Bandar Putera, Kelang untuk urut dan buat fisioterapi exercise adik. Abah yang suh umi ajak ammah & ammu sbb abah takut adik nangis mcm hr tu bila pakcik shamsul urut. alar... amana x der sbb teman amazie balik ke IKBN Dusun Tua mlm td. So, amumi & amaja je ikut sama2 ng abah, ummi, adik, abg & kakak. Penuh accent amaja. Abah cakap kalau dulu2 masa abah, amahja,amuje,amahsu,amudin,amana & amumi kecik2, kereta tok ma sesak mcm sardin pi padang pak amat. mana taknya, 7 beradik + tokma & tokmok. 9 orang dlm satu kereta... he he...

Sebelum ke kelang, abah nak belanja makan kat Kulaifornia Restaurant atau Zee Zee cafe yang femes dengan masakan asam pedas, ayam goreng kampung, gulai kerutub & mcm2 masakan Kelantan & Johor. Restoran ni kat Prima Saujana Kajang (dekat Giant). Tghri td abah tonton JJCM@tv3 citer pasal tempat makan area kajang.. tu yg nak ke sana tu. tp abah ni terkenal ng tabiat suka tukar2 plan, masa otw ke sana abah ckp tak jadi lar ke sana, takut lmbt gi massage medic pakcik Shamsul. Abah pon bawak la ke La Rizz di Sg Merab... tp dah habis lar pulak lauk2... kalau tak, abah ckp boleh makan sotong & kambing panggang. So abah pi pulak ke food court depan INFRA. sama jugak.... lauk dah habis... tp makan jugak lar apa yg ader. dah tak der rezeki kan...

Lepas tu kami terus ke Klang dan tiba kat sana dlm kul 3 petang. Abah, amumi dan ummi pi solat zohor dulu kat surau sblh rumah pakcik Shamsul. adik terus gi urut, mula2 adik nangis.. amahja, abg & kakak siap pujuk adik. Lepas dorang pujuk baru la adik sporting... Pakcik Shamsul dapat urut adik lebih dari sejam, mulu2 urut betis, tangan dan seluruh anggota badan mgikut titik-titik elektromagnetik.

Balik dari kelang, amumi sms amahna ckp nak pi amik. Tapi... amahna ckp dia, amahzie& najla otw nak pi giant. sedang molek lar... kami pon pakat untuk bertemu kat sana. Masing2 sonok, dapat lar jugak pi makan kat Kulaifornia Restaurant atau Zee Zee cafe sptmana dirancang tgh td. Abang paling sonok nak p Giant sbb nak mintak abah beli reket Yonex. Abang ni selalu ckp abah & ummi sayang kat adik sorang jer, sbb bagi spenuh phatian kat adik. Kakak lagi lar... cakap kat semua2 orang, abah & ummi selalu beli mainan kat adik, sbb tu kakak ckp abah & ummi sayang adik sorang jer. Abah recal balik teringat masa appointment dengan Dr Baha, rehabilitation specialist di Hosp Serdang tempoh hari, Dr Baha tanya ader tak perasan pasal perubahan sikap adik @ abang @ kakak. Abah terus jwb, nmpk mcm biasa jer, x der apa2 pon. Tp bila jd gini... oooo ... ini lar barangkali maksud Doc tempoh hari...

Pi Giant, abah beli reket abg, mainan utk kakak dan bola utk adik.... semua dpt, baru lar adil. he..he.. he... Lepas tu pi makan kat Kulaifornia, amahja belanja. Habis2 tu kami balik rumah... penat dan terus tidor..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails