Tuesday, August 25, 2009
Temujanji di Syifa Al-Hidayah pada 2 Ramadhan 1430H
Rasa macam baru jer lagi appointment adik kat Syifa Al-Hidayah ni. Bila yer tarikh yg sebelum ni. seingat2nyer dalam bulan Ogos ni gak lar. Awal bulan kot... Dah lar komitmen utk baca ayat2 dlm surah tertentu spt yang diminta oleh Hj Lokman dah menurun... Masa pergi kali pertama dulu, dpt jer ayat2 utk dibaca, dengan istiqomahnyer abah dan ummi baca ayat2 tu tiap kali lepas solat maghrib dan isyak. tp inilar yg dinamakan ujian @ godaan nafsu dan syaitan?? nak baca al-quran pon jadik malas, padahal free2 dpt pahala. serampang dua mata... dpt pahala ibadah, dan dapat gak ruqaiyyah utk kesihatan adik...
bila pi utk kali ke-3 ni, Hj Lokman akan bg ayat2 lain plak utk dibaca. Ingat lagi pesanan Hj Lokman, amalan perubatan melalui ayat-ayat Al-Quran (Koranic Medicine) perlu dipraktikkan secara komited. Al-Quran adalah setinggi-tinggi martabat penawar dan kesembuhan. Setiap huruf yang terkandung di dalamnya adalah penawar untuk penyakit spiritual dan fizikal. Tiap-tiap surah dan ayat dalam Al-Quran adalah penawar kepada sesuatu penyakit, dengan syarat seseorang itu beriman dan yakin kepadanya. Kita sebagai manusia hanya mampu berikhtiar, Allah lar yang akan menyembuhkannya.
Cuma... he.. he.. bila berubat kat Syifa Al-Hidayah ni.... lama lar nak kena tunggu giliran. Sebab ramainya org yg dtg berubat Ya Rabbi... Sbb tu utk kali ni, abah pergi amik nombor sehari sebelum. Dalam lepas asar hr Sabtu, 1 Ramadhan.. abah pi ke Sg Pusu, Gombak utk amik nombor. Alhamdulillah... dpt no giliran ke-4. Tp he.. he... x sempat lar balik nak berbuka kat rumah. alamaknyer minum air jer lar dlm keter semntara nak sampai...
Advantage bila dah amik nombor awal ni, x perlu lar nak pi pagi2 sblm @ slps subuh mcm selalu. Lagipun perubatan bermula jam 9 pg. So leh lar pi lwt ckit dlm kul 8 baru btolak dr rmh. Sampai2 jer kereta dah penuh, org pon ramai dah menanti kat luar pagar. Tak lama pas tu, Hj Lokman keluar dan bertanyakan sorang2 kepd yg dtg tentang no giliran. ingatkan kenapa... rupa2nya dia bg no lain kpd yg ada masa tu. Dengar bisik2 org kat situ bagitau, biasalah org yg amik nombor awal, bkn terus dtg awal. Jd turn dia org akan terlepas. Jd utk elakkan nombor dipanggil, tp orgnyer x dek, Hj Lokman akan bagi balik nombor lain pd yg ader masa awal2 klinik dibuka kul 9 pg. Untuk ini... abah dapat giliran pertama...Adik is the lucky no.1 for this time... Alhamdulillah... berkat Ramadhan ni.
"Ting" 001.. Sebaik jer no 1 ditekan, abah pon bw adik masuk berjumpa dgn Hj Lokman. Hj Lokman bertanyakan progress adik. Abah pon bagitau lar. Kalau nak bagitau progress yg signifikan tu x nampak sgt lar. Sbb lepas2 adik dah dpt berjalan... pkembangn yg lain x brp ketara sgt. Tgn kiri adik pon just boleh gerak, angkat ke atas, turun ke bawah. tp x boleh mmegang pon lg. Hj Lokman suh adik salam ng tgn kiri, ermmm .. lom dpt lg. Nak bye2 ng tgn kirinya pon, x dpt gak.. Begitu gak kaki kiri adik, x kuat sgt pon lg. Tp insya Allah... beransur2 bertambah baik hendakNya... Untuk kali ni, Hj Lokman bg ayat 82-91 surah Al-Maidah dan ayat 17-25 surah Al-Jathiah utk dibaca. Insya Allah dpt dibaca secara komited, esp sempena bulan Ramadhan yang penuh kberkatan ni... Air penawar dibuat sebanyak 2 botol. Setiap kali nak bagi adik minum @ guna utk bancuh susu adik, perlu baca Al-Fatihah 3x, selawat 3x dan doa mohon pd Allah supaya adik sihat sepenuhnya sama spt sblm ni. Dan appointment adik seterusnya ialah pd 29 September lps Isyak...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment