Ping my blog

Wednesday, October 28, 2009

Breakfast Di NUIN




Lepas hantar kakak ke sekolah, Ammah Ja, ammah Na dan adik pi ke IJN untuk hantar nasi kerabu untuk ma Ammah Sya. Kakak dah muncung dah sebab adik boleh jalan2. Kakak cakap dia nak cuti hari ni.. Hehe.. Jangan jeles kakak! Adik belum sekolah, boleh jalan2 tak kira masa. Janji ada orang nak bawa je..

Balik dari IJN, adik rasa lapar. Adik mintak roti.. Lapar sangat2.. "Roti..roti.." Semalam adik makan roti juga. Dah habis stok kat rumah, adik order ngan ammah Ja roti yang sama. Ammah Ja beli 3 bungkus, adik makan 1 1/2 bungkus. Paling adik suka roti gardenia yang berperisa jagung. Hari ni pun adik nak makan roti. Tak sabar2.. Tapi ammah Ja cakap tak de kedai kat hiway KL-Seremban. Ammah Na tanya adik nak makan nasi tak.. Adik tak nak. Adik nak roti juga..

Depa berdua plan nak breakfast kat Nuin Little Perak in Bangi. Moh try makanan Perak yeop! Hehe, Ammah Ja dan Ammah Na takut adik throw tantrum kat cafe kalau tak dapat roti favorite adik. So lepas singgah bank, Ammah Ja stop kat kedai komuniti untuk belikan roti adik.



Tapi bila tengok menu best2 kat NUIN, adik dah tak pandang roti gardenia lagi dah.. Kakak waitress kasi child seat, tapi adik tak nak. I'm a big boy. Nak dok kerusi sama macam Ammah Ja dan Ammah Na.. Nak tau ammah Ja order apa? Best tau abah, ummi, kakak, abang! Nanti datang le makan sini..

Ammah Ja order set roti bakar Tanjung Malim (roti dan special kaya + 2 biji telur masak separuh), teh tarik Ipoh, popia Taiping. Ammah Na order Scramble Egg with sausage and baked beans dan Nuin special smoothies.. Adik rasa semua, kecuali popia sebab sosnya hot. Paling adik suka -sosej dan telur masak separuh. Sayangnye adik tak bawa kamera.. Kalau tak sure abang dan kakak meleleh air liur..

Sementara tunggu makanan, adik main lion2 tak tak, enjit2 semut dan cak kelepek kelepuk kelepa ngan ammah Ja dan ammah Na.. Adik bukan tak tau.. depa ni saje je nak suh adik gerakkan tangan kiri ni.. Tu yang kat cafe pun boleh main2 lagi.. Tapi adik seronok.

Tengah2 makan, adik nampak kereta Ummi lalu depan kopitiam. Adik cakap, "Mi, jom nacik.." Alamak bukan ummi lah.. Adik ingat nak ajak ummi makan sama2.. Lupa ummi kat sekolah.. Naik kereta je, adik terus sendawa kekenyangan.. Mata pun dah mula lali.. Semua gelakkan adik bila tengah2 menguap, adik sebut 'cedaaappnyaa..'

Adik behaved properly kan tadi, ammah Ja? Next time boleh ajak adik makan kat Nuin lagi kan..kan..?

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails