Ping my blog

Tuesday, May 25, 2010

Ujian Penglihatan


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana adik dah sembuh dari demam. Jadi adik dpt mghadiri temujanji di Klinik Mata, Hospital Serdang. Dr Selva dari Jabatan Rehab ckp walaupun secara fizikalnya penglihatan adik seems not affected, tp it would be better to check thoroughly esp dari segi power dan saraf mata.

Kakak tak g sekolah yer ?? aa.. aa.. ckp cikgu...

breakfast sementara menunggu giliran

check power di Bilik Optometri


Mula2 adik berjumpa dengan acik Halijahton utk check power. Bagi org dewasa, kita akan diminta baca huruf & nombor dari besar hingga kepada yang kecik yg terdapat pada carta snellen. Tp utk kanak2 mcm adik, ditunjukkan flash card bergambar dlm bentuk line drawing sahaja. So adik diminta sebutkan pic apakah yg tertera dalam flash card tersebut. Sayangnyer adik x begitu sporting masa buat test ni. Ia berpunca apabila Acik Halijah yg comel lote tu lekapkan plaster kat mata kiri adik. Apa lagi mgamuk tantrum lar adik... Sepatutnya dr awal2 just tekup dgn tangan plahan2 pon boleh act.

Lepas tu walau dipujuk2 pon dah tak jadi dah. "Sayang... sat je, please sporting kay dik.. " Adik berhenti la nangis sekejap. Namun bila try tekup mata dgn tgn pon, adik x bagi juga. Anyway boleh lar dpt result dgn 9.6/6 utk mata kanan dan 12/6 utk mata kiri. Markah penuh utk pglihatan yg bagus bagi org dewasa ialah 6/6 . Acik Halijah ckp power mata kanak2 akan btambah baik apabila meningkat usia dan kembali mnurun bila dah tua...

Untuk cek saraf pula adik bjumpa dengan Dr Mazaya. Ermmm adik menangis sungguh2 time ujian dilakukan. Mana tidaknya apabila ujian ini mengkehendaki dititikkan ubat mata bertujuan membesarkan retina mata. Kemudiannya doktor melakukan pemeriksaan dengan menggunakan set2 kanta yang begitu banyak.
Alhamdulillah saraf mata adik tidak terjejas ekoran dr infark kat otak kanan yg adik alami. Walaubagaimanapun doktor akan terus monitor perkembangan adik dan dikehendaki mbuat pemeriksaan lagi pd th hadapan.

Adik makan nasi ayam hainan Taman Melawati, Alhamdulillah berselera slps baik dr demam

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails