Ping my blog

Tuesday, May 4, 2010

Haikal Kehilangan Abah



Semalam adik joging di Bangi Walk bersama-sama dengan kakak dan abang. Semasa berlari-lari kat atas trek, abang ternampak seorang kanak-kanak berumur dalam sekitar 4 tahun berjalan sambil menangis memanggil "abah, abah.. mana abah" .

Lantas abang pergi menghampiri kanak-kanak tersebut sambil bertanya sebab dia menangis. Abah, amaja, adik dan kakak pon sama-sama pergi dekat lalu bertanyakan namanya dan mcm2 soalan yg mungkin boleh mbantu mcari abahnya.

Q: Adik saper nama
A: Haikal
Q: Haikal datang tadi dengan saper?
A: Ngan abah.
Q: mak datang?
A: Tak, mak kerja.
Q: Tadi adik main kat mana?
A: Kat taman

Q: Main kat taman sana ke? [sambil tunjuk playground]
A: Tak, main kat sana.
Q: Abah tadi dok kat mana?
A: Abah dok berdiri kat sana [Hmm...semua sana je nih, walaupun tunjuk arah lain2]
Q: Abah pakai baju kaler apa?
A: Abah pakai baju oren. [kebetulan abah pon pakai baju color oren]
Q: Abah letak kete kat mana?
A: Kat sana depan. kete kaler oren.
Q: Kete abah kaler oren?
A: Tak, kete abah kaler putih.
Q: Adik tau rumah adik kat mana?
A: kat sana. sana.
[sambil tunjuk entah ke mana-mana]

Abah bawa Haikal untuk menunggu berdekatan dengan tandas awam. Tempat tu pon berhampiran dengan playground. Kalau ayah Haikal cari pon, senang nanti .. Manakala abang dan amaja penat berjalan mencari keliling taman Tasik Cempaka yg besar tu kot2 bjumpa dan bertanya dengan saper2 yg kehilangan anak.

Haikal

Menunggu ayah Haikal mendapatkannya

Mujurlah dalam 20 minit menunggu, abang Haikal berusia dlm 6 thn datang mendapatkannya. (Td Haikal ckp dtg dgn ayahnya shj). Abah pandang2 jugak kat ayah Haikal, tp dia tak dtg dekat. Apa pun, nasib baik lah cepat selesai coz jam masa tu pon dah 6.40 ptg. Kalau tak, abah dah pk2 nak serah Haikal kat balai polis. Bila ke balai, alamaknya lama lagi lar urusan, nak kena bg statement ...

Abah pon terfikir, mungkin pergi mana2 lepas ni, kena tampal tagging kat baju adik dan kakak, tulis at least no fon abah & ummi. In case kalau jd kes cengini ...

2 comments:

  1. Memang betul tu..

    Kalau nak jalan mana-mana yg ramai orang..kena letak tag kat baju anak-anak. Bukan apa..senang kalau tiba-tiba anak hilang dari pandangan mata ibu bapa

    ReplyDelete
  2. elok kalau ajar anak2 hafal no telefon atau sekurang2nya nama kawasan perumahan.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails