Ping my blog

Tuesday, May 18, 2010

Speech Theraphy



Kesal jugak bila Ist temujanji terapi pertuturan untuk adik telah beberapa kali direschedule. Setiap kali ada jer hal lain pada tarikh appointment yang ditetapkan. Once postpone, tarikh baru yang diperolehi ialah 2 bln akan datang. Sebab tu walaupun doc issue referrence letter pada bulan Oktober 2009 lg, tp hanya pada 10 Mei baru ni jer adik dapat menemui speech therapist di Hospital Serdang.

adik, bila adik nak make use ur left hand as usual

sementara mnunggu tiba giliran

Adik menemui Acik Fariha yang examine, observe dan buat assessment ke atas adik yg pertama kali menemuinya. Acik Fariha cakap oleh kerana adik dah dapat menyebut lebih dari 10 patah perkataan, so dikira sbg boleh bercakap. Namun begitu adik tetap menghadapi masalah pertuturan kerana kanak2 pd usia 3 thn sepatutnya sudah dpt bercakap dengan menghasilkan ayat yang terdiri daripada tiga hingga empat patah perkataan yang boleh difahami. Dan berkebetulan masa tu, adik cakap " umi, nak cucu mi... ". Boleh la sebut perkataan dan ayat yg common mcm ni kot. Tp yg banyaknya, adik bcakap dgn bahasa yang x dpt nak faham.

kerja rumah utk adik

Untuk tu, acik Fariha bg 1 sheet exercise sebagai homework adik di rumah. Erm.. nak cakap apa? bukan beban.. tp skrg ni pon tgh bimbing abg yg akan sit his mid term exam dr 18 - 27 Mei. Manakala kakak lak akan menduduki ujian kelayakan kemasukan ke Tahun 1 di sekolah abang pd 29 Mei. So tang exercise adik ni, tunggu lepas2 ni lar yer. Lagipon next speech theraphy appointment ialah pada 20 Julai nanti.

Sebaik selesai speech therapy, adik gi set appointment date for vision examination kat eye clinic plak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails