Ping my blog

Tuesday, May 25, 2010

Demam Bulan Mei


Isyfihi Ya Allah.. enta Syafi

"Panas duduk kat blkg ni, aircond bukak perlahan dek pon" , cakap Cik Da bila abah perasan badan adik yg terasa hangat semasa on the way utk mhantar Ayah Cik skeluarga ke LCCT pd tghri hari Khamis, 20hb Mei lepas. Namun begitu bila adik dah pindah duduk di depan dan bdn masih panas, baru lah terfikir kmungkinan adik demam ni. Lagi pon mak tok pengasuh adik maklumkan smlm bahawa ader bbrp org kwn adik yg demam, selsema dan batuk2 skrg ni.

Lantaran itu sampai2 je ke rumah adik terus je diberi makan ubat demam. "Adik cepat2 baik yer sayang, amin Ya Shafi.." . Alhamdulillah di kala ni adik masih aktif dan lasak bermain mcm biasa. Cuma bila tidur malam, sekali lg dpt dirasakan suhu badan adik yg agak panas. Kbetulan termometer kat rmh dah rosak dengan bacaan yang dah x tepat, so x dpt lar nak ukur suhu badan adik masa tu. Namun mujurlah malam tu adik dapat tidur dengan lena walaupun suhu badan panas. Cuma adik mnangis skjap2 tatkala dijelum air kat kepala dan sekali sekala ke seluruh badan.

Keesokannya adik x dibawa ke rumah mak tok mcm biasa. Sebabnya kesian mlihatkan kondisi adik yg mula merengek2, menangis dan duduk dalam keadaan yg serba tak kena. Syukurnyer adik tak dapat pakej tiga2 sekaligus, adik x selsema dan x batuk. Namun demikian adik akan muntah esp slps minum susu, mkn dan slps amik ubat pon. Mmandangkn bekalan ubat demam syrup paracetamol yg dibekalkan oleh Hospital Serdang masih ader byk botol, so adik x dibawa utk bjumpa doktor. Tengok lah.. lagipon baru smlm adik start demam. Tambahan pula keadaan adik nampak dah btambah baik bila mana adik bselera mkn nasi ayam Chicken Rice Shop yg dibelanja oleh amaja pd tghri Jumaat tsebut.

Walaubagaimanapun apabila didapati badan adik masih gak panas pd sblh mlmnyer, adik dibawa ke Poliklinik Penawar bdekatan dgn rumah sebaik sahaja selepas mhantar Amahja ke Hentian Kajang. Amaja balik kampung utk mhadiri kenduri akikah Baby Anas, sepupu baru adik.

"Ayah.. panas ni, tinggi sgt suhunya 39.80C. Ader nampak tarik2 tak? Apabila anak demam melebihi 390C, mereka boleh terkena sawan demam atau febrile fits" . "Takper ayah jgn bimbang, skrg sy bg satu suppository voren 25 mg (ubat bontot) untuk mengurangkan demam yer. Selain tu sy akan bg sirap neurofen, bg setiap 6 jam, kalau panas jgk bg setiap 4 jam sekali. Kena kerap buat sponging utk turunkan suhu badan. Ubat antibiotik pon kena amik, sy bg yg kuat ni, cuma perlu mkn sekali sehari".

"Doktor, anak sy makan ubat demam kul 6 ptg td, boleh ke bg lg ubat demam ni", just utk mntk confirmation dr doktor, yer takut2 overdose plk. Masa jumpa doktor tu dlm kul 8.50 mlm. Namun, doktor masukkan juga ubat tersebut. "Ayah, kalau anak masih demam gak hr Ahad ni, bawa balik yer, kita test darah. Anyway, ayah jgn risau lar, insya Allah ni demam biasa je.. memang skrg ni musim demam pon.." , pesan doktor semasa kami nak beredar dr biliknya.

Hari Sabtu keesokannya pon adik tetap gak demam lagi.. Cuma suhu akan turun selepas makan ubat, namun 5-6 jam kemudian akan panas balik. Tapi tak leh nak kata jugak, coz adik baru amik antibiotik sekali mlm td. Tunggu mlm ni pulak utk mkn antibiotik lagi.

Namun.. hati ni tetap risaunya ya Allah..

.. kerana keadaan ni mengenangkan semula kepada peristiwa menyayat hati yg blaku ke atas adik dlm bln Mei juga pada tahun lepas.

Dan kebetulan time tu ader kenduri kahwin amuje & amahsha dan amahsu & amusu. Manakala kali ni, kenduri akikah baby Anas, putera amuje & amahsha.

Ketika tu adik demam dengan suhu yang agak tinggi, mula2 adik dibawa ke Klinik Karisma, di Hentian Kajang. Selang dua hari kemudian, adik dibawa pula ke Klinik Penawar, Seksyen 16 kerana demam x kebah2 walaupun diberi antibiotik. Keesokannya adik dibawa ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah untuk dibuat ujian darah memandangkan demam dah masuk 4 hari. Di Az-Zahrah selain dr dilakukan ujian darah, x-tray juga dibuat utk melihat keadaan lung adik. Alhamdulillah berdasarkan diagnosis yang dilakukan, doktor cakap adik x kena denggi dan paru-paru juga clear. Cuma doktor ckp demam ni disebabkan oleh bakteria, so kena continue dengan antibiotik.

Namun bila masuk hari kelima adik masih demam panas yg tinggi menjangkau 38-390c, pd kul 2.00 pg 21 Mei 2009 adik dibawa ke Hospital Serdang dan dimasukkan ke wad 5A paediatrik selama dua hari dari 21 hingga 22 Mei 2009.

Selang 3 hari selepas discaj, demam kembali menyerang adik. Kali ini adik dibawa ke Klinik Az-Zalfah, Seksyen 4 Tambahan namun Dr Akmal yg mmeriksa adik mnasihatkan supaya dibawa semula ke Hospital Serdang. Pada jam 1.00 pagi 27hb adik dimasukkan kembali ke Hospital. Doktor menukarkan antibiotik setiap hari mmandangkan demam yg x turun2, sekalipun puncanya sudah dikenalpasti iaitu disebabkan jangkitan kat paru-paru (pneumonia).

Dugaan ke atas adik sampai ke kemuncaknya apabila pada 1 Jun 2009 keadaan adik mjadi lemah-selemahnya shingga x mampu utk bgerak pon. Doktor cepat2 melakukan brain CT scan yang akhirnya mgesahkan adik mendapat hemiparesis pd semua anggota badan sebelah kiri. Abah ingat lagi.. sbb mlm sblm tu abah yg mnemani adik di wad. Pd ptg 31 Mei 2009 adik boleh bangun dan ketawa2 kecil apabila abang dan kakak mengusik2 smbil buat kelakar. Kebetulan mak tok dan tok ayah pon ader dtg mlawat adik pd ptg tsebut. Sesungguhnya keadaan adik pd masa tu seolah2 mnunjukkan adik dah mula nak recover act. Badan dah x panas sgt2 mcm biasa, namun kaki dan tangan menggeletar kesejukan. Sentuh kaki dan tangan adik mmg sejuk mcm sentuh air di peti ais. Dan bila dirujuk dengan doktor, mereka ckp ok dan tak perlu risau.

Walaubagaimanapun bila pd belah mlmnya adik tidor semahu2nya, sehingga kan time nak bg ubat pon x nak bangkit, even x nak bukak mata, abah dah syak lain.naper ni dik?? Ya Allah.. biasanya mlm2 sblm, adik tido pon kat atas dokong abah. mrengek2... x selesa. abah refer dgn doktor, tp biasa lar doktor2 muda mana ader pglman sgt lagi, mereka just jwb tunggu esok bila doktor senior dtg, nanti bgtau kat they all sok.

Pagi esoknya ummi dtg utk tkr shift sbb abah nk gi kerja. Masa lawatan Dr Puteri , doktor pakar wad 5A pd jam 10 pg, ummi pon cerita ttg masalah adik spt yg dibrief oleh abah sblm tu. Dr check dan ckp ok jer dan x der per2. Namun bila doktor nak kuar dr bilik, ummi panggil doktor bila perasaan mata adik sblh knn lebih kecik dr kiri. Doktor check semula dan mula suspect something bad had happen. Dr Puteri amik hammer telescopic dan ketuk kat elbow and knee adik untuk check refleks. Bila mdapati kedua2nya di sebelah kiri x jerk as normal tu lar doktor arah supaya segera buat ct scan. Dan resultnya terdapat infarct yg besar pada otak sebelah kanan adik. Implikasinya adik mdapat strok pd anggota bdn sblh kiri.. Ya Allah besar sungguh dugaan dan ujian Mu utk kami Ya Allah...

Bila ditanya tentang puncanya, doktor x dpt nak sahkan, tp mrk agak disebabkan kuman paru-paru melompat ke otak. Sbab tu lar doktor tkr antibiotik yg cover paru2 dan otak. Alhamdulillah bila tkr antibiotik ni, demam adik dah makin recover. Bila adik dibawa bjumpa dgn Dr Ishak di Melaka pon, beliau ckp kmungkinan meningococcal infection. Cuma x der plak tanda2 adik kena sawan. Kalau ada simpton sawan, sure doktor dah awal2 lg bg antibiotik utk rawat meningitis. Lagipon doc2 check patients kat wad mmg kerap, x kurang dr 4 kali sehari. Mula2 MO check kul 8.30 pg, then doktor pakar plk dtg kul 10 pg, ptg dlm kul 3 MO plk check lg, kul 8.00 mlm sekali lg MO check.

Dek krn tu.. ia mnunjukkan bahawa kuasa Allah adalah jauh lebih besar bbanding dgn kemampuan yg ada pada manusia.

errrmmm... bila flashback terkenang peristiwa ni, mula lar mnistis air mata...

Oleh kerana tu, x nak peristiwa ngeri ni berulang, pd hari Ahad 23-5-2010, adik cepat2 dibawa ke Pusat Rawatan Islam An-Nur utk test darah. Alhamdulillah time ni, bdn adik dah x panas act, tp still on off demam. Masa doc check pon, suhu badan adik normal 35.60C. Result darah pon mnunjukkan tiada denggi cuma bacaan bakteria je yang tinggi 17.3, sedangkan ukuran normal ialah 12.0 . Doktor suh habiskan antibiotik yg diambil dr Poliklinik Penawar. Rawatan dgn Kak Raw di Gedangsa pon tpaksa postpone dulu mggu ni.. dan Alhamdulillah syukur ya Allah Ya Rabbal 'Alamin.. hari Selasa adik dah sihat sepenuhnya slps 5 hari demam.


amik darah kat An-Nur

Doktor dan nurse sedang mmujuk adik sambil amik drh

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails