Ping my blog

Friday, November 27, 2009

"Takut..takuut..."


Hari Raya korban thn ni disambut di kampung abah di Kubang Kerian. Kebetulan pulak hr ry ke-3 nanti, ada kenduri sambut menantu utk pengantin baru "Amumi & Amah Iza" .

Naik pelamin

Sepertimana biasa setiap kali giliran raya di Kelantan, kami semua akan solat di surau Pok Cik iaitu Masjid As-Sunnah, Taman Al-Qari. Oleh kerana bilangan jamaah yang bertambah ramai setiap tahun, ahli jawatankuasa surau yang dipengerusikan oleh Pok Cik memutuskan agar solat raya Idil Fitri & Adha dilakukan di Dewan Khadijah, SRI Al-Qari (yg juga merupakan sekolah agama kelolaan Pok Cik).

Agenda seterusnya selepas solat raya ialah menziarahi pusara Tok Ma & Tok Ayah (parent abah). Adik, abah, abg, kakak, amusu & Lala ikut sama. Kami mensedekahkan surah Al-Fatihah disamping berdoa memohon keampunan untuk kedua-duanya. Amin...

Doa mohon keampunan utk ibu bapa

Ya Allah, ampuni dan rahmatilah tok ayah

Ya Allah, ampuni dan rahmatilah tok ma


Selepas tu adik & semua2 pi pulak ke rumah mek & Pok Cik untuk myaksikan ibadat korban. Mula2 adik, kakak & Lala sonok bila tengok lembu menguak. Boooohhhh ! Boooohhh ! Kalau kat rumah tok, boleh main2 ng kambing lagi sambil mengembek "beeekkk... beeekkkk" . Bagi makan daun kat kambing. Besttt ...

booohh ... boooohhh

Tapi bila dah sampai scene lembu kena ikat kaki dan direbahkan sambil menggelupur, adik dah mula rasa gelisah x senang duduk. Kakak tanya abah, " kenapa lembu tu jatuh. Td dia boleh berdiri elok jer. Kenapa org tu buat mcm tu kat lembu tu. Kesian dia " . Dalam pada kakak tanya soalan tu kat abah & x sempat pon abah jwb, abah dah bgerak ke depan, untuk pegang tali yg mgikat kaki lembu. Tukang sembelih letak kan pisau kat leher lembu. Waktu ini adik, kakak & Lala 1st time see lembu disembelih. Darah memancut keluar. Adik, kakak & lala menangis panggil abah. Abah cuma ckp tgggu sat & mintak v all jgn nangis.

Hayati semangat & falsafah pengorbanan

Dah sudah tu, abah dtg kat kita org. Lala mjerit "tu, kaki", tunjuk kat kaki lembu yg kena ikat. Kakak plk tutup mata. Adik lah masih menangis. Abah pon pujuk bagitau setiap kali hari raya korban, binatang ternakan kena sembelih mcm td lar. " Bila sembelih baru kita boleh makan. Macam kita makan ayam KFC, ayam tu kena sembelih, cuci, masak sedap2... baru boleh makan kan ? ", sambung abah lagi. " kita tak boleh makan lembu hidup kan" . Abang yang berada dekat situ pon bagitau kakak, " kalau makan lembu hidup, kita yang kena tanduk lembu tau ".

Walaupon dah cuba terangkan, kakak tetap ajak abah balik. Adik pon nangis2 ajak abah balik. "takuuut.... takuuttt" . Nak tak nak, tpaksalah abah dokong adik & Lala sambil pimpin kakak balik. Tak sempat nak tolong sian daging ..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails