Ping my blog

Thursday, November 26, 2009

Korban Sebelum Korban 1430H


Abah apply cuti bmula 25hb sempena hari raya haji & kenduri kawin amumi. Kul 7.00am adik & family bertolak balik, kali ni x melalui MRR2 seperti biasa. Abah drive ikut jalan Istana. Abang tanya abah, knp abah masuk KL. oooo ... rupa2nya abah nak bwk kami breakfast kt Nasi Lemak Tanglin.

Esok2 abang nak jd askar ke polis ?

Sebaik selesai breakfast, jam 8.30am kami mulakan perjalanan balik kg. Perjalann agak lancar, x jam langsung. Cuma di persimpangan Bentong baru lar nampak kereta bgerak plahan mcm semut. So bg mgelakkan jam, abah on gps mncari jln alternatif nak ke kelantan. Ummi dah mula senyum sorang2 sambil terdetik di dalam hati, "he he ... ada can balik ikut terengganu ni."

Tp ummi akhirnya hampa apabila gps mncadangkan laluan alternatif melalui Kg Sungai Dua - Sertik Mempaga - Sungai Ruan dan terus ke Benta. Ini 1st time mlalui jln ni. Tapi tak lar risau sangat coz ader signboard di sepanjang jalan menunjukkan arah "jalan alternatif ke Kuala Lipis/Gua Musang".

Selepas 2 jam lebih pjalanan, abah pon mula geleng2 kepala. fhmlh tu tanda abah ngantuk... 10.30am abah veti tdo kt Surau Kg Sg Ulu Gali, Raub. Lebih kurang 1/2 jam jgk lar mlenakan diri. Abang & kakak amik ksempatan utk wee wee & uk uk kat surau ni. He he bkn kat dlm surau, tp kat toilet ar..

Pjalanan ikut jln ni mmg lancar. Lain kali kalau balik siang, elok ikut jalan ni. Cuma kalau malam tu... amat kureng sesuwei coz jalan x brp lebar & gelap melalui estate kelapa sawit.

Bila dah memasuki laluan utama Kuala Lipis mghala ke Gua Musang, mula lar jln jam teruk. Jalan start sesak apabila tiba di Petronas Felda Kecau nak ke Bukit Tujuh hinggalah sampai ke Merapoh. Bayangkan nak mendaki Bukit Tujuh dlm keadaan jam.

KB 270 km, Gua Musang 87 km

Makan Roti Sapu Jam

Keadaan mcm ni mengingatkan abah kpd pglman semasa dlm pjlnn pulang ke KL 3 th lps. Ketika tu, jalan sesak teruk kat Bukit Tujuh ini lah, myebabkan kereta abah broke down kerana clutch panas. Banyak keter transmisi manual tersadai disebabkan masalah yang sama. Hanya keter auto yg ok. Mana taknya, apabila tpaksa kerap kali tekan clutch, ia akan cepat panas dan tak bfungsi. Akibatnya kereta x dapat bgerak. Tpksa tolak kereta ke tepi jalan. Bila dah sejuk... baru lar boleh gerak balik. Based on that experince lar, abah kerap free gear dan angkat hand break. Ini dpt elakkan dr tpaksa kerap tekan clutch & pedal myk.

Jalan sesak myebabkan pjalanan dr Kecau ke Merapoh mgmbil masa lebih dr 2 jam setengah. Kalau tak sebab jam ni, dalam masa 30 minit dah boleh sampai. Apabila tiba di Merapuh, kami bhenti lunch dan solat. Tazkirah buat pakcik makcik se Islam di sini, jgn lar sembelih saudara sesama Islam dgn menaikkan harga makanan time2 cuti festival ni. Patutnya kita tolong monolong, bantu membantu saudara2 kita yg dalam musafir ni. Bahkan dalam Al-Quran sebut, zakat boleh diberikan kpd golongan ibnu sabil (orang yg sedang bmusafir). Meaning to say that, spatutnya bagi makanan percuma @ discount kat they all. Sadaqal-Llahul Azim..

Sampai kt Gua Musg adik nmpk cam pening2 jer. uweeekkk... uweekk...adik muntahlh plk.. Byk betol. Macam mana ni? nak sampai R&R Gua Musang dlm 5 km lg. Bau dlm keter mak datok.. usah ckp lar lg. Baju ummi pon penuh dgn muntah adik. Seat blkg pon kena muntah gak. Habis toto, selimut dan bantal mndapat nasib yg sama. Busyuknyer abg ckp.

Sementara nak sampai di R&R, abah tpksalh tutup aircon & buka cermin elakkan yg lain tmuntah jugak.

Ya Rabbiiiii !!! di R&R kenderaan begitu byk sekali shinggakan semua parking lot penuh. Nak masuk pon dah x boleh. Tpaksa lar kereta2 prking di kiri kanan 'lebuhraya' Gua Musang-Kuala Kerai ni. He.. hee.. ini lar nasib oghe kelate, jalan mcm ni jer yg ader utk smp ke negeri pembangkang ni.

Abah ckp, ader sorg tok guru abah pesan, kalau kita terdesak x kira dlm situasi apa pon, bacalah Qul Huwa Allah (surau Al-Ahad) 3x. Insya Allah, dpt prtolongan. So dlm keadaan "usahkan nak dpt prking, nak masuk ke R&R ni pon x dpt", Alhamdulillah .. sampai je betul2 dpn toilet, ader keter kuar dan dptlar kami ambik parking tu.

Ummi basuh baju & salin pakaian, manakala abah lak nguruskan adik dan cuci seat setakat yg mampu. Seat yg basah lak dialas dengan kertas surat kabar lama.. Boleh lar, untuk smpai ke Kubang Kerian ni.

Perjalanan seterusnya sesak lar setiap masa. Bwk keter paling laju 60km sejam. Mak oooiiii penatnya. Tp ok lg lar ni. Kalau kat KL, keadann jam smpai keter x dpt bgerak kan?

Cuma bila sampai di Peria sehinggalah ke Simpang 3 Kuala kerai - Machang, even hingga ke Guchil, jln selorong dah jd 2-3 lorong. Abah dan driver2 lain yang sekima @ law abiding citizen dgn mmandu di lorong yang betol dah jadi mangsa. Kami yg di line kanan, x bgerak geri. Org yg potong kiri je yang bgerak. Bayangkan jarak dr peria ke Simpang Kuala Kerai lebih kurang sejauh 17km, mgambil masa lebih sejam. Please kuda putih @ Dato'2 trafik ! tolonglar beri pengajaran kpd mereka yg degil ni dgn mmberi saman RM300 maksima.

Gerammmmmmmmm....... atau nak kami tabur paku kat bahu jalan, biar padan muka hangpa, biaq pancit habis tayar kereta demo2 ni. Astaghfirullahal azim... banyak2 mgucap..

Berkorban bukan hanya dengan sembelih lembu,
tapi korbankan nafsu gelojoh adalah lebih utama

Sampai kt Kg Pek, dah kul 8 mlm. Kami singgah makan mee Kampung Pek. Mee Kg Pek ni 'sohor' lar kalau di Kelantan. Boleh cadangkan kat Maria Tunku Sabri utk war warkan dlm jjcm@tv3 ni.

Crew Singgah2 Cari Makan Menjamu Selera

Sampai rmh tokmok kul 10.45pm. Mcbr btoi pjalan blk kg kali ni! Apataknyer...hampir 16jam pjlanan.. mau x lembik .. Mlm tu kami semua tdo mati. letih wooo..

Ini lar barangkali akibat 'belawok' ng amaja, amana, amuje dll. dgn bagitau kat demo2 ni, v all x blk kampung raya haji but pi mlancong kat Cameron Highland.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails