Ping my blog

Thursday, September 24, 2009

Rayor kedua di Kelate’

Hari raya kedua, adik dan famili balik ke rumah tok mok di Kubang Kerian. Kami bertolak dari rumah tok lebih kurang jam 12.00 tghri. Perjalanan pada peringkat awalnya lancar jer walaupun kereta memang banyak di atas jalan. Itu yang sepanjang perjalanan, abang, kakak dan adik lena sungguh. Namun demikian, sebaik sahaja kami tiba di simpang tiga yang nak menghala ke Bandar Jerteh dan Majlis Daerah Besut, jalan dah mula jem panjang. Nyok nyet.. nyok nyet… traffic perlahan sungguh.

Keadaan mcm ni berterusan sepanjang2 perjalanan, di Pasir Puteh pon jam, di Melor, di Peringat hinggalah sampai ke Kubang Kerian. Selain tu, ader jugak berlaku kemalangan jalan raya di dua lokasi yang berbeza. Satu tu melibatkan ambulan. Sebab tu, keseluruhan trip mgambil masa hampir 4 jam setengah di mana dekat2 pukul 5 ptg baru tiba ke destinasi.

Kenari accident


Sampai2 jer kat rumah, abah & abang terus je mgadap nasi ayam amaja. Amahja masak nasi ayam pada hari raya ke2. Sebelum ni amaja cakap nak masak nasi hujan panas. Tp disebabkan hari raya ni cuaca elok je, tak hujan.. so amaja pon turut ubah plan barangkali..


Adik plak minum syusyu dulu. Habis minum susu, adik cari amaja, amumi, amana, amusu & amasu. Sumer dorang x der. Hanya tokmok, amuje & ammah sya jer yang ader. Amuje & ammah sya cakap, semua org amik kesempatan pi beraya. Iyer lar sepanjang hari, ramai org dtg btandang ke rumah tok mok. Tu petang2 ni boleh lar outing plak. Manakala amudin,amah zie & lala lom tiba dari terengganu.


Nasi ayam special amaja


Minum syusyu dulu & kakak yg kede'de'k

Amuje ajak adik & kakak pi beraya rumah ayah zik, pok cik li & poksu lim. Lepas tu adik gi berayer rumah mek & pokcik lak.

Sampai habis biskut dalam balang rumah Mok Long


Mek & Tok Mok


Di kesempatan ni, abah mintak tolong pokcik urut kaki & tangan adik. Pokcik jugak buat air penawar untuk adik. Pokcik cakap seelok2nyer untuk lebih mujarab, kena urut 3x. Pkcik gak syorkan adik diberi makan madu sesudu teh setiap hari. Caranya perlu diminum sebaik2 bangun pagi dan sebelum makan apa2. Untuk lebih elok, selepas 3 jam makan madu, baru lar boleh ambik makanan yang lain. Dalam masa yang sama pokcik cadangkan jugak supaya adik diberi Bertolli Olive Oil setiap hari.


Pokcik & bos abah dlm satu function

di Darul Quran


Pokcik ni mmg alim. Nama pokcik ialah Ustaz Abdullah al-Qari. Beliau merupakan ulama dan pengarang terkenal negeri Kelantan. Beliau telah menghasilkan hampir 400 buah dalam pelbagai tajuk. Beliau mendapat anugerah sebagai Tokoh Ma’al Hijrah Kelantan, Tokoh Buku & Tokoh Guru Serambi Mekah, Tokoh Maulidur Rasul Jakim dan Tokoh Sunnah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails