Ping my blog

Tuesday, September 22, 2009

BERAYER KAT RUMAH TOK DI TEGANUNG


1 Syawal 1430H merupakan giliran adik & keluarga berayer di rumah tok & tok ki kat Teganung. Ummi cakap, dah 2 tahun berturut2 kami berayer kat Kube' Keriye'. Maner aci... asyik rayer di kampung aboh jer :-p

Pagi2 lepas sahur 29 Ramadhan kat rumah Tok Mok di Kube' Keriye', adik, kakak & abang dah diangkut ke keter aboh. Kami mengantuk gi arr.. iieee!! aper lar abah & ummi ni. x boleh nak sabar2 doh.

Kurang 2 jam perjalanan, kami dah selamat tiba di Kampung Padang Air, Kuala Terengganu i.e. kampung kelahiran ummi. Tok, tokki, poksu, mokja, mokna, pok pi, 2 org sepupu adik iaitu kak nurul dan adik lokman dah siap2 menanti ketibaan kami.

Allahu akbaru-lLahu akbar Allahu akbar
Laa ilaa ha illa-lLahu wa-lLahu akbar
Allahu akbar wali-lLahil hamd

Sebelum pergi solat hari raya, kami semua makan nasi dagang dan nasi arab yang tok & mok ana masak. best taw... makan & minum.. banyak sungguh makanan. kami juga bersalam-salaman dan bermaaf-maafan di pagi raya.

Ummi dokong adik pi solat raya kat surau depan rumah tok ki. Mula2 nyer adik ingat abah nak bawa adik pi surau bersama-sama dengan kakak & abang. Tapi tak... abah tinggal adik. waa... waaaa... nangis lar adik.

So.. adik nak gak pi surau. adik nak dokong ng ummi. Masa kat surau, adik x boleh duduk diam... bjalan sana sini, kadang2 mlangkah jemaah yang sedang bertakbir. Bila ummi pegang dan mintak adik diam, adik x dengar cakap. Dan... apa lagi... adik kena cubit lar . Waaa. waaaa... waaaa... adik nangis time imam nak mula solat. Tok ki tanya abang, bunyi mcm suara adik jek nangis tu... iyer ke adik tu? :-)


Bergambar di pagi Syawal

Adik pergi surau dgn ummi

Selesai solat, kami pon mula menziarahi sanak saudara, bermula dengan rumah mak2 saudara ummi iaitu rumah tok dor, tok teh & tok wer. Sebuah2 rumah memakan masa yang lama coz sepupu2 ummi yang tinggal di Perlis, Johor, Pahang & KL pon balik raya juga. Panjanglar masing2 bertanya kabar & bercerita. Iyer lar... setahun sekali baru dapat jumpa. Citer paling top ialah tentang kesihatan adik. Ummi pon perjelas lar kat dorang, bagaimana dari mula adik demam, dimasukkan kat Hospital Serdang, sehinggalah kepada bagaimana adik dapat strok.

Masing2 doakan supaya adik cepat sembuh dan kembali kepada keadaan adik sebelum2 ni, insya Allah.

Masa kat rumah tok wer, ayah cik (adik ummi) col mok ja, utk bagitau yang saudara mara kat pantai, ramai2 datang beraya di rumah tok. Jadi, sebaik selesai beraya di rumah tok wer, kami pon balik rumah dulu utk beraya dengan awok2 tu semer.. Lok gak lar balik nyer, adik pon dah penat sangat2 ni... dapat tidor semetar pon molek ni...

Qailulah sekejap ...


Kakak pon dapat lar relax jugak

Lepas solat Zohor kami pg pulak berayer di rumah Ayah Cik. Ayah Cik baru jek dapat baby, anak kedua. Cik Da bersalin 7 hari sudah. Baby yang ni pon girl jgk. So Alya tak lar keseorangan skrg ni sbb dah ader adik.

Sesudah beraya kat rumah Ayah Cik, kami pi pulak ke belah pantai (tok nyang adik sebelah tok, tinggal di Pantai Telaga Daeng, Seberang Takir, Kuala Terengganu). Mula2 beraya kat rumah nyang Tok su Mat, kemudian ke rumah toknyang, rumah tok teh, tok cik Dah dan tok cik Ani. Akhir sekali kami berayer kat rumah ummi Han (adik ummi). Kat sini sonok taw.. adik, kakak, abang dan sepupu2 i.e. abg ahmad, abg fatah, abg faris & adik fawwaz, kak nurul dan adik lokman bermain bunga api.

Adik bergambar bersama
sepupu, Fawwaz


Lok-lok cucuh colok tu, abang


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails