Ping my blog
Showing posts with label Hospital Serdang. Show all posts
Showing posts with label Hospital Serdang. Show all posts

Tuesday, May 25, 2010

Ujian Penglihatan


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana adik dah sembuh dari demam. Jadi adik dpt mghadiri temujanji di Klinik Mata, Hospital Serdang. Dr Selva dari Jabatan Rehab ckp walaupun secara fizikalnya penglihatan adik seems not affected, tp it would be better to check thoroughly esp dari segi power dan saraf mata.

Kakak tak g sekolah yer ?? aa.. aa.. ckp cikgu...

breakfast sementara menunggu giliran

check power di Bilik Optometri


Mula2 adik berjumpa dengan acik Halijahton utk check power. Bagi org dewasa, kita akan diminta baca huruf & nombor dari besar hingga kepada yang kecik yg terdapat pada carta snellen. Tp utk kanak2 mcm adik, ditunjukkan flash card bergambar dlm bentuk line drawing sahaja. So adik diminta sebutkan pic apakah yg tertera dalam flash card tersebut. Sayangnyer adik x begitu sporting masa buat test ni. Ia berpunca apabila Acik Halijah yg comel lote tu lekapkan plaster kat mata kiri adik. Apa lagi mgamuk tantrum lar adik... Sepatutnya dr awal2 just tekup dgn tangan plahan2 pon boleh act.

Lepas tu walau dipujuk2 pon dah tak jadi dah. "Sayang... sat je, please sporting kay dik.. " Adik berhenti la nangis sekejap. Namun bila try tekup mata dgn tgn pon, adik x bagi juga. Anyway boleh lar dpt result dgn 9.6/6 utk mata kanan dan 12/6 utk mata kiri. Markah penuh utk pglihatan yg bagus bagi org dewasa ialah 6/6 . Acik Halijah ckp power mata kanak2 akan btambah baik apabila meningkat usia dan kembali mnurun bila dah tua...

Untuk cek saraf pula adik bjumpa dengan Dr Mazaya. Ermmm adik menangis sungguh2 time ujian dilakukan. Mana tidaknya apabila ujian ini mengkehendaki dititikkan ubat mata bertujuan membesarkan retina mata. Kemudiannya doktor melakukan pemeriksaan dengan menggunakan set2 kanta yang begitu banyak.
Alhamdulillah saraf mata adik tidak terjejas ekoran dr infark kat otak kanan yg adik alami. Walaubagaimanapun doktor akan terus monitor perkembangan adik dan dikehendaki mbuat pemeriksaan lagi pd th hadapan.

Adik makan nasi ayam hainan Taman Melawati, Alhamdulillah berselera slps baik dr demam

Demam Bulan Mei


Isyfihi Ya Allah.. enta Syafi

"Panas duduk kat blkg ni, aircond bukak perlahan dek pon" , cakap Cik Da bila abah perasan badan adik yg terasa hangat semasa on the way utk mhantar Ayah Cik skeluarga ke LCCT pd tghri hari Khamis, 20hb Mei lepas. Namun begitu bila adik dah pindah duduk di depan dan bdn masih panas, baru lah terfikir kmungkinan adik demam ni. Lagi pon mak tok pengasuh adik maklumkan smlm bahawa ader bbrp org kwn adik yg demam, selsema dan batuk2 skrg ni.

Lantaran itu sampai2 je ke rumah adik terus je diberi makan ubat demam. "Adik cepat2 baik yer sayang, amin Ya Shafi.." . Alhamdulillah di kala ni adik masih aktif dan lasak bermain mcm biasa. Cuma bila tidur malam, sekali lg dpt dirasakan suhu badan adik yg agak panas. Kbetulan termometer kat rmh dah rosak dengan bacaan yang dah x tepat, so x dpt lar nak ukur suhu badan adik masa tu. Namun mujurlah malam tu adik dapat tidur dengan lena walaupun suhu badan panas. Cuma adik mnangis skjap2 tatkala dijelum air kat kepala dan sekali sekala ke seluruh badan.

Keesokannya adik x dibawa ke rumah mak tok mcm biasa. Sebabnya kesian mlihatkan kondisi adik yg mula merengek2, menangis dan duduk dalam keadaan yg serba tak kena. Syukurnyer adik tak dapat pakej tiga2 sekaligus, adik x selsema dan x batuk. Namun demikian adik akan muntah esp slps minum susu, mkn dan slps amik ubat pon. Mmandangkn bekalan ubat demam syrup paracetamol yg dibekalkan oleh Hospital Serdang masih ader byk botol, so adik x dibawa utk bjumpa doktor. Tengok lah.. lagipon baru smlm adik start demam. Tambahan pula keadaan adik nampak dah btambah baik bila mana adik bselera mkn nasi ayam Chicken Rice Shop yg dibelanja oleh amaja pd tghri Jumaat tsebut.

Walaubagaimanapun apabila didapati badan adik masih gak panas pd sblh mlmnyer, adik dibawa ke Poliklinik Penawar bdekatan dgn rumah sebaik sahaja selepas mhantar Amahja ke Hentian Kajang. Amaja balik kampung utk mhadiri kenduri akikah Baby Anas, sepupu baru adik.

"Ayah.. panas ni, tinggi sgt suhunya 39.80C. Ader nampak tarik2 tak? Apabila anak demam melebihi 390C, mereka boleh terkena sawan demam atau febrile fits" . "Takper ayah jgn bimbang, skrg sy bg satu suppository voren 25 mg (ubat bontot) untuk mengurangkan demam yer. Selain tu sy akan bg sirap neurofen, bg setiap 6 jam, kalau panas jgk bg setiap 4 jam sekali. Kena kerap buat sponging utk turunkan suhu badan. Ubat antibiotik pon kena amik, sy bg yg kuat ni, cuma perlu mkn sekali sehari".

"Doktor, anak sy makan ubat demam kul 6 ptg td, boleh ke bg lg ubat demam ni", just utk mntk confirmation dr doktor, yer takut2 overdose plk. Masa jumpa doktor tu dlm kul 8.50 mlm. Namun, doktor masukkan juga ubat tersebut. "Ayah, kalau anak masih demam gak hr Ahad ni, bawa balik yer, kita test darah. Anyway, ayah jgn risau lar, insya Allah ni demam biasa je.. memang skrg ni musim demam pon.." , pesan doktor semasa kami nak beredar dr biliknya.

Hari Sabtu keesokannya pon adik tetap gak demam lagi.. Cuma suhu akan turun selepas makan ubat, namun 5-6 jam kemudian akan panas balik. Tapi tak leh nak kata jugak, coz adik baru amik antibiotik sekali mlm td. Tunggu mlm ni pulak utk mkn antibiotik lagi.

Namun.. hati ni tetap risaunya ya Allah..

.. kerana keadaan ni mengenangkan semula kepada peristiwa menyayat hati yg blaku ke atas adik dlm bln Mei juga pada tahun lepas.

Dan kebetulan time tu ader kenduri kahwin amuje & amahsha dan amahsu & amusu. Manakala kali ni, kenduri akikah baby Anas, putera amuje & amahsha.

Ketika tu adik demam dengan suhu yang agak tinggi, mula2 adik dibawa ke Klinik Karisma, di Hentian Kajang. Selang dua hari kemudian, adik dibawa pula ke Klinik Penawar, Seksyen 16 kerana demam x kebah2 walaupun diberi antibiotik. Keesokannya adik dibawa ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah untuk dibuat ujian darah memandangkan demam dah masuk 4 hari. Di Az-Zahrah selain dr dilakukan ujian darah, x-tray juga dibuat utk melihat keadaan lung adik. Alhamdulillah berdasarkan diagnosis yang dilakukan, doktor cakap adik x kena denggi dan paru-paru juga clear. Cuma doktor ckp demam ni disebabkan oleh bakteria, so kena continue dengan antibiotik.

Namun bila masuk hari kelima adik masih demam panas yg tinggi menjangkau 38-390c, pd kul 2.00 pg 21 Mei 2009 adik dibawa ke Hospital Serdang dan dimasukkan ke wad 5A paediatrik selama dua hari dari 21 hingga 22 Mei 2009.

Selang 3 hari selepas discaj, demam kembali menyerang adik. Kali ini adik dibawa ke Klinik Az-Zalfah, Seksyen 4 Tambahan namun Dr Akmal yg mmeriksa adik mnasihatkan supaya dibawa semula ke Hospital Serdang. Pada jam 1.00 pagi 27hb adik dimasukkan kembali ke Hospital. Doktor menukarkan antibiotik setiap hari mmandangkan demam yg x turun2, sekalipun puncanya sudah dikenalpasti iaitu disebabkan jangkitan kat paru-paru (pneumonia).

Dugaan ke atas adik sampai ke kemuncaknya apabila pada 1 Jun 2009 keadaan adik mjadi lemah-selemahnya shingga x mampu utk bgerak pon. Doktor cepat2 melakukan brain CT scan yang akhirnya mgesahkan adik mendapat hemiparesis pd semua anggota badan sebelah kiri. Abah ingat lagi.. sbb mlm sblm tu abah yg mnemani adik di wad. Pd ptg 31 Mei 2009 adik boleh bangun dan ketawa2 kecil apabila abang dan kakak mengusik2 smbil buat kelakar. Kebetulan mak tok dan tok ayah pon ader dtg mlawat adik pd ptg tsebut. Sesungguhnya keadaan adik pd masa tu seolah2 mnunjukkan adik dah mula nak recover act. Badan dah x panas sgt2 mcm biasa, namun kaki dan tangan menggeletar kesejukan. Sentuh kaki dan tangan adik mmg sejuk mcm sentuh air di peti ais. Dan bila dirujuk dengan doktor, mereka ckp ok dan tak perlu risau.

Walaubagaimanapun bila pd belah mlmnya adik tidor semahu2nya, sehingga kan time nak bg ubat pon x nak bangkit, even x nak bukak mata, abah dah syak lain.naper ni dik?? Ya Allah.. biasanya mlm2 sblm, adik tido pon kat atas dokong abah. mrengek2... x selesa. abah refer dgn doktor, tp biasa lar doktor2 muda mana ader pglman sgt lagi, mereka just jwb tunggu esok bila doktor senior dtg, nanti bgtau kat they all sok.

Pagi esoknya ummi dtg utk tkr shift sbb abah nk gi kerja. Masa lawatan Dr Puteri , doktor pakar wad 5A pd jam 10 pg, ummi pon cerita ttg masalah adik spt yg dibrief oleh abah sblm tu. Dr check dan ckp ok jer dan x der per2. Namun bila doktor nak kuar dr bilik, ummi panggil doktor bila perasaan mata adik sblh knn lebih kecik dr kiri. Doktor check semula dan mula suspect something bad had happen. Dr Puteri amik hammer telescopic dan ketuk kat elbow and knee adik untuk check refleks. Bila mdapati kedua2nya di sebelah kiri x jerk as normal tu lar doktor arah supaya segera buat ct scan. Dan resultnya terdapat infarct yg besar pada otak sebelah kanan adik. Implikasinya adik mdapat strok pd anggota bdn sblh kiri.. Ya Allah besar sungguh dugaan dan ujian Mu utk kami Ya Allah...

Bila ditanya tentang puncanya, doktor x dpt nak sahkan, tp mrk agak disebabkan kuman paru-paru melompat ke otak. Sbab tu lar doktor tkr antibiotik yg cover paru2 dan otak. Alhamdulillah bila tkr antibiotik ni, demam adik dah makin recover. Bila adik dibawa bjumpa dgn Dr Ishak di Melaka pon, beliau ckp kmungkinan meningococcal infection. Cuma x der plak tanda2 adik kena sawan. Kalau ada simpton sawan, sure doktor dah awal2 lg bg antibiotik utk rawat meningitis. Lagipon doc2 check patients kat wad mmg kerap, x kurang dr 4 kali sehari. Mula2 MO check kul 8.30 pg, then doktor pakar plk dtg kul 10 pg, ptg dlm kul 3 MO plk check lg, kul 8.00 mlm sekali lg MO check.

Dek krn tu.. ia mnunjukkan bahawa kuasa Allah adalah jauh lebih besar bbanding dgn kemampuan yg ada pada manusia.

errrmmm... bila flashback terkenang peristiwa ni, mula lar mnistis air mata...

Oleh kerana tu, x nak peristiwa ngeri ni berulang, pd hari Ahad 23-5-2010, adik cepat2 dibawa ke Pusat Rawatan Islam An-Nur utk test darah. Alhamdulillah time ni, bdn adik dah x panas act, tp still on off demam. Masa doc check pon, suhu badan adik normal 35.60C. Result darah pon mnunjukkan tiada denggi cuma bacaan bakteria je yang tinggi 17.3, sedangkan ukuran normal ialah 12.0 . Doktor suh habiskan antibiotik yg diambil dr Poliklinik Penawar. Rawatan dgn Kak Raw di Gedangsa pon tpaksa postpone dulu mggu ni.. dan Alhamdulillah syukur ya Allah Ya Rabbal 'Alamin.. hari Selasa adik dah sihat sepenuhnya slps 5 hari demam.


amik darah kat An-Nur

Doktor dan nurse sedang mmujuk adik sambil amik drh

Tuesday, May 18, 2010

Speech Theraphy



Kesal jugak bila Ist temujanji terapi pertuturan untuk adik telah beberapa kali direschedule. Setiap kali ada jer hal lain pada tarikh appointment yang ditetapkan. Once postpone, tarikh baru yang diperolehi ialah 2 bln akan datang. Sebab tu walaupun doc issue referrence letter pada bulan Oktober 2009 lg, tp hanya pada 10 Mei baru ni jer adik dapat menemui speech therapist di Hospital Serdang.

adik, bila adik nak make use ur left hand as usual

sementara mnunggu tiba giliran

Adik menemui Acik Fariha yang examine, observe dan buat assessment ke atas adik yg pertama kali menemuinya. Acik Fariha cakap oleh kerana adik dah dapat menyebut lebih dari 10 patah perkataan, so dikira sbg boleh bercakap. Namun begitu adik tetap menghadapi masalah pertuturan kerana kanak2 pd usia 3 thn sepatutnya sudah dpt bercakap dengan menghasilkan ayat yang terdiri daripada tiga hingga empat patah perkataan yang boleh difahami. Dan berkebetulan masa tu, adik cakap " umi, nak cucu mi... ". Boleh la sebut perkataan dan ayat yg common mcm ni kot. Tp yg banyaknya, adik bcakap dgn bahasa yang x dpt nak faham.

kerja rumah utk adik

Untuk tu, acik Fariha bg 1 sheet exercise sebagai homework adik di rumah. Erm.. nak cakap apa? bukan beban.. tp skrg ni pon tgh bimbing abg yg akan sit his mid term exam dr 18 - 27 Mei. Manakala kakak lak akan menduduki ujian kelayakan kemasukan ke Tahun 1 di sekolah abang pd 29 Mei. So tang exercise adik ni, tunggu lepas2 ni lar yer. Lagipon next speech theraphy appointment ialah pada 20 Julai nanti.

Sebaik selesai speech therapy, adik gi set appointment date for vision examination kat eye clinic plak.

Thursday, March 18, 2010

Temu Janji Adik & Kakak di Hospital Serdang @ 160310




senyum dia, senyum saya.. pasni kena amik darah taw

Urusan paaaaliiing penting utk adik follow today is to take a blood sample in order to repeat thrombophilis profile screening. Sebenarnya appointment asal ialah pd 25 Nov las yer lg, namun mmdangkn adik dmm pd tarikh tsebut, ummi col paeds clinic utk tkr the date. Bagi mmudahkan urusan, sengaja ummi fix the date during school holiday. Tambahan pula v'all x balik kg cuti ni since tok mok pon ader di Bangi. Tapi.. tok & tok ki x der pon, hu.. hu..

Nurse yg amikkan appointment dah pesan kat ummi supaya dtg pg, b4 7.30 am. Ini kerana mnurutnya by 8.00 pg, sample tsebut akan dihantar ke Pusat Darah Negara by ambulance. Seram jer bunyinyer.. x dek pe2 lah, ni mrupakan prosedur ketat yg ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan utk mmastikan proses pengujian darah dpt dilakukan dgn kadar 99.99 % tepat. Iya lah byk kan dah tjadi kes2 human error dlm mgujikaji sample darah pesakit ni kan. Contoh yg selalu kita dgr dimana patient yg sihat walafiat boleh didiagnose sbg HIV dek kerana ttukar sample darah ni...

Untuk itu pukul 6.00am ummi kjutkan adik, kakak & abang utk bangun n mndi. tp mcm biasalah kakak & abang susah toooolllllll !! ummi mntak abah uruskan kakak & abg, manakala ummi pergi tlebih dahulu dgn adik.

Alhamdulillah adik agak ok & sporting sgt 2day. Doc yg amik darah plk doing her job very efficient and smart. X smpai 10 mnt adik dh siap amik drh sbyk 8 botol x 2.5ml.

seee, adik hero x nangis pon


Lagi sekali adik & kakak bjumpa dgn Dr Azyati yg best sgt2 tu utk temujanji kali ini. Yg syoknya.. masuk2 je adik dlm bilik doktor, Dr Azyati terus col ke Pusat Darah Negara utk btnyakan result darah adik. Kik .. kik.. abah & ummi ketawa smbil mntak maaf kat Dr Azyati dan mmaklumkan bahwa darah baru jer diambil 2day instead of 25 Nov 09.

Sebagaimana biasa Dr Azyati yg very nice, very kind, very friendly & kiut miut ni mnrangkan secara detail perihal kesihatan adik & kakak. Doc ckp adik ok, berat pon dah mningkat & perlu nak risau2 lg. he.. he.. berat adik 11.5 kg jer pon act. Cuma doc ckp paru2 adk masih bbunyi esp slps adk lari2. org athma, biasa lar tu.. Doc advise spy guna jgk inhaler biru instead of orennya.. "kalau boleh dua2 x nak pakai doc.. ", abah mjwb sndri dlm hati. Yer lar .. kalau dah tiap2 hari, pg & ptg kena sedut ubat tu, mesti ader side effect jgk tak ?? waLLahu aklam..

Dr Azyati jg check kakak and found ekzema terdapat di muka, pergelangan tangan, siku dan juga lutut kakak. Doc ckp ia biasa tjadi esp pd kanak2 lebih2 lg yg mghidap asma dan alahan. Untuk itu doc prescribe ubt losyen n krim utk kakak.

Selepas selesai berurusan di Paeds, ummi bw adik ke Rehab plak. Kali ni adik bjumpa dgn Dr Selvaraj. This was the 1st time got to see this doctor. He is new kot, sbb kat dlm org. chart pon masih lom ader namanya. Dr Selvaraj mnumpang kat bilik Dr Asy'ari or may be Dr Asy'ari has been promoted and transferred to another hospital. Dr Selvaraj pon very nice while make a check up on adik. Doc ty sama ada semua test dah dibuat slps adik kena strok tempoh hari. Ummi ckp eye clinic blom lg. speech dah, ent pon dah... Untuk tu doc wrote a referrence letter to the eye clinic to do a visual assessment for adik.

adik nak sleep ummi, jom ar balik..

Tuesday, November 17, 2009

PaED.ReHAb.fisio. occ. paed. fisio. OcC. rehab.paed. @ Hospital Serdang ..



Hari ni ummi kelam kabut ckt ng appointment adik kerana abah x leh gi pagi. Nak tanak ummi jugalah yg kena bwk adik. Cumanya ummi hanya leh kuar sekolah paling awal kul 11 . Ummi ckp x leh kuar awal wktu btugas, nanti kena amik cuti. Mana da lagi cuti ummi? Absolute zero ! ..wa..wa..wa...

Tengah2 kalut bsiap nak kuar, amana sms " lambat lg ke Kak Ti ? Adik, kakak & abang dah lama get ready, smp boring semua dh ni, tunggu lama sgt .." Ummi lah yg mintak tolong amana siapkn adik, kakak & abang. Act kakak pon da apment gak ng doc pediatrik hr ni.

Lebih kurang kul 11.30 kami sampai spital & trus ke kaunter pdftarn. Alaarrr ... ummi lupa! Lupa lak nk bwk GL utk kakak. Mujurlh pgwai kt kaunter tu ckp "nanti puan bwk next apment yup" Terima kasih byk2 yoorrr...

Kemudian lepas tu, move ke klinik paed. Misi ckp nti timbg ank ye.. yelh... rutin biasa da... Mula2 kakak timbang lu 18.5 kg weight & 107.5cm height. Time test blood preasure, ngada2lh plk kakak ni, mula2 geli bila balut kt lengan kiri,tp bila benda tu makin mngembung n ketat ckp sakitla, sakitla, x duk diam, so kena amik 2X. ha..ha..ha "padan muka kakak", abg ckp.

BERAT adik plk turun lg lar 2 gm jd 10.4kg & tinggi 87cm. Igtkn bila dh tukar susu mahal ni, makin naik timbgan adik. Tp tidak jugek nmpknya. Tp heran gak ar.. Adik tiap2 hr mkn kek, selesai la satu slice. Hinggakan kena sentiasa ada spare stok kek dlm peti ais . Nanti x kira masa adik kan mintak "mi kek..." . ummi plk jd kek. Kekek ..he..he..he...

X lama kemudian.. iesh x lama? lama lar tunggu, main2 sampai boring, baru lar tiba giliran adik & kakak utk see doc. Bilik doc no 12. Ingat... jangan silap sebut, bukan Tower 13 yek.

Kami rasa hepi sgt bila tengok senyuman doc yang menyambut kami dengan manis sekali. Doc ni mlayan sungguh. Ckp pon sopan sgt .. Patut lar duduk kat paediatrik. Sangat sesuai kerana beliau mmg suka pd kanak2. Dr Azyati mula2 cek kakak lu. Kebetulan kakak dh 3 hr btuk n slsema. Dr Azyati pon test stetoskop dgr paru2 kakak. Doc bgtau adar bunyi ckt kat paru2 seblh kanan kakak. Ada lekuk kt tgh dada lak shows that kakak tarik nfs kuat2 mcm orang x cukup nfs agaknya. cm2lh kalau orang sakit asma. so doc suh kakak amik inhaler biru ventolin 4 jam skali, utk 1st day, 6jm sekali utk 2nd day & 8jm skali for the 3rd day. Bila dah pakai inhaler, jgn lg nak amik syrup ventolin,nanti overdoz lh plk!

Selepas tu, turn adik plk. Adik nk sit kt krusi kid tepi meja Dr Azyati. masa ni lar abah tiba tepat pd masanya kerna adik x leh duduk diam langsung. semua brg & peralatan Dr Azyati nak diusiknya.

Abah tanya doc bkenaan dgn result darah adik yg dihantar ke Pusat Darah Negara, awal Jun hari tu. Ini kerana Dr Hasrulaini tempoh hari bagtau result dah ada dan hanya tunggu fax dr PDN. Dr Azyati check throuh the system, but the result still not come in. Doc amik iniasiatif utk cal PDN dan got the result via phone conversation. Aaaarrr .. x syok arrr.. semua ok, Alhamdulillah. tp result yg sama jgk shows that ada protein S deficiency. Dr Azyati intercal bos dia, Dr Rohaiza utk mintak opinion. Dr Rohaiza suggest spy adik repeat screening utk reconfirm, sbb deficiency tu mgkin blaku krn time amik sample tu, adik x sihat, sbb inffection.

Cian adik kena amik darah lg. Tp bukan hari ni. Kena dtg 25hb Nov mggu dpn kul 8 pg. Masa tu cdg dah nak cuti raya haji kan ??


Alarr.. mana Dr Azyaty? kalau tak boley bgambar kenangan

Kul 2 adik cont. exercise fisio plk ng Cikgu Hamidah. Manakala Ummi balik smula ke sekolah utk siapkn kerja & punchcard kul 2.30pm.

Masa kat bilik fisio, Dr Baha Rehab Specialist dtg nak tgok progress adik. Doc ckp let adik play at his own. Just leave him playing.. No need to force adik or what else. Doc quite heppi dgn pkembangan yg adik tunjukkan. Doc ckp dont ask for any supporting equipment like splint or what so ever to be worn by adik. No need.. no need, he repeated twice.

Slps punch, ummi dtg balik hospital & 2gu turn utk wat occ ng Cikgu Zurianti. Abah & kakak lak balik rumah, ckp nak tido..

buai.. buai... bawang putih, bawang merah

Hr ni Pn Zu ajak adik main swing. Canggih btoi buai ni. tujuan buai ni ialah utk merilekskn otot2 adik spy x rasa terpksa buat aktiviti utk gerakn tgn, jari2 & kaki kiri adik. Pn Zu hayun laju2, adik slmt krn ada kerusi khas & seatbelt dlm buai utk memastikn keselmtn pgunnanya. Mula2 kaki knn adik lju je thayun2,Pn Zu nk tengok kaki kiri adik pon bgerak sama cam sebelh kanan tak. tp pgerakan kaki kiri kurg benar dr kaki knn. lps tu Pn Zu main pupet lion, zirafah, ular ng tgn kiri adik. adik cm biasalh kalu org pegg tgn tu, mrh & tarik serta sorokkn tgn kirinya tu. Kemdian Pn zu ambik 1 blok kcil pjg & mskkn dlm genggaman tgn kr adik tu sambil acukn pupet2 tu..lama2 adik seronok main smpai cm lali nk tdolh plk...

Kemudian Pn Zu mintak abg main ng adik pmainan yg boleh cabut n letak balik cm gmbar kt atas tu. Pn Zu pgg tangan kiri adk n ltk c2 n suh adk amik kemudian dia gosokkn blkg tpk tgn adik utk kuarkn mainan tu dr genggm tgn kr adik,tiba2 leh jatuh jgk buat cara tu rupanya...

Dh siap main kt sini, adik di bawa ke bilk bola. apa lg ummi lepskn adik spy dia pjt tagga & terjun masuk dlm kolam bola kgemaran adik ni, woo... sronoknya adik.Kemudian bummm... abg terjun sama utk tmnkn adik buat aktiviti dlm tu. Bila dh pnt adik mulalh mjerit nk kuar, tu pon psl abg baling byk2 bola kt adik, eeii..geramnyer adik....adik baling jgk bola pd abg,tp kuat mn lh kederat adik nk m'alahkn abaaangg...

3 Dec nati, Puan Zu nak bg splint kat adik. nk kena buat splint kt ibu jr tgn kirinya yg slalu myorok dlm gengman. Dr Baha x bg buat. Tp bila ummi mintak tolong Puan Zu, beliau ckp ok lah. Namun Puan Zu ingatkan, doc boleh kesan jika org tu pakai splint atau tidak.

Monday, November 9, 2009

Miracle mjadi kenyataan - Azan Adik




"Alla.. bak (Allahu akbar).." , sungguh tsentuh psaan ummi tatkala mlihat adik brupaya mgangkat tangan kirinya sampai ke paras telinga, sambil mlafazkan kalimah tauhid. Kebetulan ptg tu, hr Khamis 22hb Okt adik Muhammad sdg mgumndgkn azan asar @ Oasis. Oooh .. syukur Alhamdulillah, ini satu progress yg sgt positif.

Lafaz syukur tak lekang dibibir apabila ikhtiar2 rawatan yg adik telah jalani stakat ni dah byk mbntu dlm mmulihkn semula adik dari sakit strok. Hari2 adik dirangsang & stimulated by amaja & amana yg jaga adik. Ini lar yg dikatakan sbg power of touch and stimulation theraphy.

Paling tbaharu adik mdapat rwtn dgn Kak Raw di Gedangsa. Adik berulang alik sejauh 260km pergi dan balik ke sana pada setiap hari Sabtu.

Terdahulu drpd ni adik bbrp kali berurut dgn En Shamsul, seorg fisioterapis medic massage di Bandar Putera, Klang. Adik jg pernah sekali brurut dgn Mak Ngah di Bndr Baru Slyg Fasa II.

Paling awal ms mula2 kuar Hosp Serdang 5 bln dahulu, adik mdpt rwtan body health (terapi elektrik) di klinik Dr Ishak di Melaka. Di sini lar adik kena start minum neuro food yang dicampur dlm susu sebanyak dua kali sehari. Adik jgk dipaksa rela minum susu alpha lipid dan jus harmoni pd setiap pagi. Dek kerana jauh, Dr Ishak mengesyorkan supaya adik mndpatkan rwtan body health di Bodi Harmoni, Subang Perdana. Sehingga stakat ini adik dah menjalani 15 kali terapi dan adik masih ada baki 15x lg sesi yg perlu diikuti.

Manakala dr segi kerohanian pula, adik mndapat rwatan dr Untie Suha sepanjang adik berada di hospital semasa kritikal sampailah sekarang. Antie Suha juga tolong mendapatkan rawatan jarak jauh daripada sahabat2nya di sebuah pesantren di Indonesia. Selain itu adik berubat dgn Bro King dari Cheras. Adik jgk berulang ke Darul Syifa' Bangi & Syifa' Hidayah di Gombak. Masa adik masih lg kat hospital, mek tolong adik dgn mdaptkan rawatan jrk jauh dr Tok Ayah di Mulong, Kelantan.

Semasa blk kampung smpena cuti raya aidilfitri bru2 ni, adik mndpt treatment dr Pokcik yg doa & buatkan air penawar. Pokcik juga urut2 tgn & kaki kiri adik btujuan mrangsang urat saraf bhg tsebut.Pokcik juga syorkan adik minum satu sudu teh madu asli dan satu sudu teh minyak zaiton pagi2 lps bangun tdo (kalau boleh 4jam b4 b/fast) untuk pulihkan saraf. Kawan ummi plk ckp minyak zaiton + sedkt perahan jus lemon baik untuk pecahkan kolestrol. Ummi suh abah buat, abah bo layan je...sampailah hari ni!

Di samping rwtan2 berkenaan, adik tetap gak konsisten mghadiri appoint doc Paed & Rehab serta terapi baik fisio @ occ di Hosp Serdang.

On top of that doa dan harapan dr abah, ummi bserta sentuhan gurauan kakak dan abang, doa tokmok, tok, tokki, semua ammu-ammah dll byk mbantu dlm mmulihkan semula adik, insya Allah. Amin ya Allah ...... & terima kasih semua ...

"Adik, kami nk lihat adik boleh buka ibu jari yang selalu menyorok dalam genggaman keras tangan kiri adik ", desak Ummi yg selalu mintak adik thumbs up 'good'/'best' dgn mggunakan ibu jari tgn kiri, namun adik belum mampu lagi utk melakukannya. X pe dik ckt2 ye...tapi adik mesti janji 1 hari nanti adik akan berjalan normal mcm dulu & tangan kiri adik dpt bfungsi dengan sebaik2nya. Ummi & abah x nk adik berstatus OKU sampai besar nanti kay. Adik lahir ke dunia ini dalam keadaan sempurna.

Biarpun smsa mgandungkn adik, ummi tpaksa mbuat check up di hosp. instead of klinik krn doc mgatakn kndgn kecil. Walaubagaimanapun disebalik masalah ni, adik tetap ok je. Adik x der mslh smsa kelahiran. Adik pon lahir lebih awal smgu iaitu pd mgu ke 39 kandungan. Adik selamat dilahirkan ke dunia ini pada hari Jumaat, 30 Mac 2007 kul 12.51pm. Berat adik masa dilahirkan ialah 2.73kg.

Pada masa tu ummi brada sorang2 jer di samping seorg misi yang myambut adik menjengah ke alam ini buat pertama kali. Mana abah ? Semasa bawa ummi ke Hospital Serdang utk admission, abah bwk seme kakak & abg. Asalnya doc adviced supaya ummi admit awal coz masa checkup sblm tu doc dapati air ketuban hanya tinggal sedikit. Keadaan ini bahaya utk baby (adik) dlm kndungan dan doc bcadang utk induce. Tp telah ditakdirkan untuk adik ’keluar’ lebih awal since doc yg mbuat checkup ms admission mgesahkan bahwa the cervix starts to open up by 4cm.

Lantaran tu, hanya slps 1 jam mendaftar masuk hospital, Ummi dah boleh masuk labour room kul 12 lbh ckt. Tp mslhnya, cmner abah nk accompany ummi bsalin ? sape nk jg abg & kakak ? So tpksalh abah blk smula g hntr they all ke rmh mak (pengasuh adik & kakak). Apabila abah dtg blk hospital, ummi dh selamat delivered the baby. So abah dah boleh terus azan dan iqamah kan adik.


Memoir adik dulu-dulu




Tuesday, October 27, 2009

Rawatan Kali Kedua (24/10/09) Dengan Acik Raw di Gedangsa


Pagi ni kami bangun awal sikit dalam kul 3.30 am. Ummi sediakan nasi goreng sardin & telor mata utk buat bekal. Abah lak masukkan brg2 dan angkat kakak dan adik yang sedang nyenyak dalam keta. Abang kena ler bangun sendiri sebab x der sapa larat nk angkat. Juara angkat berat light weight dunia boley lar nak angkat abang kot ...

Kul 4.10 am kami bertolak melalui laluan biasa dan tiba di plaza tol Jln Duta kul 4.43am. Keadaan cuaca yang amat baik memudahkan perjalanan dan kami smp tol Behrang kul 5.20am. Dari tol Behrang ke rumah acik Raw mengambil masa lebih kurang 15 minit, kul 5.35am kami dah sampai...

Laa... nape tiba awal pon dpt no 15 ni ?? Ish! ish!... Dah tu plak, ramai org yg sedang bgotong royong masak2 dpn rumah Kak Raw awal2 pg ni?

Oo.. lupa larrr... hari ni ada jamuan raya khusus utk kanak2 OKU.

Lepas ambik no, kami trus patah semula ke msjid utk solat Subuh. dh siap semua, kul 6.30am kami g smula rmh acik Raw. Ummi tolong ckt2 org buat kerja utk jamuan, tolong potong lemang & ketupat segera jer... jadilar...

Kali ni ummi berkesempatan utk buat rwtn minda kul 7.35am. Ummi kena balut kepala selama 4jm jgk mcm adik,sebab ummi buat tu kerana ummi selalu je skt kepala. Ini sebagai salah 1 usaha ummi...Masa tunggu 4jm tu,tuhan je yg tahu...berdenyut2 kepala ummi, rasa mual nk muntah pon ada, lg 1 asyik sendawa jer. Padan pon,acik Raw ckp dlm perut ummi ada angin. Maklumlh dh tua & mkn pon x berpantang lgsung, sejuk pns seme sapu...


Dua mumia

Adik plk kul 12.45 baru dpt rawatn iaitu selepas selesai bacaan doa selamat utk mjlis hari tu.. amin... semoga semua yang berhjt & buat kenduri tu dimkbulkan doa. Terima kasih pada semua, kami dtg mkn je... sebab tu selepas selesai rawatan kami trus balik, x pyhlh tunggu cabutan bertuah, sebab kami x bwk apa2 pon... ummi ckp, kalau kami dpt cabutan tu pun, ummi nk bg kt acik Raw jer. he..he..hee..


Selamat hari raya ....


Cabut awal tak tunggu majlis selesai ...

Setelah selesai, kami x blk trus rmh kerana pegi IJN nk menziarahi amah sha (wife amuje- adik abah). Sebagai buah tangan, kami beli buah manggis yang dijual kat Gedangsa. Harga murah sungguh nak compare kalau dibeli di pasar malam kat area Bangi ni. Dan berkebetulan pula amah sha mgidam nak mkn mangga lemak, abah pon pi la singgah kat pasar Chow Kit untuk tolong belikan...


Pic adik bersama amuje & amah sha


Kul 7 pm lebih kami balik. Fuh! penat sgh hr tu..malam seme tdo awal. Esoknya ummi rasa sakit habis seluruh badan ummi terutamanya peha & kaki macam orang pegi mendaki bukit sambil berkawat kaki. Agaknya ni kesan rawatan semalm kot.

Kalau ummi balut kat kepala pon dh rasa cmni, adik yg balut seme bdn?!! Camner ?? Sian adik...tp sebab kami kesian kt adiklh, maka adik kena buat rawatan utk sembuhkan strok adik ni, jgn adik besar besok.. sedih tak sudah2 ...

Igt pesan Pn Hamidah, fisioterapis kat Hospital Serdang, "mak ayah nk dengar adik menangis sekarang ke ? atau mak ayah nk nangis nanti bila c adik besar dlm keadaan x sempurna ?"

Friday, October 23, 2009

Lagi appointment Rehab kat Hospital Serdang



Bulan Okt ni byk tul appointment yang perlu adik hadir kat Hospital Serdang. Ikut schedule, adik sepatutnya jumpa rehab specialist pada 13hb. Syukur ia telah direschedule kepada 20 okt. Bgitu jgk dgn appoint. kakak dkt paed yg asalnya pd 6 Okt, telah ditukar pd tarikh 20hb yg sama. Kali ni adik x dpt jmpa Dr Baha, tp jumpa M.O perempuan yg namanya ummi tak tanya pon. Dr. berbelah bahagi nak bg finger splint utk adik atau tidak. Tp alih2 Dr kata x payah pakai splint dulu, tunggu pkembgn seterusnya shingga next appoint pd 19 Jan next yr. Doc ni juga prepared a referrence letter utk adik but speech therapy plk. Gulp!! tambah 1 lg terapi nmpknya, instead of fisio & O.t yg currently adik x pernah miss to attend.

Manakala pd 22 Okt adik hadir sesi fisio & O.t untuk x ke brp, x ingat dah .. kedua-duanyer tetap ulang aktiviti yg sama spt sblm2 ni. Apapun, adik nak sihat... nak pulih dr strok spenuhnya, adik must follow all the procedures & techniques that has been taught by the physiotherapist dan occupational therapist.


aktiviti dlm sencory room


penat slps menjalani sesi occ


Following are the next adik's appointment to be undergone :-


  • to collect inhaler at pharmacy on 27 Oct in the morning
  • paed on 17 Nov, 8.00 am
  • Occ & fisio on 17 Nov, 2.00 pm
  • Speech therapy on 7 Disember, 8.30 am
  • rehab on 19 Jan 2010, 9.30 am




Friday, October 2, 2009

Appointment Di Hospital Serdang



Adik hadir temujanji dengan paed, fisio dan occupational therapy di Hosp Serdang pada 28 Sept 2009. Hari ni hr Isnin di mana ummi mula bertugas selepas cuti panjang sempena hari raya. Abah pulak take xtra 1 day cuti btujuan bw adik utk appoint doctor. Kul 5 pg smlm kami baru smp dari kampung slps btolak jam 10 mlm. Abang jer yang belum dtg sbb nak teman amaja & amana yang dijadualkan dtg pd pg 28hb.

Abah bertolak ke hospital lewat sedikit iaitu pada jam 7.50 pagi selepas selesai menguruskan kakak ke tadika. Jadi, sampai di hospital pon dah agak lewat iaitu kul 8.30. Org agak ramai di bah pendaftaran dan adik dapat no. 1050. Giliran pada masa tu baru no. 1009.


Saper suh adik datang lmbt, tunggu arr..

Sebaik selesai mendaftar, abah terus bawa adik ke klinik paediatrik dan kat sini adik dpt giliran ke-14. Adik pi timbang dan ukur ketinggian. Berat adik masih maintain x naik2 bbanding temujanji sebelum ini iaitu 10.6 kg, sebelum ni 10.5 kg. X tahu dah nak wat camner, x naik2 berat adik. Padahal adik dah start minum pediasure. Mkn pon byk. Tinggi adik lak 88cm.

Sementara mnunggu giliran bertemu doc yang semestinya lambat lagi, abah pon bawa adik untuk occ.terapi terlebih dahulu. Appoint sbetulnya pada pukul 2.30 ptg, tp Alhamdulillah tiada patient utk jam 8.30 pagi. Kbetulan lak tu Kak Wan di klinik Occ tengah call patient utk cancel kan temujanji pada hari ni memandangkan Puan Zu emergency leave 2day. Adik lak smp sblm terima call Kak Wan. So x kan dia x nak buat kan? mmdgkan adik dah dtg.. So dpt lar adik buat terapi lebih awal bermula jam 9.00 pagi. Kak Wan mntk tlg Puan Ayu untuk buat OT adik bersama2 dengan dua org lagi pelajar praktikal.


Waa.. waa.. bukek, bukek bandage ni

Puan Ayu ni cantik & lembut orangnya. Tp... tegas nyer bukan main, mintak akak2 praktikal utk bandage tgn kanan adik dari awal2 lg. Adik... aper lagi... nangis spanjang2 sesi terapi berjalan. Puan Ayu pesan kat abah, mesti bandage tangan kanan adik kat rumah, kalau boleh spanjang masa pon x per. Menurut Pn Ayu, x der cara lain nak encourage adik use his left hand selain dari cara ni. Kalau org besar, x per, boley faham. Tp kanak2 mcm adik, susah ckit..Next appoint ialah pd 22 okt, 2.30 ptg.

Sebaik selesai, kami terus bgegas ke paed blk, dan ms tu baru gliran ke 11. Tggu dlm ms lbh krg sjam baru dpanggil see doc. Doc kali ni x pernah jmpa. Ni baru 1st time jmpa dia. Dia bgtau nama, tp abah x dpt catch. x kan nak tenung pass nama doc kot, x sopan lak. Doc ni very concern dgn blood test yg dhantar ke pusat darah negara yg masih belum return. Dia cal follow up & akhirnya dimklumkan bhw result dah ader & akan fax by this afternoon. So, doc ckp kalau perlu, dia akan col abah, tp kalu x der apa2, tggu next appoint lar, ty balik ng doc masa tu.

Abah amik ksempatan tnjuk kat doc. ruam yg agal tebal, merah kat bontot adik. Doc ckp kena pakai crim pelindung kulit yang mengandungi zink oksida spt calamine. Selain kena guna pencuci spt sebamed masa mandi. Econozine mcm krim mutiara yg adik guna tu utk jgkitan kulat, x sesuai utk napkin rash . Doc ty, abah nak ke calamine, dia nak order. Tp abah ckp ready stock dah byk. So doc just suh smbung inhaler oren (fluticasone propionate) jer. Next appoint ialah pd 10 Nov, 8 pg. tp adik kena amik inhaler kat farmasi pd 27 okt. Aper lar dorg x bg 2 terus???

Habis2 tu adik dibawa plk utk sesi fisio jam 11.30 pg. Tserempak kat pintu dpn dgn Pn Hamidah. Dia ucap slmt hr ry kat adik & mklumkan dia kena bg talk kat hosp sg buluh ptg nnti. So dia mntak pelajar praktikal utk jalankan fisio utk adik. Kat fisio ni, mcm biasa lar.. adik main mainan. Next appoint ialah pd 22 okt, 3.30 ptg.

Baru best main...


Adik kena panjat gril kat rmh nanti...


Mlihat kpd appoint2 adik ni, agak pining ckit ni :


29 Sept - lps isyak, appoint adik kat Syifa' al-Hidayah (abah dah col Hj Lokman, bila2 hari free nanti baru pegi)

6 Okt - 8.00 pg, appoint kakak kat paed
13 okt - 11.30pg, appoint adik kat rehab specialist, Dr Baha
22 okt - 2.30ptg adik ot, 3.30 ptg adik fisio
27 okt - inhaler oren adik kat farmasi
10 Nov - 8.00 pg, paed adik

6 Oct - 13 Nov - abah kursus QA kat Intan Bukit Kiara




Tuesday, September 22, 2009

BERAYER KAT RUMAH TOK DI TEGANUNG


1 Syawal 1430H merupakan giliran adik & keluarga berayer di rumah tok & tok ki kat Teganung. Ummi cakap, dah 2 tahun berturut2 kami berayer kat Kube' Keriye'. Maner aci... asyik rayer di kampung aboh jer :-p

Pagi2 lepas sahur 29 Ramadhan kat rumah Tok Mok di Kube' Keriye', adik, kakak & abang dah diangkut ke keter aboh. Kami mengantuk gi arr.. iieee!! aper lar abah & ummi ni. x boleh nak sabar2 doh.

Kurang 2 jam perjalanan, kami dah selamat tiba di Kampung Padang Air, Kuala Terengganu i.e. kampung kelahiran ummi. Tok, tokki, poksu, mokja, mokna, pok pi, 2 org sepupu adik iaitu kak nurul dan adik lokman dah siap2 menanti ketibaan kami.

Allahu akbaru-lLahu akbar Allahu akbar
Laa ilaa ha illa-lLahu wa-lLahu akbar
Allahu akbar wali-lLahil hamd

Sebelum pergi solat hari raya, kami semua makan nasi dagang dan nasi arab yang tok & mok ana masak. best taw... makan & minum.. banyak sungguh makanan. kami juga bersalam-salaman dan bermaaf-maafan di pagi raya.

Ummi dokong adik pi solat raya kat surau depan rumah tok ki. Mula2 nyer adik ingat abah nak bawa adik pi surau bersama-sama dengan kakak & abang. Tapi tak... abah tinggal adik. waa... waaaa... nangis lar adik.

So.. adik nak gak pi surau. adik nak dokong ng ummi. Masa kat surau, adik x boleh duduk diam... bjalan sana sini, kadang2 mlangkah jemaah yang sedang bertakbir. Bila ummi pegang dan mintak adik diam, adik x dengar cakap. Dan... apa lagi... adik kena cubit lar . Waaa. waaaa... waaaa... adik nangis time imam nak mula solat. Tok ki tanya abang, bunyi mcm suara adik jek nangis tu... iyer ke adik tu? :-)


Bergambar di pagi Syawal

Adik pergi surau dgn ummi

Selesai solat, kami pon mula menziarahi sanak saudara, bermula dengan rumah mak2 saudara ummi iaitu rumah tok dor, tok teh & tok wer. Sebuah2 rumah memakan masa yang lama coz sepupu2 ummi yang tinggal di Perlis, Johor, Pahang & KL pon balik raya juga. Panjanglar masing2 bertanya kabar & bercerita. Iyer lar... setahun sekali baru dapat jumpa. Citer paling top ialah tentang kesihatan adik. Ummi pon perjelas lar kat dorang, bagaimana dari mula adik demam, dimasukkan kat Hospital Serdang, sehinggalah kepada bagaimana adik dapat strok.

Masing2 doakan supaya adik cepat sembuh dan kembali kepada keadaan adik sebelum2 ni, insya Allah.

Masa kat rumah tok wer, ayah cik (adik ummi) col mok ja, utk bagitau yang saudara mara kat pantai, ramai2 datang beraya di rumah tok. Jadi, sebaik selesai beraya di rumah tok wer, kami pon balik rumah dulu utk beraya dengan awok2 tu semer.. Lok gak lar balik nyer, adik pon dah penat sangat2 ni... dapat tidor semetar pon molek ni...

Qailulah sekejap ...


Kakak pon dapat lar relax jugak

Lepas solat Zohor kami pg pulak berayer di rumah Ayah Cik. Ayah Cik baru jek dapat baby, anak kedua. Cik Da bersalin 7 hari sudah. Baby yang ni pon girl jgk. So Alya tak lar keseorangan skrg ni sbb dah ader adik.

Sesudah beraya kat rumah Ayah Cik, kami pi pulak ke belah pantai (tok nyang adik sebelah tok, tinggal di Pantai Telaga Daeng, Seberang Takir, Kuala Terengganu). Mula2 beraya kat rumah nyang Tok su Mat, kemudian ke rumah toknyang, rumah tok teh, tok cik Dah dan tok cik Ani. Akhir sekali kami berayer kat rumah ummi Han (adik ummi). Kat sini sonok taw.. adik, kakak, abang dan sepupu2 i.e. abg ahmad, abg fatah, abg faris & adik fawwaz, kak nurul dan adik lokman bermain bunga api.

Adik bergambar bersama
sepupu, Fawwaz


Lok-lok cucuh colok tu, abang


Wednesday, September 2, 2009

Fisio dan Occ Terapi kat Hospital Serdang

Pada kul 2.30 petang 2 September adik ader appointment fisio dan OT kat Hospital Serdang. For this time intentionally abah dan ummi prefer to make it in the afternoon in order to avoid from taking leave. Lagipon appointment utk kali ni hanya utk fisio dan Occ theraphy jek. Kalau sebelum2 ni, mmg kumpul byk2 sekali... paed, dietician, ENT dan rehab. That's y aboh got to take leave since it will spend one whole day to undergo all the process.

Tapi kan sebelum pi appointment kan... nak tau tak? pagi ni suddenly badan adik naik merah2 mcm adik kena 'gegate'. Ni istilah org luar. Kalu oghe Kelate demo panggil kena ludoh ke hantu. he .. he.. Macam-macam... Amaja pon tepon aboh & ummi bgtau pasal ni. Ummi x dpt balik sbb ummi ader kelas. So dalam kul 12 thr abah pon balik dan adik di bawa ke klinik karisma di Hentian Kajang. Doktor Azilah yg check adik, bagitau it was just a rashes disebabkan allergik je. So Doc pon bagi krim gatal calamine. Monolog abah : "kalau setakat calamine, kat rumah pon dh ader doc. X yah lah bg lg.." . Tp itu lar x terkeluar kata2 nak bgtau kat doc. So tpaksa lar amik jugak.

Sebelum bawa adik ke hospital, krim calamine disapu ke seluruh badan adik. Nak elak dari adik garu-garu dengan kuku. Doc kata allergic kulit macam ni boleh berjangkit kat badan pesakit tu sendiri dengan cara menggaru. Alamaknyer adik ke Hospital dengan badan bertompok2 putih disapu calamine....

Dalam kul 2.20 ptg ummi, abah dan adik sampai di hospital. Walaupun petang, agak susah gak nak cari parking. Terpaksa lar abah parking keter kat atas padang dan kena bjalan jauh lar sikit. Abah pi ke kaunter farmasi untuk ambil inhaler oren kakak. Manakala ummi terus bawa adik utk buat Occ/OT. Puan Zu mmg dah siap menunggu adik. Bersamanya Kak Wan dan 2 org akak yg buat praktikal. Aktiviti pertama adik utk ptg ni ialah dicampak ke kandang bola. Sebelum tu .... nak tau tak? tangan kanan adik dibandage :-( uuhhhhh!!! adik dipaksa main bola dengan tangan kiri. bila jatuh, nak bangkit kena guna tangan kiri gak. Adik mmg x syok sungguh.... moody & garang semacam jer.. "bukek, bukek" adik ckp smbil unjukkan tgn kanan.

Selang 20 minit, adik diajak main aktiviti kedua. Colouring menggunakan left hand. Akak2 yg buat praktikal cat tgn kiri adik dan cop kat kertas putih. Aktiviti ni pon adik x excited nor participated sbb tgn kanan kena bandage. Puas akak2 pujuk, tp adik buat x kisah pon... Pastu adik dibawa ke bilik Puan Zu dan diberi byk mainan. Kali ni bandage dah dibukak. baru lar adik sonok main... tp dgn tgn kanan jer lar. adik.... adik kena guna tgn kiri adik, dont ignore it, adik....

Sebelum beredar, Puan Zu pesan kat abah & ummi mintak selalu buat stretching tgn kiri adik sbb katanya ia nmpak benar stiff.

Habis OT, adik pergi ke bilik fisio plak to see Pn Hamidah. kat fisio pon ader 2 akak dan 1 abg yg buat praktikal. So abg & kakak2 ni lar yg layan adik main. adik panjat, naik and turun tangga... main cantum2 cylinder magnet, naik basikal, kereta dan mcm2 lg. Dlm pd tu Pn Hamidah pi panggil Dr As'aari utk check tgn kiri adik. Pn Hamidah had a same opinion as Pn Zu. Tgn kiri adik stiff. Pn Hamidah nak mintak Dr bg adik pakai splint. Tp bila Dr As'aari check adik, dia kata adik x perlu kpd splint. Tangan adik bukan stiff, cuma nampak keras sbb otak adik x dpt control pergerakan anggota bdn bhgian kiri. Doc mintak abah dan ummi bandage tgn kanan adik 4 jam sehari esp time main....

Arround 4.00 ptg adik selesai menjalani terapi dan next session is fixed on 28 September nanti. Alamaknya abah tpaksa cuti lg coz hr yg sama adik ader appoint dgn paed.

Thursday, August 13, 2009

Adik Pon Ngikut Majlis Merisik Amumi

Hampir smiggu blog adik tak diupdate. "abah .. abah tulis lar per2 pon kat blog adik", abang cakap kat abah. "abah x sempat lar.... abah attended workshop awal minggu ni. dan dlm pd tu, abah pon sedang ngejar masa utk update proposal abah. tarikh tutup 28 Ogos ni dah. Proposal lak masih hampeh.."

Orait apa progress adik sehingga setakat ni?? Physically, mcm x nampak any significant progress pd adik within this week. Come on adik.... go.. go.. go.. prove to us that adik can recover!! insya Allah. Make use ur left hand dik & betulkan cara adik bjalan. Abah & ummi siang mlm pakat2 doa utk adik, amaja pon doa sungguh2, amana pon setiap masa, abang & kakak pon, tok mok lagi lar x putus2 zikir, doa utk ksihatan adik. Kami semua solat hajat, puasa & doa mohon pd Allah utk rawat & pulihkan adik back like adik used to be.

Nak tulis per yer??? haaaa citer amumi......

8 Ogos ... 08.08.08 ish!! 08.08.09 lar. ini lar tarikh amumi merisik amah iza. Adik pon ikut taww. Abang & kakak pon pakat pi sama. Majlis ni buat kat rumah Pak Tam, pak menakang amah iza di Seksyen 7, Shah Alam. Parent, pak2 & mak2 menakang serta adik beradik amah iza semuanya pakat mai cni. Depa asal Sik. Tp demi nak mudahkan majlis, depa turun ke Shah Alam. Terharu rasa amumi & family belah amumi. Terima kasih noi semua2. Abah ada tanya kawan abah yg asal Kedah, kalu lagu ni, orang utara panggil majlis merisik jugak kar? Patut2 nyer kena pakat pi Sik la kan.

Majlis deserved to be begin at 10 in the morning. But because of abah yg lewat siap, perjalanan pon mula lewat. Dari Bangi bertolak kul 9.30 am. Mana nak sampai sharp at 10. Masam amumi marah kat abah. Bila sampai sana, berlakun lar rombongan belah laki mintak maaf byk2 noi sbb lewat. Kik kik kik....

Adik aktif sungguh, bjalan kuar masuk kat rumah pak Tam. Depa pakat tanya, ni kar anak yg sakit masuk hospital tempoh hari. Amah Iza yg bagitau kot noi. Kalau tak, mana depa nak taw. Amah iza visited adik twice masa kat Hospital Serdang. Yang syoknya, masa tgh2 bincng, nak tetapkan tarikh pertunangan & majlis walimah, adik pi rebut pen ayah amah iza. Nasib 'atok' sporting, hulur pen kat tgn then bagi adik pegang. Errmmm ... bukan takat pegang, tp adik siap conteng kalendar Zakat Kedah.com tu... Ayah amah iza & depa semua pakat puji adik. Depa pakat cakap, IQ adik tak lar terjejas, tak spt mana hemiparesis yg adik alami skrg. Sbb adik boleh tahu tentang pen dan kegunaan pen. Alhamdulillah lar kalau lagu tu gak. Anyway Prof Dr Amirudin dari Cyberjaya University College of Medical Sciences did told abah that adik's IQ can be tested by using psikomotor test when adik reach 5 yr old. Tunggu lah, hopefully adik seorg anak yg pintar cerdas & genius, insya Allah.

Tengah2 bincang topik adik, mak Tam .. ooo lupa nak habaq, pak tam ni lecturer kat unisel, mak cik tam pulak lecturer kat uitm. ayah amah iza bekas pengetua, mak pon pengetua gak. background depa ni hebat2... pak2/mak2 menakang amah iza ader yg manager bank, engineer, yg jd lecturer pon ramai, kat uitm, um,unisel... iiiieeeee nasib amumi graduate from aussie. Kalau tak, tobat abah cakap, abah x sanggup nak pi. Apapun, semua manusia di sisi Allah adalah sama, yg paling tinggi darjatnya ialah org yg paling bertakwa dari kalangan mereka.




Haa.... mak tam bila sembang pasal adik, tunjuk kat kami sebuah buku berjodol "Kembara Atiq Wazif, Satu Anugerah". Novel kisah benar yang merakamkan kasih seorang ibu dan pengorbanan seorang bapa dalam memulihkan anak istimewa. Penulisnya, Hasan Suyut, seorang jurutera dan ahli korporat, merakam ketabahan anak kecilnya menanggung kesakitan dan kesengsaraan, ketekunan dan keberanian mengharungi rawatan yang menyakitkan sejak usia si anak masih bayi hingga sekarang, 8 tahun. Walaupun pakar perubatan telah mengatakan, “Jangan mengharap sangat dari anak ini, dia tidak akan membesar secara normal,” si ayah tidak pernah patah semangat. Berkejar dengan masa dalam ikhtiar memulihkan anaknya, si ayah dan ibu membawa Atiq Wazif berubat secara klinikal mahu pun alternatif. Dengan Kak Raw di Gedangsa pon dicuba, kaedah PAPO di NURY kat Bukit Antarabangsa pon diikuti, speech therapy Mr Mano di Sg Petani, Homeopati Dr Hashimi di Ampang dan bermacam2 lg. Hasan & isterinya Dora juga membawa Atiq utk beribadah umrah. Then mereka membawa keluarga merentas benua, ke Beijing, ke Timur Tengah, dan seterusnya ke Amerika Syarikat. Hasan bersama isteri dan lima anak mereka kini bermastautin di Florida meninggalkan sanak-saudara dan kerjaya.Isterinya yang merupakan seorang pendidik , sanggup mengambil cuti demi anak yang dikasihi.

Sedey taw baca buku ni... waa... waa... waa ummi nangis :'-( ummi baca dr kul 9mlm sapa kul 12 lbh...biasanya ummi malas baca buku kecuali buku yang sgt2 mnarik baru ummi baca!

Bagi mghilangkan rasa kesedihan ... ceee'.. lps selesai majlis, kami ke Tesco utk usha2 dugro adik & kakak. alahai harga tetap 20.90 - refill 1 kg. Dek krn giant pon dekat, pi lar sana pulak. murah lar 1 sen. hik hik hik.... tilik punya tilik... patutlar harga x turun, rupa2nya dumex launched Dugro's new look and packaging. Dalam tempoh promotion ni, dapatlar Kakak & abah play game Dumex Dugro Adventure dan dpt hadiah...

Pastu sbgmn rutin hr minggu, adik pi mgurut ng Pakcik Shamsul Medic Massage di Bandar Putera, Kelang. Adik lgsung x sporting.... nangis jek shinggalah ttido. Time tido, dpt lar En Shamsul urut adik, tp x dapet lai nak buat exercise.

Otw back home, bila lalu ikut Putrajaya, kami singgah lar FLORIA 2009. sayang amumi x bwk kamera SLR dia. amik gmbr bunga yg segar bugar cantik bseri pakai hp, aper class. mai kita pakat nonton pic yg x cantik tu kat bawah......






Monday, August 3, 2009

3 Ogos 2009

Yepp! Adik bangun awal hari ni. Adik ok je, happy je... Tak de nak throw tantrum ke apa ke..

Malam tadi ummi dan abah tak bagi tido awal. Walaupun seharian smlm bjalan sakan, dr kelang ke gombak, mlm kul 10 baru smp rmh. Adik tidor pon kol 11.30. Pagi pulak nak kena bangun awal lak tu. Ni mesti ada apa-apa ni...Kan betul.. Ummi dan abah nak suruh adik tidur nyenyak2 waktu kat hospital..

Ingat tak, last week adik terpaksa reschedule appoinment untuk audio sebab ubat tidur tak beri kesan? Hari ni, ummi dan abah kumpulkan sekaligus appoinment klinik paed, fisioterapi, occupational therapy dan ENT. Kakak pun ada appoinment hari ni juga untuk check up athma.

Sampai2, ummi pegi daftar kat kaunter depan. Pastu daftar kat paed pulak. Abah pulak bw adik & kakak timbang & ukur ketinggian. Berat adik 10.5 kg jer? alamak turun lar. las month 10.8. Tinggi adik maintain, 84 cm. Kakak lak berat sgt 17.6 kg, dan tinggi kakak 106 cm. Sementara tunggu giliran yg ke 8 & 9, ummi, abah, amana & kakak bw adik ke ENT dulu. Adik dibawa masuk ke bilik rawatan & diberi ubat tidor.

Sementara tunggu adik tidur, lagi sekali kami turun ke paeds. haaaa.... mmg bkebetulan smp giliran no 8 & 9. Jumpa dgn Dr Haz. Dr Haz baik, dia antara doktor2 yg best yg rawat adik masa kat hospital. Alhamdulillah paru-paru adik dah ok. Dah tak der bunyi2 dah. Cuma Doc refer adik kat dietician utk consult bkenaan berat bdn. Dr Haz jgk emphasize on fisioterapi dan OT utk buat selalu. Doc bgtau ttg ader salah sorg patientnyer bw anak yg CP ke private rehabilitation centre kat Bkt Antarabangsa. Dari x boley jalan, skrg dah boley. Abah tanya kat NURY ker? Tp doc has no idea, cuma yg dia tahu kat Bkt A'bgsa je.

Kakak juga di dignose oleh Dr Haz. Kakak pon dah kena pakai inhaler aerochamber mcm adik jgk. Yg oren ( fluticasone propionate 125 mcg) utk pcegahan kena pakai 2 kali sehari, manakala yg biru ( salbutamol 100 mcg) bila2 perlu je.


Adik dah mula lali. Berkesan juga cara ummi dan abah. Pukul 9. 40 pagi adik dah off to slumberland. Yes!Yes! Yes! Ujian audio berjaya dilakukan. Ujiannya mudah dan sekejap sangat tapi sebab adik tak tidur, it couldn't be done last week. Alhamdulillah, audiologis ckp, pendengaran adik normal. Syukur Alhamdulillah.

Masa begitu cepat berlalu, jam dah pukul 10.15, adik ader appoint fisio kul 10.30. Tp Dr Haz suh jumpa dietician. Mcm mana ni... Ummi decide utk jmpa dietician dulu. Tpaksa lar ummi bkejar sat gi ke Rehab Department utk maklumkan ttg perkara ni. So fisio dipinda ke pukul 12 manakala OT kul 2.30 ptg.

Masa jumpa dietician, adik masih tidur. Kejut2 kan pon tetap x wake up. Amahna basahkan muka dan kepala adik pon, masih x jalan. Biar lah adik nak tidor. Dlm bilik dietician, ummi ditanya kenapa berat adik kurang. Berat ideal utk adik ialah 12-13 kg. Dietician ty, adik minum susu apa. Adik suka dugro. hehe. Dietician ckp kalori per scoop dugro x byk, 20 je. Kalau sekali minum susu, 7 scoop baru dpt 140. kalau minum susu 5 kali sehari, baru dpt 700. Sedangkan kid yg terlalu aktif mcm adik, perlu 1300-1500 kalori sehari. kena cari another 700 tru kabohidrat, protein & fat. Adik kena makan nasi, mi, roti, ayam, telur, coklat, askim dll yg boleh bg kalori. Dietician ckp kalau adik adik krg mkn, kena ganti ng susu pediasure atau sustagen sbb susu2 ni tinggi kalori. Abah tanya boleh dpt free kat hospital tak? apa lar abah ni, x malu..... mana ader. kena beli sendiri lar...

Lama tunggu giliran utk jumpa dietician & bila jumpa pon lama jugak... jam dah kul 12.15, habis2 terus bkejar ke bilik fisio plk. Buat fisioterapi sat je lah sbb dah dekat tghri. Pn Hamidah (fisioterapis) pon nmpk penat dah... cuma dia perasan tgn kiri adik nmpk stiff dan siap pesan byk kali kat ummi, abah & amana suh selalu, kerap dan byk kali gerakkan tgn kiri adik, tanpa mengira masa. Ni buat risau ni, takut tgn adik keras... yer lar adik x guna pon tgn kiri adik, bbeza dgn kaki. sbb adik boleh jln walaupun bjengket2.

Sebelah ptg pulak, adik pergi buat ot. Puan Zu check fizikal adik utk buat assessment. She looked worried tgok tgn kiri adik yg keras mcm ni. Ser lg Puan Zu tanya adik ni aktif mcm ni jgk ker masa sihat dulu. Sbb adik looks hyper active. Apalagi, abah & ummi lg lar worrying. Ya Allah... nak buat mcm mana ni. Dalam pd tu, abah ader ckp, smlm pon dia ty Pakcik Shamsul, pengasas medic massage elektromagnetic, pasal stiffness adik ni. Pakcik Shamsul ckp, ni bukan keras, tp otak adik yg bg isyarat suh keraskan tgn. Adik kan strok, jd out of control lar anggota bdn adik belah kiri tu. Menurut pakcik shamsul, kalau betul tgn adik keras, dia akan keras spjg masa. Ini tidak, ader time2 ok, time2 tak.

Berbalik semula ke exercise OT adik, bes taw tak. masuk bilik cahaya (sensory room). best sgt2 mcm kat istana kayangan. Bilik gelap yg diserikan dgn cahaya warna warni bgerlipan. bintang, bubble (maya lar) memenuhi setiap ruang. adik tgkap buih. tangkap bintang...tp x der pon buih2 tu actually. ia cuma cahaya lampu. Pastu adik pi plk ke bilik bola. Adik 'dicampak' dlm bilik yg penuh dgn bola2 kecik. adik tenggelam dlm bola.......

hiiiiiiiiiii.....apalar dorang ni buat adik mcm ni. anyway, semua aktiviti amat myeronokkan utk stimulate & refresh brain adik ... best. 1st class lar kemudahan kat hospital serdang ni. Ingat tak dulu, abah pernah tanya En Safuan & En Anis physiotherapists di Hospital Az-Zahrah dan An-Nur, depa pon suh consistent buat fisio & OT kat Hospital Serdang.



Selesai semua urusan kat hospital serdang dlm kul 3.45 ptg. Fuishhh satu hari kat hospital. penat oooo... Belah mlm kami semua pakat tido awaiii....gd nite.

p/s : cuma kakak lar batuknyer menjadi2 dr ptg bw ke mlm... kesian kakak


Sunday, August 2, 2009

2 Ogos 2009

Pagi ni adik ader appointment kat Syifa al-Hidayah. Hj Lokman dah pesan kat abah semasa datang kali pertama pada 4 Julai dulu, supaya datang pagi-pagi. Biasanya tak ader rawatan kat Syifa al-Hidayah (SH) pada hari Ahad. Abah siap pesan kat ummi suh follow up ng SH, mana tahu takut2 tersilap tarikh appointment ke. Bila ummi col baru tahu yg SH closed on Friday & Saturday this week. That’s y bkk hr Ahd... Tp ummi terlupa nak ty no glran bila start boley amik.

Abg & kakak, abah suh tdo rmh amahja. Kbetulan kakak batuk2 plak sari dua ni. Abah beli syrup ubat batuk rhinatiol utk kakak. Adik x boleh dekat2 ng kakak takut dpt kat adik plak. Adik ader appoint ujian pendengaran kat Hospital Serdang hari Isnin 3 Ogos nanti. Utk ujian ni, adik x boleh dmm @ slsema @ batuk. Dah lar ujian pd 28 Julai dulu dah fail. Ikutkan tarikh prtama sepatutnya 23 Julai, abah & ummi terlupa tarikh dah.Tu yg dpt 28hb tu.

Mlm td masa abg & kakak pi tidur rmh amaja, ummi kurung adik dlm bilik. Best aarrr abg & kakak & abah... dpt pi dinner kat Village View. Amumi belanja dorang, amahja & amahna. Village View ni femes tul, tiap2 mlm penuh beratus keter depan restoran. Adik lak terlepas peluang. Abg ckp kat sana ader waterfall besar, ada jambatan gantung, boleh goyang2, air sungai bwh jambatan penuh dgn ikan. Skrin lcd pon besar gergasi. Syoknyer.... Takper lah, adik lom sihat lg. Nanti bila adik sihat, adik pon boley pi sana gak, adik nak ajak amumi belanja adik sorg2, x yah bawa abg & kakak...ceeeee’.

Abah blk mlm td, adik lom tdor pon. Adik tgok tv. Ummi tinggal adik kat bwh tdo ng abah ...sedey tp adik tak tunggu lama utk tido. Abah bg adik minum alpha lipid lu sblm tdo. Tp yg x syoknyer ng abah ni, adik baru nak tlelap,abah mula lar buat exercise kat kaki & tgn kiri adik. Adik x kira... adik nangis lar, x bg abah kacau.

Abah bangkit pg ni kul 5.30 pg, abah terus mandi dan siap2 nak bw adik p SH. Abah siapkan bekalan susu & baju serta pampers adik. Slps abah solat subuh sblm kul 6 lg, abah dah bawa adik pi SH diGombak. Sampai sana dlm kul 6.45 pg, tp....... mak oiiiii dpt no 43. Bila masa dorang amik no ni. Ptg smlm lg kar???? Abah pon decided utk blk dulu, dtg balik belah ptg nnti. Sbb expr yg 1st dulu, no 16 dpt jmpa Hj Lokman kul 1.00 ptg. Ni 43... sure kul 4 @ 5. Otw balik, abah sms ummi suh siap2, boley pi urut & buat fisioterapi kat rumah Pakcik Shamsul Medic Massage di Bukit Putera, Klang.

Ummi ajak pi riki dugro adik & kakak tlebih dahulu, mula2 pi MY Mydin di sek. 7, harga rm19.50, pastu gi bintang harga 21.50, econsave 22.90, giant rm23, tesco rm21. Abah ckp kat UO Chow Kit hrg RM18.90. Tp x sure smlm je ke @ 2 hr tmasuk hr ni.Abh ckp, blk SH nnti boley lar pi c.kit. Habis riki susu dugro, abah ckp lapar lar... mmg pon dah kul 1. Mana x lapar. Abah driv ke bukit puchong mnuju restoran Tuan Faridah. Wow... ramainya orang kat rstorn ni. Masakan kampong, sbb tu ramai org kot, ader ayam kg goreng, gulai kawah, percik, ulam, budu tmpoyak.... mcm2 lg mskn kg. made in gomo kelate gomo.

Pas lunch kami terus ke Kelang, smp sana sblm kul 2 lg, sedang elok lar leh solat zohor dulu. Adik x sporting ar 2day. Pakcik shamsul x leh urut mana pon adik, adik aktif nak bgerak ke sana sini. Macam tu, buat fisio pon x boley ah. Anyway, Pakcik Shamsul bg semangat kat kita org, kita mesti sabar dan berusaha utk pulihkan adik dr strok yg adik alami. Kita ikhtiar, doa, Allah yg sembuhkan,insya Allah.

Lps tu abh pecut ke Gombak ikut KESAS hway. Alamak.... bila masuk je MRR2, jln dah mula perlahan... smp pandan, terus jam tanpa roti. Terkodet-kodet ummi ckp... jam dah kat kul 5 ptg. Sempat tak no giliran adik yg ke 43 ni.... kalau tlepas mcm mana? Nk kena amik no. baru ker? Haaaaaa!!!!!!! Mahu mlm baru blk mcm ni... sampai sana dlm kul 5.15ptg, sah......mmg sah... giliran masa tu 53. Mmg terlepas. Ummi naik atas dan bgtau kat sorg pak haji tu, kalau tlepas no. mcm mana. Dia ckp amik no blk lar. Ooooo .... patut dia ckp gitu, sbb pak hj tu no 54. He he... dia takut kita potong kar.... hi hi. Tak lah. Kita org pon lom solat lar. Pak hj masuk lar dulu, nntikan tlepas giliran kan. Ummi tpaksa lar amik no baru.....no 65. Lg 10. Iiiieeeee tunggu smp mlm sungguh ker ni.

Syukur Alhamdulillah, bila ader sorg mkcik tu bgtau, lps no 55, terus jump ke no 60. Sbb dorg x der pon, agak2nyer amik no, pi jln2 dulu. Mcm kita org td lar. So jadiknyer, x yah tggu lama lar utk jumpa Tuan Haji Ustak Lokman, perawat di Syifa al-Hidayah. Alhamdulillah... “Ding” no 65 pon dibunyikan... abah, ummi & adik pon masuk ke bilik rawatan dgn bbekalkan 2 botol ECPI. Abah & adik salam ng us Lokman. Us Lokman tanya, mcm mana progress adik. Abah & ummi pon terangkan lah. Us Lokman letak bantal kat depannya dan minta abah baringkan adik. Us Lokman ckp “adik, diam!!” terus adik diam. Abah pgg k2 tgn adik. Us lokman pon scan kepala adik. Bila dah sudah tu, abah tanya mcm mana ustaz? Ok ker? Jawapan Us. Lokman mcm jwpn dulu lar, brain adik kena infection, tu yg buat adik strok. So kena istiqamah rawat bg elok, insya Allah pulih dgn sebaik2nya. Us Lokman bg lah ayat dr surah al-anfal & al-maidah utk abah & ummi bc, niat & doa semoga Allah sembuhkan adik. Amiinnnn... Adik kena datang lg, pagi 23 Ogos nanti, insya Allah.

Balik dr SH, abah singgah kedai tayar kat simpang Padang Balang. Abah nak cr tayar kereta baru & 2nd hand utk replace tayar yg sudah x bbunga lg. Abah ni ader ke pitih ni, mggu lps repair fuel pump rosak, ni tkr tyr lak. Tak per lah, tayar ni penting, ia nyawa kereta esp life of the driver & passengers. Abah beli 2 biji tyr baru letak kat dpn, 2 tyr 2nd letak kat blkg.

Habis2 tu, tgok jam dah dekat kul 8mlm. X solat lg ni, singgah kat stsyn myk, x der satu pon yg ader surau. Aboh pon pecut ke surau HKL. Kat surau, adik ikut ummi. Abah solat sorg dia. Dah selesai solat, ader sorg jemaah perempuan tu slm & cium tgn ummi & adik. Mkcik tu ckp kat adik “dgr ckp ummi yer, jd ulamak esok2 ni”... tp aisey... ummi tinggal h.bag dlm krta..

Selesai solat, kami terus ke UO, prkg tepi jln, terus masuk dlm. Larrrrr mahal jgk. RM22. Maknanya smlm jer lar murah rm18.90. x per lah, dugro adik ader lg kat rmh, brp pack lg x bilang, kakak ader 1 pack lg. Tgoklah, dah emergency nnti, tpaksa beli lar jgk lar nnti. Masa kat hway, abah col amahja... abah ni dah lupa anak abah 2 org lg. Col cdgnyer nak ajak mkn kat Warung Dusun Gearbox. Tp, belum abah sebut apa2, amahja bgtau kakak dah tidor & dah krg batuk, Alhamdulillah. Abg lak buat2 tdo... he he abg sklh sok. Ingat tu bang... Tpkan, abah lom basuh sluar sek, eleh.... act just masukkan seluar sekolah abg dlm washing machine. Abah outstation ke PD, th-fri-sat smlm. So, baju abah, abg & kakak melangit lar byk yg kotor....

And abah ingatkan adik jgk, adik x leh tdo mlm ni, adik kena tido pg sok nyenyak2... esok ader hearing test kat hospital serdang.

Tp adik muntah byk lar dlm kete, lps mkn ns lauk aym goreng kunyit, sup, telur dadar...adik x mkn otak2, kerabu sotong &kailan ikan masin. nasib masa tu ummi pegang towel. So adik vomit dlm towel & x limpah keluar... Sampai rmh, abah mndikan adik yg muntah... wek... busyuuuukkkkk.... habis lap & pakai baju... adik terus tdo. Adik, minum jus harmoni dulu adik. Adik bkk mulut, mata pejam. Jam baru kul 11.30 mlm.... x jd jgk projek abah, x mo adik tidor.....
Related Posts with Thumbnails