Ping my blog
Showing posts with label Medic massage. Show all posts
Showing posts with label Medic massage. Show all posts

Monday, November 9, 2009

Miracle mjadi kenyataan - Azan Adik




"Alla.. bak (Allahu akbar).." , sungguh tsentuh psaan ummi tatkala mlihat adik brupaya mgangkat tangan kirinya sampai ke paras telinga, sambil mlafazkan kalimah tauhid. Kebetulan ptg tu, hr Khamis 22hb Okt adik Muhammad sdg mgumndgkn azan asar @ Oasis. Oooh .. syukur Alhamdulillah, ini satu progress yg sgt positif.

Lafaz syukur tak lekang dibibir apabila ikhtiar2 rawatan yg adik telah jalani stakat ni dah byk mbntu dlm mmulihkn semula adik dari sakit strok. Hari2 adik dirangsang & stimulated by amaja & amana yg jaga adik. Ini lar yg dikatakan sbg power of touch and stimulation theraphy.

Paling tbaharu adik mdapat rwtn dgn Kak Raw di Gedangsa. Adik berulang alik sejauh 260km pergi dan balik ke sana pada setiap hari Sabtu.

Terdahulu drpd ni adik bbrp kali berurut dgn En Shamsul, seorg fisioterapis medic massage di Bandar Putera, Klang. Adik jg pernah sekali brurut dgn Mak Ngah di Bndr Baru Slyg Fasa II.

Paling awal ms mula2 kuar Hosp Serdang 5 bln dahulu, adik mdpt rwtan body health (terapi elektrik) di klinik Dr Ishak di Melaka. Di sini lar adik kena start minum neuro food yang dicampur dlm susu sebanyak dua kali sehari. Adik jgk dipaksa rela minum susu alpha lipid dan jus harmoni pd setiap pagi. Dek kerana jauh, Dr Ishak mengesyorkan supaya adik mndpatkan rwtan body health di Bodi Harmoni, Subang Perdana. Sehingga stakat ini adik dah menjalani 15 kali terapi dan adik masih ada baki 15x lg sesi yg perlu diikuti.

Manakala dr segi kerohanian pula, adik mndapat rwatan dr Untie Suha sepanjang adik berada di hospital semasa kritikal sampailah sekarang. Antie Suha juga tolong mendapatkan rawatan jarak jauh daripada sahabat2nya di sebuah pesantren di Indonesia. Selain itu adik berubat dgn Bro King dari Cheras. Adik jgk berulang ke Darul Syifa' Bangi & Syifa' Hidayah di Gombak. Masa adik masih lg kat hospital, mek tolong adik dgn mdaptkan rawatan jrk jauh dr Tok Ayah di Mulong, Kelantan.

Semasa blk kampung smpena cuti raya aidilfitri bru2 ni, adik mndpt treatment dr Pokcik yg doa & buatkan air penawar. Pokcik juga urut2 tgn & kaki kiri adik btujuan mrangsang urat saraf bhg tsebut.Pokcik juga syorkan adik minum satu sudu teh madu asli dan satu sudu teh minyak zaiton pagi2 lps bangun tdo (kalau boleh 4jam b4 b/fast) untuk pulihkan saraf. Kawan ummi plk ckp minyak zaiton + sedkt perahan jus lemon baik untuk pecahkan kolestrol. Ummi suh abah buat, abah bo layan je...sampailah hari ni!

Di samping rwtan2 berkenaan, adik tetap gak konsisten mghadiri appoint doc Paed & Rehab serta terapi baik fisio @ occ di Hosp Serdang.

On top of that doa dan harapan dr abah, ummi bserta sentuhan gurauan kakak dan abang, doa tokmok, tok, tokki, semua ammu-ammah dll byk mbantu dlm mmulihkan semula adik, insya Allah. Amin ya Allah ...... & terima kasih semua ...

"Adik, kami nk lihat adik boleh buka ibu jari yang selalu menyorok dalam genggaman keras tangan kiri adik ", desak Ummi yg selalu mintak adik thumbs up 'good'/'best' dgn mggunakan ibu jari tgn kiri, namun adik belum mampu lagi utk melakukannya. X pe dik ckt2 ye...tapi adik mesti janji 1 hari nanti adik akan berjalan normal mcm dulu & tangan kiri adik dpt bfungsi dengan sebaik2nya. Ummi & abah x nk adik berstatus OKU sampai besar nanti kay. Adik lahir ke dunia ini dalam keadaan sempurna.

Biarpun smsa mgandungkn adik, ummi tpaksa mbuat check up di hosp. instead of klinik krn doc mgatakn kndgn kecil. Walaubagaimanapun disebalik masalah ni, adik tetap ok je. Adik x der mslh smsa kelahiran. Adik pon lahir lebih awal smgu iaitu pd mgu ke 39 kandungan. Adik selamat dilahirkan ke dunia ini pada hari Jumaat, 30 Mac 2007 kul 12.51pm. Berat adik masa dilahirkan ialah 2.73kg.

Pada masa tu ummi brada sorang2 jer di samping seorg misi yang myambut adik menjengah ke alam ini buat pertama kali. Mana abah ? Semasa bawa ummi ke Hospital Serdang utk admission, abah bwk seme kakak & abg. Asalnya doc adviced supaya ummi admit awal coz masa checkup sblm tu doc dapati air ketuban hanya tinggal sedikit. Keadaan ini bahaya utk baby (adik) dlm kndungan dan doc bcadang utk induce. Tp telah ditakdirkan untuk adik ’keluar’ lebih awal since doc yg mbuat checkup ms admission mgesahkan bahwa the cervix starts to open up by 4cm.

Lantaran tu, hanya slps 1 jam mendaftar masuk hospital, Ummi dah boleh masuk labour room kul 12 lbh ckt. Tp mslhnya, cmner abah nk accompany ummi bsalin ? sape nk jg abg & kakak ? So tpksalh abah blk smula g hntr they all ke rmh mak (pengasuh adik & kakak). Apabila abah dtg blk hospital, ummi dh selamat delivered the baby. So abah dah boleh terus azan dan iqamah kan adik.


Memoir adik dulu-dulu




Thursday, August 13, 2009

Adik Pon Ngikut Majlis Merisik Amumi

Hampir smiggu blog adik tak diupdate. "abah .. abah tulis lar per2 pon kat blog adik", abang cakap kat abah. "abah x sempat lar.... abah attended workshop awal minggu ni. dan dlm pd tu, abah pon sedang ngejar masa utk update proposal abah. tarikh tutup 28 Ogos ni dah. Proposal lak masih hampeh.."

Orait apa progress adik sehingga setakat ni?? Physically, mcm x nampak any significant progress pd adik within this week. Come on adik.... go.. go.. go.. prove to us that adik can recover!! insya Allah. Make use ur left hand dik & betulkan cara adik bjalan. Abah & ummi siang mlm pakat2 doa utk adik, amaja pon doa sungguh2, amana pon setiap masa, abang & kakak pon, tok mok lagi lar x putus2 zikir, doa utk ksihatan adik. Kami semua solat hajat, puasa & doa mohon pd Allah utk rawat & pulihkan adik back like adik used to be.

Nak tulis per yer??? haaaa citer amumi......

8 Ogos ... 08.08.08 ish!! 08.08.09 lar. ini lar tarikh amumi merisik amah iza. Adik pon ikut taww. Abang & kakak pon pakat pi sama. Majlis ni buat kat rumah Pak Tam, pak menakang amah iza di Seksyen 7, Shah Alam. Parent, pak2 & mak2 menakang serta adik beradik amah iza semuanya pakat mai cni. Depa asal Sik. Tp demi nak mudahkan majlis, depa turun ke Shah Alam. Terharu rasa amumi & family belah amumi. Terima kasih noi semua2. Abah ada tanya kawan abah yg asal Kedah, kalu lagu ni, orang utara panggil majlis merisik jugak kar? Patut2 nyer kena pakat pi Sik la kan.

Majlis deserved to be begin at 10 in the morning. But because of abah yg lewat siap, perjalanan pon mula lewat. Dari Bangi bertolak kul 9.30 am. Mana nak sampai sharp at 10. Masam amumi marah kat abah. Bila sampai sana, berlakun lar rombongan belah laki mintak maaf byk2 noi sbb lewat. Kik kik kik....

Adik aktif sungguh, bjalan kuar masuk kat rumah pak Tam. Depa pakat tanya, ni kar anak yg sakit masuk hospital tempoh hari. Amah Iza yg bagitau kot noi. Kalau tak, mana depa nak taw. Amah iza visited adik twice masa kat Hospital Serdang. Yang syoknya, masa tgh2 bincng, nak tetapkan tarikh pertunangan & majlis walimah, adik pi rebut pen ayah amah iza. Nasib 'atok' sporting, hulur pen kat tgn then bagi adik pegang. Errmmm ... bukan takat pegang, tp adik siap conteng kalendar Zakat Kedah.com tu... Ayah amah iza & depa semua pakat puji adik. Depa pakat cakap, IQ adik tak lar terjejas, tak spt mana hemiparesis yg adik alami skrg. Sbb adik boleh tahu tentang pen dan kegunaan pen. Alhamdulillah lar kalau lagu tu gak. Anyway Prof Dr Amirudin dari Cyberjaya University College of Medical Sciences did told abah that adik's IQ can be tested by using psikomotor test when adik reach 5 yr old. Tunggu lah, hopefully adik seorg anak yg pintar cerdas & genius, insya Allah.

Tengah2 bincang topik adik, mak Tam .. ooo lupa nak habaq, pak tam ni lecturer kat unisel, mak cik tam pulak lecturer kat uitm. ayah amah iza bekas pengetua, mak pon pengetua gak. background depa ni hebat2... pak2/mak2 menakang amah iza ader yg manager bank, engineer, yg jd lecturer pon ramai, kat uitm, um,unisel... iiiieeeee nasib amumi graduate from aussie. Kalau tak, tobat abah cakap, abah x sanggup nak pi. Apapun, semua manusia di sisi Allah adalah sama, yg paling tinggi darjatnya ialah org yg paling bertakwa dari kalangan mereka.




Haa.... mak tam bila sembang pasal adik, tunjuk kat kami sebuah buku berjodol "Kembara Atiq Wazif, Satu Anugerah". Novel kisah benar yang merakamkan kasih seorang ibu dan pengorbanan seorang bapa dalam memulihkan anak istimewa. Penulisnya, Hasan Suyut, seorang jurutera dan ahli korporat, merakam ketabahan anak kecilnya menanggung kesakitan dan kesengsaraan, ketekunan dan keberanian mengharungi rawatan yang menyakitkan sejak usia si anak masih bayi hingga sekarang, 8 tahun. Walaupun pakar perubatan telah mengatakan, “Jangan mengharap sangat dari anak ini, dia tidak akan membesar secara normal,” si ayah tidak pernah patah semangat. Berkejar dengan masa dalam ikhtiar memulihkan anaknya, si ayah dan ibu membawa Atiq Wazif berubat secara klinikal mahu pun alternatif. Dengan Kak Raw di Gedangsa pon dicuba, kaedah PAPO di NURY kat Bukit Antarabangsa pon diikuti, speech therapy Mr Mano di Sg Petani, Homeopati Dr Hashimi di Ampang dan bermacam2 lg. Hasan & isterinya Dora juga membawa Atiq utk beribadah umrah. Then mereka membawa keluarga merentas benua, ke Beijing, ke Timur Tengah, dan seterusnya ke Amerika Syarikat. Hasan bersama isteri dan lima anak mereka kini bermastautin di Florida meninggalkan sanak-saudara dan kerjaya.Isterinya yang merupakan seorang pendidik , sanggup mengambil cuti demi anak yang dikasihi.

Sedey taw baca buku ni... waa... waa... waa ummi nangis :'-( ummi baca dr kul 9mlm sapa kul 12 lbh...biasanya ummi malas baca buku kecuali buku yang sgt2 mnarik baru ummi baca!

Bagi mghilangkan rasa kesedihan ... ceee'.. lps selesai majlis, kami ke Tesco utk usha2 dugro adik & kakak. alahai harga tetap 20.90 - refill 1 kg. Dek krn giant pon dekat, pi lar sana pulak. murah lar 1 sen. hik hik hik.... tilik punya tilik... patutlar harga x turun, rupa2nya dumex launched Dugro's new look and packaging. Dalam tempoh promotion ni, dapatlar Kakak & abah play game Dumex Dugro Adventure dan dpt hadiah...

Pastu sbgmn rutin hr minggu, adik pi mgurut ng Pakcik Shamsul Medic Massage di Bandar Putera, Kelang. Adik lgsung x sporting.... nangis jek shinggalah ttido. Time tido, dpt lar En Shamsul urut adik, tp x dapet lai nak buat exercise.

Otw back home, bila lalu ikut Putrajaya, kami singgah lar FLORIA 2009. sayang amumi x bwk kamera SLR dia. amik gmbr bunga yg segar bugar cantik bseri pakai hp, aper class. mai kita pakat nonton pic yg x cantik tu kat bawah......






Monday, August 3, 2009

3 Ogos 2009

Yepp! Adik bangun awal hari ni. Adik ok je, happy je... Tak de nak throw tantrum ke apa ke..

Malam tadi ummi dan abah tak bagi tido awal. Walaupun seharian smlm bjalan sakan, dr kelang ke gombak, mlm kul 10 baru smp rmh. Adik tidor pon kol 11.30. Pagi pulak nak kena bangun awal lak tu. Ni mesti ada apa-apa ni...Kan betul.. Ummi dan abah nak suruh adik tidur nyenyak2 waktu kat hospital..

Ingat tak, last week adik terpaksa reschedule appoinment untuk audio sebab ubat tidur tak beri kesan? Hari ni, ummi dan abah kumpulkan sekaligus appoinment klinik paed, fisioterapi, occupational therapy dan ENT. Kakak pun ada appoinment hari ni juga untuk check up athma.

Sampai2, ummi pegi daftar kat kaunter depan. Pastu daftar kat paed pulak. Abah pulak bw adik & kakak timbang & ukur ketinggian. Berat adik 10.5 kg jer? alamak turun lar. las month 10.8. Tinggi adik maintain, 84 cm. Kakak lak berat sgt 17.6 kg, dan tinggi kakak 106 cm. Sementara tunggu giliran yg ke 8 & 9, ummi, abah, amana & kakak bw adik ke ENT dulu. Adik dibawa masuk ke bilik rawatan & diberi ubat tidor.

Sementara tunggu adik tidur, lagi sekali kami turun ke paeds. haaaa.... mmg bkebetulan smp giliran no 8 & 9. Jumpa dgn Dr Haz. Dr Haz baik, dia antara doktor2 yg best yg rawat adik masa kat hospital. Alhamdulillah paru-paru adik dah ok. Dah tak der bunyi2 dah. Cuma Doc refer adik kat dietician utk consult bkenaan berat bdn. Dr Haz jgk emphasize on fisioterapi dan OT utk buat selalu. Doc bgtau ttg ader salah sorg patientnyer bw anak yg CP ke private rehabilitation centre kat Bkt Antarabangsa. Dari x boley jalan, skrg dah boley. Abah tanya kat NURY ker? Tp doc has no idea, cuma yg dia tahu kat Bkt A'bgsa je.

Kakak juga di dignose oleh Dr Haz. Kakak pon dah kena pakai inhaler aerochamber mcm adik jgk. Yg oren ( fluticasone propionate 125 mcg) utk pcegahan kena pakai 2 kali sehari, manakala yg biru ( salbutamol 100 mcg) bila2 perlu je.


Adik dah mula lali. Berkesan juga cara ummi dan abah. Pukul 9. 40 pagi adik dah off to slumberland. Yes!Yes! Yes! Ujian audio berjaya dilakukan. Ujiannya mudah dan sekejap sangat tapi sebab adik tak tidur, it couldn't be done last week. Alhamdulillah, audiologis ckp, pendengaran adik normal. Syukur Alhamdulillah.

Masa begitu cepat berlalu, jam dah pukul 10.15, adik ader appoint fisio kul 10.30. Tp Dr Haz suh jumpa dietician. Mcm mana ni... Ummi decide utk jmpa dietician dulu. Tpaksa lar ummi bkejar sat gi ke Rehab Department utk maklumkan ttg perkara ni. So fisio dipinda ke pukul 12 manakala OT kul 2.30 ptg.

Masa jumpa dietician, adik masih tidur. Kejut2 kan pon tetap x wake up. Amahna basahkan muka dan kepala adik pon, masih x jalan. Biar lah adik nak tidor. Dlm bilik dietician, ummi ditanya kenapa berat adik kurang. Berat ideal utk adik ialah 12-13 kg. Dietician ty, adik minum susu apa. Adik suka dugro. hehe. Dietician ckp kalori per scoop dugro x byk, 20 je. Kalau sekali minum susu, 7 scoop baru dpt 140. kalau minum susu 5 kali sehari, baru dpt 700. Sedangkan kid yg terlalu aktif mcm adik, perlu 1300-1500 kalori sehari. kena cari another 700 tru kabohidrat, protein & fat. Adik kena makan nasi, mi, roti, ayam, telur, coklat, askim dll yg boleh bg kalori. Dietician ckp kalau adik adik krg mkn, kena ganti ng susu pediasure atau sustagen sbb susu2 ni tinggi kalori. Abah tanya boleh dpt free kat hospital tak? apa lar abah ni, x malu..... mana ader. kena beli sendiri lar...

Lama tunggu giliran utk jumpa dietician & bila jumpa pon lama jugak... jam dah kul 12.15, habis2 terus bkejar ke bilik fisio plk. Buat fisioterapi sat je lah sbb dah dekat tghri. Pn Hamidah (fisioterapis) pon nmpk penat dah... cuma dia perasan tgn kiri adik nmpk stiff dan siap pesan byk kali kat ummi, abah & amana suh selalu, kerap dan byk kali gerakkan tgn kiri adik, tanpa mengira masa. Ni buat risau ni, takut tgn adik keras... yer lar adik x guna pon tgn kiri adik, bbeza dgn kaki. sbb adik boleh jln walaupun bjengket2.

Sebelah ptg pulak, adik pergi buat ot. Puan Zu check fizikal adik utk buat assessment. She looked worried tgok tgn kiri adik yg keras mcm ni. Ser lg Puan Zu tanya adik ni aktif mcm ni jgk ker masa sihat dulu. Sbb adik looks hyper active. Apalagi, abah & ummi lg lar worrying. Ya Allah... nak buat mcm mana ni. Dalam pd tu, abah ader ckp, smlm pon dia ty Pakcik Shamsul, pengasas medic massage elektromagnetic, pasal stiffness adik ni. Pakcik Shamsul ckp, ni bukan keras, tp otak adik yg bg isyarat suh keraskan tgn. Adik kan strok, jd out of control lar anggota bdn adik belah kiri tu. Menurut pakcik shamsul, kalau betul tgn adik keras, dia akan keras spjg masa. Ini tidak, ader time2 ok, time2 tak.

Berbalik semula ke exercise OT adik, bes taw tak. masuk bilik cahaya (sensory room). best sgt2 mcm kat istana kayangan. Bilik gelap yg diserikan dgn cahaya warna warni bgerlipan. bintang, bubble (maya lar) memenuhi setiap ruang. adik tgkap buih. tangkap bintang...tp x der pon buih2 tu actually. ia cuma cahaya lampu. Pastu adik pi plk ke bilik bola. Adik 'dicampak' dlm bilik yg penuh dgn bola2 kecik. adik tenggelam dlm bola.......

hiiiiiiiiiii.....apalar dorang ni buat adik mcm ni. anyway, semua aktiviti amat myeronokkan utk stimulate & refresh brain adik ... best. 1st class lar kemudahan kat hospital serdang ni. Ingat tak dulu, abah pernah tanya En Safuan & En Anis physiotherapists di Hospital Az-Zahrah dan An-Nur, depa pon suh consistent buat fisio & OT kat Hospital Serdang.



Selesai semua urusan kat hospital serdang dlm kul 3.45 ptg. Fuishhh satu hari kat hospital. penat oooo... Belah mlm kami semua pakat tido awaiii....gd nite.

p/s : cuma kakak lar batuknyer menjadi2 dr ptg bw ke mlm... kesian kakak


Monday, July 27, 2009

19 Julai 2009

Hari minggu ni semua bangkit lewat. Abah, ummi & abang tidur balik lepas solat subuh. Semalam abah cakap hr ni nak riki tempat kak raw di Gedangsa, tp dah tidur ni.... selamat larrr. Bangkit-bangkit pon dah kul 10 lebih, abah ajak kita org pi pasar cari lauk, tp last2 x jadi jgk... lepak lar kat rumah je kami pagi ni...

Dalam tengah hari, ummi sms ama ja, amahna dan amumi, ajak dorang pegi ke medic massage en Shamsul di Bandar Putera, Kelang untuk urut dan buat fisioterapi exercise adik. Abah yang suh umi ajak ammah & ammu sbb abah takut adik nangis mcm hr tu bila pakcik shamsul urut. alar... amana x der sbb teman amazie balik ke IKBN Dusun Tua mlm td. So, amumi & amaja je ikut sama2 ng abah, ummi, adik, abg & kakak. Penuh accent amaja. Abah cakap kalau dulu2 masa abah, amahja,amuje,amahsu,amudin,amana & amumi kecik2, kereta tok ma sesak mcm sardin pi padang pak amat. mana taknya, 7 beradik + tokma & tokmok. 9 orang dlm satu kereta... he he...

Sebelum ke kelang, abah nak belanja makan kat Kulaifornia Restaurant atau Zee Zee cafe yang femes dengan masakan asam pedas, ayam goreng kampung, gulai kerutub & mcm2 masakan Kelantan & Johor. Restoran ni kat Prima Saujana Kajang (dekat Giant). Tghri td abah tonton JJCM@tv3 citer pasal tempat makan area kajang.. tu yg nak ke sana tu. tp abah ni terkenal ng tabiat suka tukar2 plan, masa otw ke sana abah ckp tak jadi lar ke sana, takut lmbt gi massage medic pakcik Shamsul. Abah pon bawak la ke La Rizz di Sg Merab... tp dah habis lar pulak lauk2... kalau tak, abah ckp boleh makan sotong & kambing panggang. So abah pi pulak ke food court depan INFRA. sama jugak.... lauk dah habis... tp makan jugak lar apa yg ader. dah tak der rezeki kan...

Lepas tu kami terus ke Klang dan tiba kat sana dlm kul 3 petang. Abah, amumi dan ummi pi solat zohor dulu kat surau sblh rumah pakcik Shamsul. adik terus gi urut, mula2 adik nangis.. amahja, abg & kakak siap pujuk adik. Lepas dorang pujuk baru la adik sporting... Pakcik Shamsul dapat urut adik lebih dari sejam, mulu2 urut betis, tangan dan seluruh anggota badan mgikut titik-titik elektromagnetik.

Balik dari kelang, amumi sms amahna ckp nak pi amik. Tapi... amahna ckp dia, amahzie& najla otw nak pi giant. sedang molek lar... kami pon pakat untuk bertemu kat sana. Masing2 sonok, dapat lar jugak pi makan kat Kulaifornia Restaurant atau Zee Zee cafe sptmana dirancang tgh td. Abang paling sonok nak p Giant sbb nak mintak abah beli reket Yonex. Abang ni selalu ckp abah & ummi sayang kat adik sorang jer, sbb bagi spenuh phatian kat adik. Kakak lagi lar... cakap kat semua2 orang, abah & ummi selalu beli mainan kat adik, sbb tu kakak ckp abah & ummi sayang adik sorang jer. Abah recal balik teringat masa appointment dengan Dr Baha, rehabilitation specialist di Hosp Serdang tempoh hari, Dr Baha tanya ader tak perasan pasal perubahan sikap adik @ abang @ kakak. Abah terus jwb, nmpk mcm biasa jer, x der apa2 pon. Tp bila jd gini... oooo ... ini lar barangkali maksud Doc tempoh hari...

Pi Giant, abah beli reket abg, mainan utk kakak dan bola utk adik.... semua dpt, baru lar adil. he..he.. he... Lepas tu pi makan kat Kulaifornia, amahja belanja. Habis2 tu kami balik rumah... penat dan terus tidor..

Wednesday, July 15, 2009

4 Julai 2009

Pukul 630pagi, adik pergi Gombak dengan ummi, abah dan kakak ke Syifa al-Hidayah. Dapat nombor 16. Pukul 1:05 pm baru boleh jumpa dengan perawat. Berubat sekali dengan kakak. Kakak tak ada sebarang masalah. 15 minit je jumpa. Abah kena baca ayat2 Surah Yusuf (selepas Maghrib/Isya') dan Ibrahim (selepas Subuh) untuk adik.

Lepas tu terus ke Kelang untuk berjumpa dengan En Shamsul, fisioterapis Medic Massage. Abah beli buku untuk urut adik. Adik nangis2 waktu diurut fisio. Encik Shamsul ajar ummi dan abah cara urut fisio dan buat exercise.
Related Posts with Thumbnails