Ping my blog
Showing posts with label Tadika Khalifah Bestari. Show all posts
Showing posts with label Tadika Khalifah Bestari. Show all posts

Tuesday, May 25, 2010

Ujian Penglihatan


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana adik dah sembuh dari demam. Jadi adik dpt mghadiri temujanji di Klinik Mata, Hospital Serdang. Dr Selva dari Jabatan Rehab ckp walaupun secara fizikalnya penglihatan adik seems not affected, tp it would be better to check thoroughly esp dari segi power dan saraf mata.

Kakak tak g sekolah yer ?? aa.. aa.. ckp cikgu...

breakfast sementara menunggu giliran

check power di Bilik Optometri


Mula2 adik berjumpa dengan acik Halijahton utk check power. Bagi org dewasa, kita akan diminta baca huruf & nombor dari besar hingga kepada yang kecik yg terdapat pada carta snellen. Tp utk kanak2 mcm adik, ditunjukkan flash card bergambar dlm bentuk line drawing sahaja. So adik diminta sebutkan pic apakah yg tertera dalam flash card tersebut. Sayangnyer adik x begitu sporting masa buat test ni. Ia berpunca apabila Acik Halijah yg comel lote tu lekapkan plaster kat mata kiri adik. Apa lagi mgamuk tantrum lar adik... Sepatutnya dr awal2 just tekup dgn tangan plahan2 pon boleh act.

Lepas tu walau dipujuk2 pon dah tak jadi dah. "Sayang... sat je, please sporting kay dik.. " Adik berhenti la nangis sekejap. Namun bila try tekup mata dgn tgn pon, adik x bagi juga. Anyway boleh lar dpt result dgn 9.6/6 utk mata kanan dan 12/6 utk mata kiri. Markah penuh utk pglihatan yg bagus bagi org dewasa ialah 6/6 . Acik Halijah ckp power mata kanak2 akan btambah baik apabila meningkat usia dan kembali mnurun bila dah tua...

Untuk cek saraf pula adik bjumpa dengan Dr Mazaya. Ermmm adik menangis sungguh2 time ujian dilakukan. Mana tidaknya apabila ujian ini mengkehendaki dititikkan ubat mata bertujuan membesarkan retina mata. Kemudiannya doktor melakukan pemeriksaan dengan menggunakan set2 kanta yang begitu banyak.
Alhamdulillah saraf mata adik tidak terjejas ekoran dr infark kat otak kanan yg adik alami. Walaubagaimanapun doktor akan terus monitor perkembangan adik dan dikehendaki mbuat pemeriksaan lagi pd th hadapan.

Adik makan nasi ayam hainan Taman Melawati, Alhamdulillah berselera slps baik dr demam

Wednesday, May 19, 2010

Buggy mini adik



Jelesnya tengok parent bawak anak dlm buggy yg kecil kiut miut. Agaknya buggy kecik mcm tu dibeli dr luar negara sbb org Arab dan Mat Saleh yg selalunya kelihatan membawanya di shopping mall. Kebetulan hr Sabtu minggu ni free dan Amah Su pon dtg sbb nak mghadiri kursus di UIA, ummi pon mcdgkan spy ke Mid Valley. Boleh usha2 buggy tu. Kita org pergi naik train sbb kalau pergi ng keter susah nak parking.


Trip dari UKM ke Mid Valley

Jalan punya jalan kat Mid Valley ni, dengan penuh konfidennya ummi boleh tanya satu parent Arab tu kat mana they al beli buggy kecik. Ummi kan ustazah.. boleh skiping arab.. hu.. hu.. Dr situ lah dpt idea utk ke Toys r Us. Tp malangnya kat Mid Valley ni hanya ada yang warna pink je. X sesuai utk adik lar..

beli hadiah hari guru untuk cikgu Kakak.. 10Q amaja


di Boulevard, Mid Valley sambil menanti amaja dtg amik

Keesokannya pd hari Ahad pencarian diteruskan ke Toys r Us di Alamanda. Kat sini lagi lar x dak langsung. Bolingnyerrrr...

di Alamanda

Ummi ni fesyen x senang hati, mandi x basah dan x lena tidor selagi x dpt sesuatu yang dihajati. Sanggup tu ummi amik mc pd hari Isnin semata2 nak cari gak buggy ni sampai dapat. Kali ini mcuba nasib di OU dan Alhamdulillah tercapai jgk impian hati...

ketemu juga akhirnya

masih ada ruang dlm bonet

Yang ni pemberian kawan ummi dibeli dari NZ, kecik tp panjang x muat bonet. 10Q acik ZT

Yang ni dah boleh let go, RM1k (nego)

Tuesday, May 18, 2010

Speech Theraphy



Kesal jugak bila Ist temujanji terapi pertuturan untuk adik telah beberapa kali direschedule. Setiap kali ada jer hal lain pada tarikh appointment yang ditetapkan. Once postpone, tarikh baru yang diperolehi ialah 2 bln akan datang. Sebab tu walaupun doc issue referrence letter pada bulan Oktober 2009 lg, tp hanya pada 10 Mei baru ni jer adik dapat menemui speech therapist di Hospital Serdang.

adik, bila adik nak make use ur left hand as usual

sementara mnunggu tiba giliran

Adik menemui Acik Fariha yang examine, observe dan buat assessment ke atas adik yg pertama kali menemuinya. Acik Fariha cakap oleh kerana adik dah dapat menyebut lebih dari 10 patah perkataan, so dikira sbg boleh bercakap. Namun begitu adik tetap menghadapi masalah pertuturan kerana kanak2 pd usia 3 thn sepatutnya sudah dpt bercakap dengan menghasilkan ayat yang terdiri daripada tiga hingga empat patah perkataan yang boleh difahami. Dan berkebetulan masa tu, adik cakap " umi, nak cucu mi... ". Boleh la sebut perkataan dan ayat yg common mcm ni kot. Tp yg banyaknya, adik bcakap dgn bahasa yang x dpt nak faham.

kerja rumah utk adik

Untuk tu, acik Fariha bg 1 sheet exercise sebagai homework adik di rumah. Erm.. nak cakap apa? bukan beban.. tp skrg ni pon tgh bimbing abg yg akan sit his mid term exam dr 18 - 27 Mei. Manakala kakak lak akan menduduki ujian kelayakan kemasukan ke Tahun 1 di sekolah abang pd 29 Mei. So tang exercise adik ni, tunggu lepas2 ni lar yer. Lagipon next speech theraphy appointment ialah pada 20 Julai nanti.

Sebaik selesai speech therapy, adik gi set appointment date for vision examination kat eye clinic plak.

Monday, May 3, 2010

Biru, Biru Juara


Ceria rumah Biru hari ini, musim bersukan riang sekali
rumah Biru sudah pasti juara, Biru biru Juara!!

Go go go .. Fight, fight, fight ... win, win, win ...





Acara sukan tahunan tadika kakak
Tadika Khalifah Bestari
berlangsung pada 2 Mei 2010 di Stadium UKM,
Bandar Baru Bangi.

Kakak bersama Guru Kelasnya, Cikgu Ita

Biru, Blue, Azraq !

Adik, abang, ummi dan amahja support Kakak

Adik Best Khalifah, Insya Allah

Amboi adik ngusik kwn kakak

Perbarisan kontijen


Dalam kejohanan sukan ini kakak menyertai dua acara iaitu My Beautiful Princess dan My Fairy Fruity. Bagi acara MBP iaitu menghias dan mendandam Tuan Puteri, pasukan kakak mejadi Juara, manakala bagi acara MFF iaitu membawa buah dalam bakul, pasukan Biru kakak mendapat 3rd place.



Secara keseluruhannya, Rumah Biru menjadi Juara dalam kejohanan sukan pada tahun ini. Masa kat sekolah abang bulan lepas pon, Rumah Hijau abang dapat tempat kedua, Rumah Biru jugak yg jd Juara !! .


Tuesday, January 5, 2010

Kakak Olah



Lebaran 2010 ni kakak melangkah ke tadika baru di Khalifah Bestari, Desa Al-Amin, Bangi. Thn lepas kakak bersekolah di Duta Bestari dekat dgn rumah. Kedua2nya smart & bestari. Tak per lah kakak x berpeluang ke Smart Reader pon.


Apa yg lebih utama, proses bertukar2 tadika untuk kanak-kanak seusia kakak amatlah bagus terutama untuk menyubur potensi dari segi aqli, sahsiah, seni dan nilai-nilai estetika. Ia boleh dipupuk dgn bmbingn yg sesuai & berhikmah. Lebih penting lagi kena dedahkan kakak kpd proses pddikan bteraskan tauhid dan dpt membimbing bg mcapai potensi yg cemerlang dr segi rohani,jasmani, kognitif, sosio-emosi dan estetika berpandukan Al-Quran dan As-sunnah mlalui sistem pdidikan yg seimbang dan holistik.

Ce''' sedap abah bersyarah tu. Bsyarah, bsyarah jgk. Kena tengok jadual psekolahan kakak tu. Kesian amaja & amana hntar kakak on her 1st day pd 4hb Januari. Padahal dah tertera kat schedule, 1st day schooling Khalifah Bestari ialah pada 5hb. Kebetulan abah ader exam B.A kat UKM pd 4hb. Ummi pon sekolah. Adik lak pi rumah mak (Kak Ani pengasuh adik) .

Masih gelap lagi kat luar

berdegup-degup jantungku



Related Posts with Thumbnails