Ping my blog

Sunday, September 27, 2009

Ammu Mi Kawin

Hakimi & Izza
24 September 2009

Selamat Pengantin Baru

Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan Ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Melangkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal ke anak cucu

Moga kekal hingga ke syurga

... Hijjaz

Aku terima nikahnya

Aboh jadi jurucakap pihak lelaki

Keluarga besar Tok Mok

Tanggal 23 September 2009, Rabu malam Khamis, sah lar amumi & amah iza di ijab kabulkan di Masjid Batu 5, Sik, Kedah. Terdahulu sebelum Zohor, dilangsungkan majlis pertunangan kedua-dua mempelai. Manakala persandingan bagi raja sehari ini diadakan pada 24 September 2009.

Kami bertolak dari Kubang Kerian seawal jam 4 pagi pada 23 September, memandangkan majlis pertunangan ditetapkan pada pukul 12 tengah hari. Lagipon v al x tahu mcm mn nak p rumah ammah izza di Charok Padang, Sik. Nasib baik lar amuje ader pakai GPS Garmin navigator. Boleh lar buat cari jalan tu ... Jadi semua konvoi 7 bijik keter mengekor la amuje ke mana saja supaya x tsesat jalan. Alhamdulillah kami semua tiba di Sik Inn pada jam 11.30 pagi.

Manakala 4 buah keter lagi iaitu kater ammu ki, ammu jib, pok ji dan pok din bertolak pada pagi 24hb. Depa pakat datang hari persandingan.

Jangan biaq dua-dua sepupu ni bertunang dah


Naaak! Adik makan banyak mlm amumi bernikah


Thursday, September 24, 2009

Rayor kedua di Kelate’

Hari raya kedua, adik dan famili balik ke rumah tok mok di Kubang Kerian. Kami bertolak dari rumah tok lebih kurang jam 12.00 tghri. Perjalanan pada peringkat awalnya lancar jer walaupun kereta memang banyak di atas jalan. Itu yang sepanjang perjalanan, abang, kakak dan adik lena sungguh. Namun demikian, sebaik sahaja kami tiba di simpang tiga yang nak menghala ke Bandar Jerteh dan Majlis Daerah Besut, jalan dah mula jem panjang. Nyok nyet.. nyok nyet… traffic perlahan sungguh.

Keadaan mcm ni berterusan sepanjang2 perjalanan, di Pasir Puteh pon jam, di Melor, di Peringat hinggalah sampai ke Kubang Kerian. Selain tu, ader jugak berlaku kemalangan jalan raya di dua lokasi yang berbeza. Satu tu melibatkan ambulan. Sebab tu, keseluruhan trip mgambil masa hampir 4 jam setengah di mana dekat2 pukul 5 ptg baru tiba ke destinasi.

Kenari accident


Sampai2 jer kat rumah, abah & abang terus je mgadap nasi ayam amaja. Amahja masak nasi ayam pada hari raya ke2. Sebelum ni amaja cakap nak masak nasi hujan panas. Tp disebabkan hari raya ni cuaca elok je, tak hujan.. so amaja pon turut ubah plan barangkali..


Adik plak minum syusyu dulu. Habis minum susu, adik cari amaja, amumi, amana, amusu & amasu. Sumer dorang x der. Hanya tokmok, amuje & ammah sya jer yang ader. Amuje & ammah sya cakap, semua org amik kesempatan pi beraya. Iyer lar sepanjang hari, ramai org dtg btandang ke rumah tok mok. Tu petang2 ni boleh lar outing plak. Manakala amudin,amah zie & lala lom tiba dari terengganu.


Nasi ayam special amaja


Minum syusyu dulu & kakak yg kede'de'k

Amuje ajak adik & kakak pi beraya rumah ayah zik, pok cik li & poksu lim. Lepas tu adik gi berayer rumah mek & pokcik lak.

Sampai habis biskut dalam balang rumah Mok Long


Mek & Tok Mok


Di kesempatan ni, abah mintak tolong pokcik urut kaki & tangan adik. Pokcik jugak buat air penawar untuk adik. Pokcik cakap seelok2nyer untuk lebih mujarab, kena urut 3x. Pkcik gak syorkan adik diberi makan madu sesudu teh setiap hari. Caranya perlu diminum sebaik2 bangun pagi dan sebelum makan apa2. Untuk lebih elok, selepas 3 jam makan madu, baru lar boleh ambik makanan yang lain. Dalam masa yang sama pokcik cadangkan jugak supaya adik diberi Bertolli Olive Oil setiap hari.


Pokcik & bos abah dlm satu function

di Darul Quran


Pokcik ni mmg alim. Nama pokcik ialah Ustaz Abdullah al-Qari. Beliau merupakan ulama dan pengarang terkenal negeri Kelantan. Beliau telah menghasilkan hampir 400 buah dalam pelbagai tajuk. Beliau mendapat anugerah sebagai Tokoh Ma’al Hijrah Kelantan, Tokoh Buku & Tokoh Guru Serambi Mekah, Tokoh Maulidur Rasul Jakim dan Tokoh Sunnah.


Tuesday, September 22, 2009

BERAYER KAT RUMAH TOK DI TEGANUNG


1 Syawal 1430H merupakan giliran adik & keluarga berayer di rumah tok & tok ki kat Teganung. Ummi cakap, dah 2 tahun berturut2 kami berayer kat Kube' Keriye'. Maner aci... asyik rayer di kampung aboh jer :-p

Pagi2 lepas sahur 29 Ramadhan kat rumah Tok Mok di Kube' Keriye', adik, kakak & abang dah diangkut ke keter aboh. Kami mengantuk gi arr.. iieee!! aper lar abah & ummi ni. x boleh nak sabar2 doh.

Kurang 2 jam perjalanan, kami dah selamat tiba di Kampung Padang Air, Kuala Terengganu i.e. kampung kelahiran ummi. Tok, tokki, poksu, mokja, mokna, pok pi, 2 org sepupu adik iaitu kak nurul dan adik lokman dah siap2 menanti ketibaan kami.

Allahu akbaru-lLahu akbar Allahu akbar
Laa ilaa ha illa-lLahu wa-lLahu akbar
Allahu akbar wali-lLahil hamd

Sebelum pergi solat hari raya, kami semua makan nasi dagang dan nasi arab yang tok & mok ana masak. best taw... makan & minum.. banyak sungguh makanan. kami juga bersalam-salaman dan bermaaf-maafan di pagi raya.

Ummi dokong adik pi solat raya kat surau depan rumah tok ki. Mula2 nyer adik ingat abah nak bawa adik pi surau bersama-sama dengan kakak & abang. Tapi tak... abah tinggal adik. waa... waaaa... nangis lar adik.

So.. adik nak gak pi surau. adik nak dokong ng ummi. Masa kat surau, adik x boleh duduk diam... bjalan sana sini, kadang2 mlangkah jemaah yang sedang bertakbir. Bila ummi pegang dan mintak adik diam, adik x dengar cakap. Dan... apa lagi... adik kena cubit lar . Waaa. waaaa... waaaa... adik nangis time imam nak mula solat. Tok ki tanya abang, bunyi mcm suara adik jek nangis tu... iyer ke adik tu? :-)


Bergambar di pagi Syawal

Adik pergi surau dgn ummi

Selesai solat, kami pon mula menziarahi sanak saudara, bermula dengan rumah mak2 saudara ummi iaitu rumah tok dor, tok teh & tok wer. Sebuah2 rumah memakan masa yang lama coz sepupu2 ummi yang tinggal di Perlis, Johor, Pahang & KL pon balik raya juga. Panjanglar masing2 bertanya kabar & bercerita. Iyer lar... setahun sekali baru dapat jumpa. Citer paling top ialah tentang kesihatan adik. Ummi pon perjelas lar kat dorang, bagaimana dari mula adik demam, dimasukkan kat Hospital Serdang, sehinggalah kepada bagaimana adik dapat strok.

Masing2 doakan supaya adik cepat sembuh dan kembali kepada keadaan adik sebelum2 ni, insya Allah.

Masa kat rumah tok wer, ayah cik (adik ummi) col mok ja, utk bagitau yang saudara mara kat pantai, ramai2 datang beraya di rumah tok. Jadi, sebaik selesai beraya di rumah tok wer, kami pon balik rumah dulu utk beraya dengan awok2 tu semer.. Lok gak lar balik nyer, adik pon dah penat sangat2 ni... dapat tidor semetar pon molek ni...

Qailulah sekejap ...


Kakak pon dapat lar relax jugak

Lepas solat Zohor kami pg pulak berayer di rumah Ayah Cik. Ayah Cik baru jek dapat baby, anak kedua. Cik Da bersalin 7 hari sudah. Baby yang ni pon girl jgk. So Alya tak lar keseorangan skrg ni sbb dah ader adik.

Sesudah beraya kat rumah Ayah Cik, kami pi pulak ke belah pantai (tok nyang adik sebelah tok, tinggal di Pantai Telaga Daeng, Seberang Takir, Kuala Terengganu). Mula2 beraya kat rumah nyang Tok su Mat, kemudian ke rumah toknyang, rumah tok teh, tok cik Dah dan tok cik Ani. Akhir sekali kami berayer kat rumah ummi Han (adik ummi). Kat sini sonok taw.. adik, kakak, abang dan sepupu2 i.e. abg ahmad, abg fatah, abg faris & adik fawwaz, kak nurul dan adik lokman bermain bunga api.

Adik bergambar bersama
sepupu, Fawwaz


Lok-lok cucuh colok tu, abang


Wednesday, September 16, 2009

BERENANG DI TEPIAN PANTAI

Semalam ammah Ja dan ammah Na bawa adik, najla dan kakak meronda2 di Pasir Hor, Tiong, Pasir Tumbuh. Saja jalan2. Tanpa tujuan. Adik boring sangat2. Ammu Je nak bawa adik jalan2 tapi lambatnye nak tunggu pukul 4.30. Adik merengek2, tarik2 baju ammu Je. Ammu Je cakap dia nak tido dulu sekejap, sebab ammu Je baru aje balik dari sekolah.

Akhirnya ammah Ja cakap jom.. Adik bersorak le gembira. Adik dok depan ngan ammah Na. Najla kat belakang dengan kakak. Ammah Ja pasang child lock kat dua2 pintu belakang. Kakak nak pakai seat belt tapi tak kuat nak tarik. Najla dok kat tengah pakai seat belt sendiri..

Adik pulak kat depan dah lali mengantuk... Dah tak kisah nampak sungai ke kambing ke lembu ke.. Yang penting boleh jalan2 naik kereta.

Cukup 1 pusingan, dah sampai rumah. Sedang elok dengan ammu Je dah ready nak keluar. Ok, kita tukar kereta pulak.. Naik kereta ammu Je. Ammu Je cakap nak bawa ke pantai Irama. Tapi kena ambik ammah Sha dulu.

Sayangnya ammah Na tak bawa kamera. Tak boleh le tunjuk kat ummi ngan abah, adik berenang dan menyelam kat tepian pantai. Memang best, sebab tak de ombak sangat. Air laut pun cetek je, paras buku lali orang dewasa.

Adik dok meniarap dalam air. Kadang2 adik tunjuk skil menyelam dan bergolek dalam air. Dah pukul 6, ammah Na suruh naik. Alaaa... kalau boleh adik nak lama2 dalam air. Best ummi, best abah.. Nanti kita pergi lagi ye!

Tuesday, September 15, 2009

Santai2 Di Taman Tengku Anis



Kalau sabar, ada ganjarannya. Walaupun ammah Ja tak boleh bawa adik gi rumah mek, adik dapat pergi tempat lagi best. Petang semalam, 14 September, ammu je gi ambik ammah Sha kat Institut Perguruan Pengkalan Chepa. Ammu Je bawa adik, kakak, najla, ammah Na dan ammah Sha ke Taman Tengku Anis. Bessttttt tau ummi, abah..!

Ready to go, tapi naper muka monyok je dik?



Berpoluuuh..Poluuuh...

Gosok pelan2 rusa tu dik..

Buat apa tu adik?

Banyak2 spot yang menarik, kat sini adik nak berhenti. Kat papan tanda tu tertulis Ya Hafiz, Ya Shafi.. Sayangnya ammu Je tak capture fully apa yang tertulis kat papan tanda.

Adooiii.. Penatnyeee....

Tingginya nak panjat..

Hati2 dik...

Pegang dua tangan dik!

Dari Bangi ke Kubang Kerian (pt 1)


Bertolak dari rumah abah lebih kurang pukul 7. Selepas kita orang baca doa, Ammah Ja terus masuk gear, tekan minyak..Vrooooommm.. Bye bye ummi.. Bye bye abah..

Ammah ja stop dulu kat Unikeb ambik duit. Lepas tu singgah stesen minyak Shell untuk isi minyak. Pukul 7:38 pagi, baru betul2 bertolak menuju Kota Bharu.

Kat MRR2, jalan jem. Rupa2nya ada kebakaran kat kedai potong kereta. 3 buah kereta bomba tolong padamkan api. Alhamdulillah lepas tu jalan clear.

Aircond accent baru je lepas service. Beberapa kali terpaksa tutup aircond dan buka tingkap, sebab tak tahan sejuk. Abang bersin berkali2 sampai terkeluar hingus ber'jebok2'.. eeeeeee...yeeekkkk... Mujo tak habis sekotak tisu.

Burrrrr..... Sejuk arr, macam kat Cameron Highland.

Hampir dengan hiway Karak, kami nampak segerombolan kereta ferrari pelbagai warna-merah, kuning, hitam, oren - kat tepi jalan. Ammah Na tried to capture the cars, tapi masa tu ammah ja tengah memecut. Ni je gambar yang sempat tangkap. Abang dah berangan nak beli ferrari..

Sempat tangkap bontot ferrari oren je..

zzzzzz...zzzzzz
Lenanya kakak...
Merentas Banjaran Titiwangsa..

Cak!!! Adik dah jaga..

Dari Bangi ke Kubang Kerian (pt 2)

Lama juga adik dan kakak tidur. Dah masuk Gua Musang baru jaga. Alhamdulillah, senangle Ammah Ja dan Ammah Na. Abang pun tidor juga.. Ummi pesan jangan tidur, kena temankan ammah Ja drive. Kalau nak tidur, pukul 11. Tapi abang ni belum sampai tol Karak dah tertidur.

Perjalanan kali ni alhamdulillah lancar. Berhenti cuma 3 kali. Tu pun paling lama dalam 10 minit je. Adik dan kakak makan nasi goreng sardin yang ummi masak tu pun dalam kereta je. Tak de nye ammah Ja nak berhenti banyak2 kali. Berhenti kali pertama di Gua Musang, abang wee wee. Sekali lagi di Shell Machang, ammah Ja suruh kakak pulak wee wee. Masa abang wee wee, kakak masih tidur. Kemudian sebelum sampai rumah tok mok, ammah Ja berhenti lagi sekali refill minyak kasi penuh.. Senang nak ber'deghat' bila dah kat kampung nanti.


Bila sampai kat Machang, boring arr.. Jalan sesak sebab time kakak2 dan abang2 balik sekolah. Adik bye bye kat abang2 dan kakak2 yang kat tepi jalan..

hmmm.... bulatnye mata.. dah tak ngantuk dah...

Amoi dan maulana..

peace..


Gomol adik...

sayaaaang adik
Dah sampai rumah tok mok...Tak sabar2 nak keluar kereta



Acan balik yea yea..


Rehat dulu..
Terus panjat anak rusa najla

Seronoknya kat Kampung



Balik kampung
ooooo balik kampung
hati girang...

Seronok betul adik kat kampung. Jumpa tok mok, jumpa ammu je, ammah sha, ammah su, ammu su, ammu din dan najla yang dah balik kampung lebih awal dari adik.

Sepanjang 2 hari ni, rutin adik berubah sikit. Tak macam kat rumah. Pagi2 pukul 7 adik dah kalut nak wee2. Padahal dah pakai pampers. Tok mok cakap nak wee wee, adik pun sibuk sama.. Apalah adik ni.. Sajalah tu nak main air. Sejuklah adik, mana boleh main air.. Tukar pampers je lah dulu.. Mungkin dah sampai masa untuk toilet training adik. Sebelum adik sakit, mak (pengasuh adik) dah train dah, tapi bila adik adik sakit, pakai balik pampers 24 jam.


Abang dan kakak tidur lagi, tapi adik dah sibuk nak ikut ammah Su. Tak boleh lah dik, ammah Su nak pergi kerja. Apa lagi, menangislah..."ammmmy, ammmmy..." Adik pegang2 ammah ja, tunjuk2 kereta.. " jom, jom...".


Nak turun..nak turun..

Ammah Ja pujuk ngan ajak adik dan Najla meneroka halaman rumah. Tengok semut, lady bird, anak labah2, cabut rumput, usik pokok bunga, sentuh pokok semalu dan.... uuusik kucing. Nasib baik kucing baik, tak gigit.

"sib baik budak ni dah penat, kalo tak asik geram ngan aku je", getus kucing

Adik dan najla memang happy je.. Melompat2. Terkedek2 berjalan ke situ, ke sini. Gate dah awal2 lagi ammah Ja tutup, takut adik dan najla teruja nak keluar. Almaklum rumah tok mok betul2 depan main road, jalan sibuk..

penat... duduk dulu

Hari ni adik tolong ammah Ja siram pokok bunga Almarhumah Tok Ma. Kesian pokok2 bunga tu, kering je.. Tak ada siapa nak uruskan pokok2 tok ma.


Hoorey...

Dok kampung memang happening. Keje adik asyik melompat2, gelak2 ngan najla dan kakak. Berpeluh2 kita orang main.

Jom lala!

Adik juga seronok tengok ikan dalam akuarium. Najla pun sama. Kalau ammah tak jumpa cari adik, pi le tengok kat akuarium. Selalunya adik suka lepak kat situ.

Semalam Ammah Ja ngan tok mok pergi rumah mek. Adik nangis2 nak ikut. Tapi ammah Ja tak bawa, sebab mek tak sihat. Nanti kan mek tak boleh rehat kalau adik asyik melompat ke sana sini. Ammah Ja janji, bila balik dari rumah mek, akan bawa adik ke rumah mak long. Tapi bila Ammah ja balik, adik tido lah pulak. Masa ammah ja nak pergi rumah Mak Long, tiba2 adik terjaga. Tapi Ammah Ja tak nak bawa adik. Sebab Ammu Je cakap nak bawa adik, kakak dan najla ke Taman Tengku Anis. Ammu Je nak ambik Ammah Sha kat Institut Perguruan Pengkalan Chepa. On the way balik, singgah ke Taman TA. Abang tak ikut. Abang ikut Ammu Din naik moto.

Time berbuka memang best. Makan ramai2. Adik makan sendiri. Najla makan sendiri. Minum air kelapa, air soya, air limau kasturi. Makan ayam percik, ayam golek, akok, jala mas, tahi itik, kerutuk daging dan macam 2 lagi..

Sedap ummi...Nanti ummi masak ayam percik ek

Adik suka ayam percik. Lepas berbuka dan solat Maghrib, apa lagi... Main bunga api lah.. best sangat. Adik, najla dan kakak main bunga api kucing je. Abang dan ammu din, ammu su main bunga api dan mercun yang lagi cantik.


yea...yea... selamat hari raya...

Malam2 memang kita orang tido lewat. Ammah Na, Ammah Ja, Ammah su suruh tido pong kita orang buat tak tau. Makin melompat, main kejar2 lagi adalah.. Berpeluh2 Najla basah macam main air.. Ammah Ja dan ammah Na tak bagi kakak melompat2, gelak kuat2.. Nanti kakak batuk2 teruk. Kita nak raya kak, kena jaga kesihatan.. Lepas raya nak pi Kedah pulak, ammu mi dan ammah iza nak nikah.






Sunday, September 13, 2009

Oooo Oooo Balik Kampung.. Oooo Oooo Balik Kampung..


Amana & amaja decided utk balik kampung seminggu lebih awal coz perlu siapkan gubahan hantaran & persiapan utk perkahwinan amumi pada hari raya ketiga nanti. So.. adik pon kena balik jgk lar. Kalau tak, saper nak jaga adik? Jika adik balik, kakak pon sure nak ikut sama. Abang plk kebetulan cuti sekolah minggu ni kerana murid Tahun 6 are sitting for UPSR & UPSRA. As a conclussion, anak-anak abah & ummi - 3H - balik kampung lebih dahulu & tinggalkan abah & ummi jek kat Taman U ni.

3H bersama amaja & amana bertolak dgn Accent dr Bangi kul 7.00 pg. Amaja ckp nak non-stop driving hingga sampai Kubang Kerian. He.. he... iyer ke amaja ni. Kalau passengernyer just adult without kids, boleh lar buat mcm tu. Bila ader budak2 ni... siap lar, nak uk-uk... nak wee wee, nak vomit... kik kik kik ... tgok lar nanti.

Tp kan syukur Alhamdulillah, 3H mmg x byk ragam pon. Journey pon berjalan elok, tanpa problem. Adik pon x vomit, x uk uk... dalam kul 2.30ptg v all dah sampai kampung. Syukur kpd Allah byk2 kerana mempermudahkan perjalanan dengan aman dan selamat. Adik pon tak nangis ingatkan ummi atau abah. Cuma kakak jer ader selsema sikit.

Sampai2 jer kampung, abang sms abah & sms ummi ptg ni nak buka kat mana? abang ckp... patutlar abg tgok ummi bukak internet cari buffet bukak poser. haaaa.. ummi nak pegi bukak poser kat mana ni. mana aci tak bawa kita org... lagi pon, abah & ummi keluar serentak dengan v all masa bertolak balik kampung pagi tadi. Abah & ummi pergi Jalan Tar yer... Baik cakap betul-betul...apa pun, selamat berhoneymoon abah & ummi. Boleh lar abah & ummi pegi masjid solat tarawih, kalau tak... adik & kakak asyik nak ikut jer pegi mosque. Bila bawak, bising lak tu.. main kejar2 lar, berlari. pastu nangis... Selamat beramal soleh dan bertemu dengan lailatul qadar, amin. Insya Allah...

Saturday, September 5, 2009

Shopping raya.....

Hari ni, ummi pagi2 lg sebaik lepas sahur terus kejutkan adik & kakak. Ummi bawa adik & kakak masuk bathroom utk mandi. Kakak apa lagi... waa... waaa... nangis. mandi air sejuk, kakak ckp "sejuuuukkkk" bukak heater, kakak ckp "panaaaaasssss" . Serba x kena kakak ni, manja... baik adik, relaks jer x dak nak nangis pon. Lepas mandi dan siap2 pakai bedak & baju, sblm kul 7 lg, abah dah drive ke KL. Masa kat dlm keter, Abang ty ummi, "kita nak pergi Syifa Al-Hidayah ke ummi". Tp abah yg tolong jawab, "ummi nak cari hidayah kat Sogo. He .. he.. ". Sebenarnya Ummi nak pi beli susu adik & kakak kat Sogo, hari ni preview sale" . Ummi ckp susu Dumex dugro RM 18.60 satu, manakala pediasure adik RM97 for two. Sambil2 tu boleh pi shopping baju raya. Dah lar tahun ni x tempah baju raya. Tak mcm tahun2 sblm ni, siap ng warna tema. Tahun ni merupakan "yaumul hazn" (tahun berdukacita) di atas ujian & musibah yang menimpa adik. So nak kena berjimat cermat lar supaya dpt simpan duit utk buat rawatan adik.

Seperti dijangka, pagi2 lg dlm kul 8 am dah berderet kereta line up nak masuk basement parking Sogo. Nak cr prking pon susah. Abah mintak abg & ummi turun dulu, pi queue. Nanti abah bw kakak & adik naik dgn stroller.

Dekat 1 jam ummi & abg berdiri. Kesian.... Tp itu x seteruk kat Eutopia, dio org terpaksa bsesak2 utk berebutkan makanan & minuman. Kita kat Malaysia, bersesak nak habiskan duit gaji bulanan, licinkan simpanan shinggalah kepada menambah hutang.

Abang yang sporting tengah line up di pintu masuk Sogo

Tp utk Sogo Preview Sale kali ni, quite different if compare to previous years...even if compare dgn April dulu. Kali ni, nak beli susu x yah nak berebut, boleh beli sebanyak mana pon kita nak. Tak yah ulang2 beratur. Orang mmg ramai, tak dinafikan. tp x mcm sblm2 ni. Alhamdulillah lar.. dipermudahkan Allah utk abah & ummi belikan susu adik & kakak.

Dah selesai beli dugro & pediasure, kami pi pulak 4th floor utk shopping baju raya. He... he... dalam nak berjimat, dah berlebih2 lar plak beli.... mmg lar nafsu ni sukar nak dibendung. Takper lah, baju kiko, miki, kikilala, poney, barbie lebih tahan lama. Alah membeli menang memakai kata org. Abang pon x nak kalah, siap mrajuk2 minta abah belikan sneakers. Padahal abang skrg ni tgh mbesar. Kalau beli pon, boleh pakai skjp jer. Pastu x muat. Abah try pujuk abang, bgitau dah belikan abang 3 pasang jeans & t-shirt pon utk abg. X yah lar beli kasut lg, just beli sandal jer. Tp nak tak nak.. tpaksa lar angkat Nike yg didiskaun 30% utk abg. Beli pon yg saiz besar, pakai sock tebal pon masih boleh masuk jari telunjuk abah lg. Boleh tahan kot setahun pakai.

1/2 day kat Sogo buat kami semua penat giler. Abah pon ajak balik. Tapi.......... ummi nak pi jalan Tar plak dah. So v all tpaksa lar accompany ummi keluar masuk boutique & booth.

Kami balik pon dah petang.. abah ckp kalau nak suh ummi masak, kul 10 mlm belum tentu dpt makan nasi ni. So abah drive ke Tasik Idaman sambil doa, mintak2 lar ader lg meja yg kosong. Iyer lar masa tu kul 6.30 pm. Sampai2 penuh kereta dan pengunjung. Ramainya manusia.... Just nasihat lar kan, saper2 nak dtg bbuka kat sini, baik lar order awal2. Kalau tidak... bbuka dengan air & kurma je lar. Tp kan elok jugak taw... boleh solat Maghrib dulu. Pastu baru makan.

Wednesday, September 2, 2009

Fisio dan Occ Terapi kat Hospital Serdang

Pada kul 2.30 petang 2 September adik ader appointment fisio dan OT kat Hospital Serdang. For this time intentionally abah dan ummi prefer to make it in the afternoon in order to avoid from taking leave. Lagipon appointment utk kali ni hanya utk fisio dan Occ theraphy jek. Kalau sebelum2 ni, mmg kumpul byk2 sekali... paed, dietician, ENT dan rehab. That's y aboh got to take leave since it will spend one whole day to undergo all the process.

Tapi kan sebelum pi appointment kan... nak tau tak? pagi ni suddenly badan adik naik merah2 mcm adik kena 'gegate'. Ni istilah org luar. Kalu oghe Kelate demo panggil kena ludoh ke hantu. he .. he.. Macam-macam... Amaja pon tepon aboh & ummi bgtau pasal ni. Ummi x dpt balik sbb ummi ader kelas. So dalam kul 12 thr abah pon balik dan adik di bawa ke klinik karisma di Hentian Kajang. Doktor Azilah yg check adik, bagitau it was just a rashes disebabkan allergik je. So Doc pon bagi krim gatal calamine. Monolog abah : "kalau setakat calamine, kat rumah pon dh ader doc. X yah lah bg lg.." . Tp itu lar x terkeluar kata2 nak bgtau kat doc. So tpaksa lar amik jugak.

Sebelum bawa adik ke hospital, krim calamine disapu ke seluruh badan adik. Nak elak dari adik garu-garu dengan kuku. Doc kata allergic kulit macam ni boleh berjangkit kat badan pesakit tu sendiri dengan cara menggaru. Alamaknyer adik ke Hospital dengan badan bertompok2 putih disapu calamine....

Dalam kul 2.20 ptg ummi, abah dan adik sampai di hospital. Walaupun petang, agak susah gak nak cari parking. Terpaksa lar abah parking keter kat atas padang dan kena bjalan jauh lar sikit. Abah pi ke kaunter farmasi untuk ambil inhaler oren kakak. Manakala ummi terus bawa adik utk buat Occ/OT. Puan Zu mmg dah siap menunggu adik. Bersamanya Kak Wan dan 2 org akak yg buat praktikal. Aktiviti pertama adik utk ptg ni ialah dicampak ke kandang bola. Sebelum tu .... nak tau tak? tangan kanan adik dibandage :-( uuhhhhh!!! adik dipaksa main bola dengan tangan kiri. bila jatuh, nak bangkit kena guna tangan kiri gak. Adik mmg x syok sungguh.... moody & garang semacam jer.. "bukek, bukek" adik ckp smbil unjukkan tgn kanan.

Selang 20 minit, adik diajak main aktiviti kedua. Colouring menggunakan left hand. Akak2 yg buat praktikal cat tgn kiri adik dan cop kat kertas putih. Aktiviti ni pon adik x excited nor participated sbb tgn kanan kena bandage. Puas akak2 pujuk, tp adik buat x kisah pon... Pastu adik dibawa ke bilik Puan Zu dan diberi byk mainan. Kali ni bandage dah dibukak. baru lar adik sonok main... tp dgn tgn kanan jer lar. adik.... adik kena guna tgn kiri adik, dont ignore it, adik....

Sebelum beredar, Puan Zu pesan kat abah & ummi mintak selalu buat stretching tgn kiri adik sbb katanya ia nmpak benar stiff.

Habis OT, adik pergi ke bilik fisio plak to see Pn Hamidah. kat fisio pon ader 2 akak dan 1 abg yg buat praktikal. So abg & kakak2 ni lar yg layan adik main. adik panjat, naik and turun tangga... main cantum2 cylinder magnet, naik basikal, kereta dan mcm2 lg. Dlm pd tu Pn Hamidah pi panggil Dr As'aari utk check tgn kiri adik. Pn Hamidah had a same opinion as Pn Zu. Tgn kiri adik stiff. Pn Hamidah nak mintak Dr bg adik pakai splint. Tp bila Dr As'aari check adik, dia kata adik x perlu kpd splint. Tangan adik bukan stiff, cuma nampak keras sbb otak adik x dpt control pergerakan anggota bdn bhgian kiri. Doc mintak abah dan ummi bandage tgn kanan adik 4 jam sehari esp time main....

Arround 4.00 ptg adik selesai menjalani terapi dan next session is fixed on 28 September nanti. Alamaknya abah tpaksa cuti lg coz hr yg sama adik ader appoint dgn paed.
Related Posts with Thumbnails